awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Myvi dihanyut arus, pemandu terperangkap diselamat pengguna jalan raya

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
19/12/2020
10:50 MYT
Myvi dihanyut arus, pemandu terperangkap diselamat pengguna jalan raya
Pengguna jalan raya dinasihatkan supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil risiko meredah banjir termasuk menggunakan kenderaan kerana tindakan itu berisiko tinggi. -Gambar/ media sosial
KEMAMAN:Seorang penjawat awam nyaris maut selepas Perodua Myvi dinaikinya dihanyutkan arus banjir kilat di Kilometer 11 Jalan Chukai-Air Putih, Kemaman pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan ketika dihubungi berkata, ketika kejadian kereta dipandu lelaki berusia 27 tahun itu dari arah Plaza Tol Chukai menghala bandar Kemaman.
"Ketika meredah kawasan dinaiki air di situ, kereta mangsa dihanyutkan arus deras sehingga ke bahagian kiri jalan yang paras airnya lebih dalam.
"Susulan itu mangsa terperangkap di dalam kenderaan itu sebelum dibantu orang ramai yang menyedari insiden tersebut," katanya.
Beliau berkata, lelaki berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan orang ramai yang menggunakan laluan di sepanjang daerah Kemaman supaya lebih berhati-hati dan tidak mengambil risiko meredah banjir termasuk menggunakan kenderaan kerana tindakan itu berisiko tinggi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Myvi
#dihanyut
#arus
#banjir kilat
#Sungai
#pemandu
#diselamatkan
#Kemaman
#Ketua Polis Kemaman
#Hanyan Ramlan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan