KUALA LUMPUR: MY E.G. Services Bhd (MyEG) menandatangani perjanjian dengan rangkaian blockchain nasional China, Xinghuo Blockchain Infrastructure and Facility (Xinghuo BIF), bertujuan untuk memiliki dan mengendalikan Xinghuo International Supernode.
Dalam satu kenyataan bersama, kedua-dua pihak berkata perjanjian itu juga melibatkan penerimaan rentas sempadan dan penggunaan piawaian Pengecam Terpencar (DID) terkini bagi menghasilkan secara beransur-ansur Web3 China dan untuk seterusnya.
"Supernode antarabangsa akan bersambung ke blockchain awam yang dibenarkan di lapisan-1 MyEG, Zetrix, yang serasi sepenuhnya dengan Xinghuo.
"Ini membolehkan aset dan urus niaga dalam rangkaian Zetrix merentasi Xinghuo dengan lancar, menghubungkan kerajaan, perniagaan dan rakyat mereka kepada ekonomi berasaskan blockchain global," kata kenyataan itu.
Ia berkata supernode antarabangsa akan bersambung dengan MyEG dan membantu dalam pembangunan aplikasi infrastruktur blockchain, yang akan meningkatkan kesalinghubungan infrastruktur di negara-negara, dan meningkatkan keupayaan operasi rentas rantaian.
"Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada Malaysia dan negara ASEAN lain dan membantu dalam pengesanan komoditi rentas sempadan, pengesahan identiti serta kewangan dalam rantaian bekalan," tambah kedua-dua syarikat itu.
Blockchain awam Xinghuo BIF dan lapisan-1 MyEG, Zetrix, sebelum ini telah mengumumkan pengenalan Pengecam Blockchain Rentas Rantaian (BID), Pentauliahan Boleh Ditentusahkan (VC) dan menandatangani Perjanjian Rantaian.
"Xinghuo BIF sudah pun menjadi rantaian yang paling maju dan digunakan dengan meluas untuk aplikasi perindustrian dan perdagangan.
"Kini, dengan bermulanya Xinghuo International Supernode, seluruh dunia boleh berhubung dan menjadi sebahagian daripada evolusi Web3 China yang akan menggalakkan penubuhan komuniti antarabangsa dan memudahkan perdagangan dan kewangan global," kata Pengarah Urusan Kumpulan MyEG dan Pengasas Bersama Zetrix, Wong Thean Soon.
BID dan VC ialah blok binaan kritikal bagi Web3 yang saling berkait, kerana ia adalah peralatan asas yang boleh digunakan oleh aplikasi terpencar untuk menyampaikan pelbagai perkhidmatan baharu.
Xinghuo BIF ialah infrastruktur blockchain global yang dikhaskan untuk asas digital yang boleh dipercayai di dunia, dan ia menyelesaikan kira-kira 100 juta pengecam blockchain setiap hari, meletakkannya sebagai platform blockchain yang paling aktif digunakan di seluruh dunia.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 18 2022
Supernode antarabangsa akan bersambung dengan MyEG dan membantu dalam pembangunan aplikasi infrastruktur blockchain.
Warga Australia dipindahkan, lega pulang ke tanah air
Warga Australia yang dipindahkan dari New Caledonia yang mengalami rusuhan maut selama seminggu. memberitahu media tempatan mereka lega sebaik sahaja kembali ke tanah air pada Selasa.
Menteri ada rekod jenayah letak jawatan
Seorang Menteri Thailand, Pichit Chuenban, pada Selasa meletakkan jawatan selepas tertakluk kepada aduan undang-undang daripada senator yang boleh membawa kepada pemecatan Perdana Menteri Thailand, Srettha Thavisin atas pelantikannya.
Keranda bawa jenazah Raisi tiba di Tehran
Pegawai dan tokoh agama Iran menerima keranda Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan beberapa individu lain di Tehran, dalam satu majlis pada Selasa.
PMX ke Jepun bermula Rabu, pertama kali sertai Persidangan Nikkei sebagai Perdana Menteri
Wisma Putra dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, PM Anwar menyertai persidangan tersebut atas jemputan Nikkei Inc. dan ia merupakan penyertaan pertama beliau sebagai Perdana Menteri.
Beri tumpuan kepada pelaburan dalam negeri - Dr Jomo
Kerajaan perlu memberi galakkan kepada pelaburan dalam negeri dalam usaha memacu pertumbuhan ekonomi negara.
Mat Sabu wakili Malaysia ke Iran, hadiri pengebumian Presiden Raisi
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu akan ke Iran bagi mewakili Malaysia untuk menghadiri pengebumian Presiden Iran, Almarhum Ebrahim Raisi.
Tumpuan Rabu – 22 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jemaah Menteri setuju laksanakan penyasaran subsidi diesel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu tidak melibatkan pengguna Sabah dan Sarawak kerana penduduk di sana kebanyakannya menggunakan diesel untuk urusan seharian.
Kerajaan bakal jimat RM4 bilion setahun
Jelas Perdana Menteri, dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar 4 bilion ringgit setahun.
Satu langkah berani diambil kerajaan
Penasihat Penyelidikan Khazanah Research Institute, Prof Dr Jomo Kwame Sundaram menyifatkan pelaksanaan penyasaran subsidi ke atas bahan api termasuk diesel disifatkan satu langkah berani diambil kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
MyEG sambung semula pembaharuan PLKS dalam talian untuk pekerja asing
MY E.G. Services Bhd mengumumkan pembaharuan dalam talian Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) untuk pekerja asing akan disambung semula pada 15 Januari 2024.
MyEG dan subsidiari dapat kontrak lanjutan tiga tahun JPJ
Kontrak lanjutan itu akan bermula 23 Mei tahun ini sehingga 22 Mei 2026.
KDN beri MyEG lanjutan dua tahun bagi perkhidmatan berkaitan imigresen
MyEG diberikan lanjutan selama dua tahun oleh KDN bagi perkhidmatan berkaitan imigresen.
Perkhidmatan dalam talian mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan - MYEG
MyEG Services Bhd menjelaskan perkhidmatan yang boleh didapati di platform dalam taliannya adalah mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh kerajaan.
MoF lulus pelantikan MyEG sebagai ejen kutipan hasil kerajaan
Menurut MyEG, terma lanjutan akan dimuktamadkan berdasarkan perbincangan selanjutnya dengan kerajaan apabila tiba masanya.
Kontrak MyEG dilanjutkan 3 tahun, bukan lagi eksklusif - Loke
Loke menjelaskan pihaknya bersedia mempertimbangkan sekiranya ada penyedia e-kerajaan lain ingin membuat permohonan.
Tiga kadar zakat fitrah ditetapkan di Negeri Sembilan
Kadar zakat fitrah di Negeri Sembilan bagi tahun ini ditetapkan pada tiga kadar berbeza iaitu RM7, RM10 dan RM21.
Untung bersih MyEG meningkat kepada RM398.70 juta pada tahun kewangan 2022
Perolehan MyEG susut 10.11 peratus kepada RM651.18 juta daripada RM724.41 juta sebelum ini berikutan permintaan yang rendah.
Perkhidmatan perbaharui cukai jalan, lesen memandu menerusi MyEG tidak terjejas
MyEG turut memberi jaminan bahawa perkhidmatan berkaitan lesen memandu dan cukai jalan berkenaan tetap berjalan lancar.
MyEG meterai perjanjian bagi miliki, kendali Xinghuo BIF International Supernode
Dengan teknologi dan keupayaan perkhidmatan awamnya, Xinghuo BIF akan menyediakan perkhidmatan blockchain kepada negara ASEAN.