KAJANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor mengesahkan kejadian banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak, di sini, yang menyebabkan sekumpulan murid terpaksa menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam kelas yang dinaiki air.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis ketika dihubungi berkata, kejadian berlaku pada Rabu susulan hujan lebat berterusan tanpa henti melebihi satu jam.
“Banjir kilat berlaku pada jam lebih kurang 4.30 petang dengan anggaran ketinggian air pada ketika itu ialah dua kaki (60 sentimeter).
“Seramai 64 orang murid berumur 11 tahun sedang menduduki peperiksaan UPKK dan dipantau oleh lapan orang guru,” katanya kepada Astro AWANI, di sini malam ini.
Norazam berkata, air telah surut sepenuhnya sekitar pukul 7 petang pada hari sama.
Mengulas lanjut, beliau berkata sekolah berkenaan terletak di kawasan rendah berbanding kawasan sekeliling dan kerap berlaku banjir kilat.
Ujarnya lagi, kejadian banjir kilat hanya melibatkan kawasan sekolah tersebut sahaja.
“Pasukan bertugas semalam telah membuat rondaan dan pemantauan di kawasan sekitar Sungai Balak termasuk di SRA Sungai Balak mendapati air telah surut sepenuhnya,” kata Norazam.
Terdahulu, tular di laman sosial memaparkan sekumpulan murid tetap meneruskan peperiksaan meskipun air banjir sudah memasuki kelas.
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan murid lengkap memakai seragam sekolah bersama tenaga pengajar masih berada di dalam kelas selepas sesi peperiksaan kelihatan baru berakhir.
Hasimi Muhamad
Thu Dec 01 2022
Ketika kejadian seramai 64 murid berumur 11 tahun sedang menduduki peperiksaan UPKK. - Gambar/ Media sosial
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Keputusan UPKK Khamis depan
Keputusan UPKK Tahun 2024 boleh disemak pada 18 April bermula jam 12 tengah hari.
UPKK: Kertas Sirah dijadualkan semula ke 24 Jan - Mohd Na'im
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang ditangguhkan hari ini, diputuskan untuk dilaksanakan pada 24 Jan ini.
UPKK kertas Sirah ditangguh ke 23 Jan
Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) untuk mata pelajaran Sirah yang dijadualkan hari ini, ditangguhkan ke 23 Jan.
19,266 calon UPKK tahun 2022 catat 8A
Seramai 19,266 calon daripada 234,931 pelajar yang menduduki Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) Tahun 2022 mencatat keputusan 8A.
Keputusan UPKK Tahun 2022 Khamis ini
Keputusan UPKK Tahun 2022 itu boleh disemak bermula pukul 4 petang pada Khamis.
Murid duduki peperiksaan UPKK dalam banjir
Video tular memaparkan sekumpulan murid sedang menduduki peperiksaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dalam keadaan banjir di Sekolah Rendah Agama (SRA) Sungai Balak di sini berlaku pada petang Rabu.
Tarikh ujian penilaian kelas KAFA 2022 dipinda - Jakim
Tarikh pelaksanaan Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) (Bertulis) yang dijadualkan pada 14 hingga 17 Nov depan dipinda kepada 28 Nov hingga 1 Dis berikutan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
UPKK bagi calon 2020, 2021 diganti dengan penilaian sepenuhnya
Idris berkata Jakim akan memaklumkan kaedah serta tarikh pelaksanaan bagi menggantikan ujian bertulis itu.
PdPR turut diambil kira sebagai komponen penilaian UPKK - KP Jakim
PdPR turut diambil kira sebagai salah satu komponen penilaian UPKK yang dinilai oleh guru KAFA sekolah masing-masing, kata Datuk Abdul Aziz Jusoh.
Ujian penilaian kelas agama, fardu ain 2020 ditunda tahun depan
Keputusan itu dilakukan oleh Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) setelah mempertimbangkan kepentingan semua pihak.