KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen diminta mengkaji semula kategori permohonan keluar negara yang boleh diberi kebenaran terus tanpa perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata arahan itu dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik pada Rabu setelah mengambil kira maklum balas dan pandangan orang ramai mengenai program MyTravelPass.
Beliau berkata Jabatan Imigresen akan membentangkan cadangan berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 MKN.
Terdapat lima kategori tidak perlu memohon kelulusan melalui MyTravelPass untuk ke luar negara iaitu diplomat dan pegawai Kedutaan Malaysia yang kembali bertugas di luar negara termasuk tanggungan masing-masing, pelajar dan tanggungan yang meneruskan pengajian dengan syarat memiliki visa pelajar atau visa tanggungan yang sah serta pemegang pas jangka panjang di luar negara (Pemastautin Tetap/Pas Residen/Pas Kerja dan lain-lain).
Dua lagi kategori ialah bekerja dengan syarikat petroleum dan syarikat perkapalan yang perlu 'sign-on' ke atas kapal di luar negara serta mengiringi pelajar ke luar negara bagi tujuan belajar terhad kepada dua pengiring sahaja dengan pengiring perlu melakukan perjalanan keluar bersama-sama pelajar pada masa yang sama.
Kategori yang perlu mendapat kelulusan MyTravelPass pula ialah warganegara yang baru mendapat tawaran bekerja atau belajar di luar negara, pelajar yang ingin menduduki peperiksaan di luar negara, menghadiri mesyuarat/seminar/urusan perniagaan di luar negara dan menyertai pameran/pertandingan sukan/latihan di luar negara dengan mengemukakan surat sokongan daripada agensi kawal selia.
Tiga lagi kategori ialah urusan kecemasan ahli keluarga terdekat (kematian/ahli keluarga ditimpa kemalangan/sakit), pemegang visa pasangan/tunangan (perkahwinan yang tidak didaftarkan secara sah) dan menyertai misi bantuan kemanusiaan/keagamaan.
Mengulas tindakan beberapa syarikat penerbangan yang mengenakan syarat agar penumpang menunjukkan MyTravelPass walaupun mereka dalam kategori tidak perlu membuat permohonan, Hishammuddin berkata perkara itu tidak sepatutnya berlaku.
"Saya telah minta Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong memaklumkan kepada syarikat-syarikat berkenaan agar mengikut garis panduan yang telah ditetapkan," menurutnya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata dalam tempoh 7 Okt tahun lepas hingga 10 Sept tahun ini, Jabatan Imigresen menerima 356,510 permohonan dan daripada jumlah itu, sebanyak 208,509 diluluskan, 127,465 ditolak manakala 6,697 dibatalkan sendiri oleh pemohon dan 13,000 sedang diproses.
Katanya terdapat empat faktor yang boleh menyebabkan permohonan ditolak iaitu nama berada dalam senarai syak oleh Jabatan Imigresen Malaysia, dokumen tidak lengkap, dokumen yang dimuat naik tidak boleh dibaca dan dokumen dipalsukan.
Hishammuddin berkata permohonan melalui MyTravelPass perlu dibuat 14 hari sebelum hari jangkaan berlepas secara dalam talian melalui portal https://mtp.imi.gov.my
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 16 2021
Hishammuddin berkata Jabatan Imigresen akan membentangkan cadangan berhubung perkara itu kepada Jawatankuasa Teknikal COVID-19 MKN. - Gambar fail
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN harap tiada lagi serangan peribadi
Khairul Azhari Saut berharap tiada lagi isu peribadi yang akan dijadikan 'peluru' untuk menyerangnya sepanjang kempen.
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Isu kewarganegaraan: "Jangan samakan saya dengan Hishammuddin" - Saifuddin
Kementerian Dalam Negeri memberi jaminan bahawa permohonan kewarganegaraan hanya akan mengambil masa setahun apabila pindaan Perlembagaan diluluskan di Parlimen kelak.
Pemergian Abdul Taib kehilangan besar buat Sarawak - Hishammuddin
Hishammuddin sekeluarga berdukacita terima berita pemergian Abdul Taib ke rahmatullah pagi ini.
'Menteri-menteri pun kelihatan tidak minat dengan Belanjawan 2024' - Hishammuddin
Adalah tidak mencukupi andai menteri hanya bersandarkan kenyataan melalui sidang media atau di media sosial.
Pertahan hak Israel umpama satu penghinaan - Hishammuddin
Rakyat Palestin telah menderita lebih 50 tahun kerana dijajah oleh zionis.
'Sekarang baru dapat masa healing' - Hishammuddin
Selepas 30 tahun aktif berpolitik, baru kini bekas Naib Presiden UMNO berpeluang menenangkan diri sendiri.
PRN: Hishammuddin idola calon PN Harrison Hassan
Calon PN bagi DUN Jeram menjadikan Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai idola dalam gelanggang politik.
Hishammuddin persoal keikhlasan Zahid terima semula ahli UMNO dipecat, digantung
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempersoalkan keikhlasan pelawaan UMNO untuk menerima kembali mana-mana ahlinya yang dikenakan tindakan disiplin.
Masuk Bersatu? Khairy jumpa Muhyiddin minggu depan
Khairy berkata demikian dalam podcast 'Keluar Sekejap bersama Shahril Hamdan', yang disiarkan pada Jumaat.
Gambar Hishammuddin peluk Noh curi perhatian
Perkongsian gambar oleh bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersama sahabat baiknya, Tan Sri Noh Omar mencuri perhatian netizen.
Tiada keperluan pelawa bekas ahli UMNO ke PAU - Hishammuddin
Tiada keperluan untuk mempelawa bekas ahli UMNO yang dipecat untuk menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU).