KUALA LUMPUR: Lembaga Pengampunan bukanlah satu badan yang berperanan seperti mahkamah, tetapi lebih kepada memberikan belas kasihan atau belas ihsan kepada pesalah.
Pensyarah Kuliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Shamrahayu Ab Aziz berkata, sistem Perlembagaan Persekutuan memperakui kewujudan Lembaga Pengampunan, dan ia boleh menasihati Yang di-Pertuan Agong berkenaan tiga perkara – pengampunan penuh, penundaan hukuman, atau melegakan (mengurangkan hukuman).
Katanya lagi, proses pengampunan yang berjalan sebelum ini tidak semestinya hanya melibatkan figura politik atau pemimpin semata-mata, tetapi juga melibatkan rakyat biasa.
“Pengampunan ada dua, sama ada pengampunan kepada sabitan, dan satu lagi berkaitan hukuman. Kalau sabitan, yang saya faham dalam kenyataan media yang saya baca ini, pengampunan ini bukan bersifat mengampunkan daripada segi conviction atau sabitan, sabitan tetap ada, cuma hukuman dikurangkan.
“Ada contoh macam sabitan itu juga diampunkan. Seolah-olah tidak ada sabitan. Itu full pardon atau free pardon.
“Dalam kes Datuk Seri Najib, ia melibatkan pengurangan dari segi jumlah hukuman. Secara umum, pertama Lembaga ini bukan bentuk mahkamah. Walaupun mahkamah nyatakan orang itu bersalah, tapi Lembaga wujud untuk memberikan rahmat atau belas kasihan,” katanya lagi.
Lembaga Pengampunan pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak.
Lembaga tersebut mengesahkan hukuman penjara bekas Perdana Menteri itu dikurangkan daripada 12 tahun ke 6 tahun, dan denda terhadapnya dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Namun Lembaga berkata, sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi bekas Perdana Menteri itu ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.
Dalam pada itu, Shamrahayu berkata, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa penuh terhadap proses pengampunan, dan biasanya keputusan dilakukan selepas Baginda menimbang kesemua faktor berkaitan, termasuk tahap kesihatan, dan jasa bakti terhadap negara.
“Pada saya, dalam hal sesiapa sekali pun, apabila proses dibenarkan oleh undang-undang, maka angkatlah kedaulatan undang-undang. Soal adil tak adil, kita lihat dalam kes 2023, keputusan pada Mahkamah Rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Khairul azam, diputuskan ia adalah budi bicara YDPA setelah menimbang nasihat pelbagai pihak, terutamanya Peguam Negara.
“Tak boleh dipersoalkan di mana-mana mahkamah. Jadi pada saya dalam hal berkaitan dengan keputusan Lembaga Persekutuan ini, kita secara keseluruhan menerima peranan yang ditetapkan undang-undang,” katanya lagi.
Firdaus Azil
Fri Feb 02 2024
Lembaga Pengampunan pada Jumaat memaklumkan Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bersetuju mengurangkan hukuman dan denda yang dikenakan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak. -Gambar fail/Sinar Harian
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang sekiranya terus bergantung kepada komoditi itu tanpa usaha mempercepat peralihan kepada tenaga lebih lestari.
Maybank Research turunkan unjuran pertumbuhan KDNK Thailand kepada 2.4 peratus
Maybank Research Pte Ltd, Singapura telah menurunkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 Thailand kepada 2.4 peratus daripada 2.9 peratus disebabkan oleh aktiviti pembuatan yang kurang memberangsangkan
Unjuran KDNK Malaysia dijangka berkembang pada 2024
Kenanga Investment Bank Bhd mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada 4.5 hingga 5.0 peratus pada 2024, berbanding 3.7 peratus tahun lalu, berikutan prestasi pembuatan yang lebih baik pada April.
Indeks kebebasan media: Saya terima laporan RSF dengan hati terbuka - Fahmi
Kedudukan Malaysia menurun 34 anak tangga dengan mencatat 52.07 mata berbanding tahun sebelumnya iaitu 62.83 mata.
Extra Joss umum tajaan rasmi Liga M, hangatkan kegilaan bola sepak tempatan
Minuman tenaga terkemuka Exra Joss mengumumkan tajaan rasminya bagi musim baharu Liga M melangkaui siaran dengan pengaktifan di lapangan stadium dan zon interaksi peminat interaktif bagi memastikan pengalaman jenama yang holistik.
Miskin tegar di Pulau Pinang bakal diselesaikan sepenuhnya hujung Mei ini
Kemiskinan tegar di Pulau Pinang dijangka dapat diselesaikan sepenuhnya akhir bulan ini hasil usaha dan inisiatif kerajaan Persekutuan.
Astro beri tawaran akses percuma bagi Liga Malaysia 2024/2025
Kehangatan Liga Malaysia musim baru 2024/2025 kini kembali dengan Astro selaku penyiar rasmi bagi tahun kedua akan membawakan sebanyak 219 perlawanan dalam definisi tinggi (HD) selain permainan baru liga fantasi dan Sooka Score Predictor.
Petugas haji selamat tiba di Madinah
Seramai 150 petugas haji termasuk 14 petugas media bagi musim haji 1445Hijrah/2024 selamat tiba di Madinah, sekitar pukul 2.45 pagi waktu tempatan (7:45 pagi waktu Malaysia).
Institusi pendidikan di Kerala, India ditutup susulan gelombang haba
Pihak kerajaan tempatan di negeri selatan India, Kerala pada Khamis mengarahkan penutupan institusi pendidikan di sana sehingga 6 Mei ini berikutan keadaan cuaca yang amat panas, lapor Xinhua.
Malaysia mungkin perlu import lebih banyak gas jika tidak alih kepada tenaga mampan - Rafizi
Malaysia mungkin berdepan keperluan mengimport lebih banyak gas bagi tujuan penjanaan tenaga elektrik pada tahun-tahun akan datang.
Kerajaan sedia terima kritikan, namun, tidak bertolak ansur sentimen 3R - PM Anwar
Kebebasan bersuara yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukan bermakna kebebasan untuk mencerca dan memaki hamun sesuka hati.
Pindaan Perlembagaan berkaitan hak kewarganegaraan dibawa ke Parlimen bulan ini - PM Anwar
Kerajaan akan membentangkan cadangan pindaan Perkara 14 (1)(b) Perlembagaan Persekutuan berhubung kewarganegaraan kanak-kanak yang dilahirkan di luar negara di Parlimen bulan ini.
Kabinet lulus cadangan pindaan Perlembagaan isu kewarganegaraan
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata, cadangan itu diluluskan selepas beliau membentangkan cadangan tersebut ketika Mesyuarat Kabinet hari ini.
Perkara 153: Tak perlu bincang, sedia ada dalam Perlembagaan - PM Anwar
Beliau menjelaskan, tindakan itu termasuk Perkara 153 melibatkan kedudukan istimewa orang Melayu serta kaum bumiptera di Sabah dan Sarawak.
Taraf, kedudukan bahasa Melayu di negara ini lebih tinggi daripada bahasa lain - Ahli akademik
Ahli politik perlu menjadi teladan menggunakan bahasa Melayu yang betul, indah dan menarik dalam percakapan, terutamanya apabila diwawancara oleh media.
Jawatankuasa khas perkasa Mahkamah Syariah perlu libatkan negeri, ulama dan ahli akademik - PM
Tegas Anwar, keputusan Mahkamah Persekutuan baru-baru ini digunakan untuk menimbulkan perpecahan dalam kalangan rakyat.
Kes Nik Elin: Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor
Semua pihak diseru akur kepada titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah agar menghormati keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Nik Elin.
Hormati keputusan Mahkamah Persekutuan - Sultan Selangor
Baginda bertitah, terdapat ulasan yang berdasarkan polemik kepentingan pihak-pihak tertentu sehingga menimbulkan pelbagai kekeliruan.
Terengganu turut terima 'tempias' keputusan kes Nik Elin
Kerajaan negeri Terengganu dijangka turut menerima tempias susulan keputusan Mahkamah Persekutuan membatalkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.
Kerajaan tidak terlibat keputusan kes Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan - PM
Beliau berkata ia diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan berdasarkan kuasa yang ada di bawah Perlembagaan Persekutuan.