awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
04/12/2018
10:05 MYT
Najib, Ali Hamsa akan dipanggil isu pinda laporan 1MDB
AMBRIN: Ya, ada beberapa nama telah dikenalpasti termasuk tambahan pasukan pengaudit yang melakukan siasatan siasatan itu juga akan dipanggil. - Gambar fail
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merupakan antara beberapa individu yang akan dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan dakwaan pindaan Laporan Audit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Pengerusi PAC, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, antara yang akan dipanggil termasuk bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa; bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali; bekas Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad dan bekas Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasmy.
Malah, katanya bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang yang memberi keterangan kepada PAC hari ini akan dipanggil semula bersama pasukan yang melakukan audit 1MDB.
“Ya, ada beberapa nama telah dikenal pasti termasuk tambahan pasukan pengaudit yang melakukan siasatan siasatan itu juga akan dipanggil.
“Saya tidak menolak kemungkinan (Najib dipanggil) itu. Terdapat lima, enam nama (pasukan audit) yang diberi oleh Ambrin,” katanya kepada media selepas inkuiri melibatkan Ambrin di Parlimen hari ini.
BACA: PAC panggil Ambrin Buang, Madinah isu dakwaan 'ubah' laporan 1MDB
Bagaimanapun, Kiandee tidak menetapkan sebarang tarikh berhubung mesyuarat tersebut.
Jelasnya, siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Audit 1MDB itu dijangka berlanjutan sehingga tahun depan.
Selesai inkuiri tersebut, laporan itu akan dibentangkan kepada Parlimen.
Mengulas berkenaan inkuiri yang berlangsung hari ini, Kiandee berkata Ambrin telah memberi kerjasama yang baik sepanjang prosiding yang berlangsung hampir empat jam.
Usaha media yang cuba mendapatkan reaksi Ambrin pasca inkuiri tersebut gagal.
Sebagai reaksi beliau berkata, “Saya tiada komen, tanya Pengerusi (PAC).
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#1MDB
#Ali Hamsa
#Ambrin Buang
#Arul Kanda Kandasmy
#bekas perdana menteri
#Dzulkifli Ahmad
#Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara
#laporan audit
#Mohamed Apandi Ali
#Najib Razak
#PAC
#pindaan
#Ronald Kiandee
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan