Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menjadi pemimpin pertama negara yang menggunakan laluan Jambatan Kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer dari bahagian pulau ke tanah besar untuk ke satu majlis di Kepala Batas, Seberang Perai.
Beliau diiringi bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Negeri Teng Chang Yeow, Timbalan Pengerusi BN Negeri Datuk Zainal Abidin Osman dan Pengerusi Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) Tan Sri Sulaiman Mahboob.
Turut menyertai rombongan perdana menteri ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen yang juga Pengerusi MCA Pulau Pinang dan anak perdana menteri Norashman.
Sementara itu Pengarah Urusan JKSB Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata pihaknya bangga dengan lawatan pertama yang dilakukan perdana menteri dan delegasinya hari ini.
"Lawatan perdana menteri itu sangat bermakna kepada kami kerana JKSB setakat ini berjaya menyiapkan kerja-kerja penyambungan rentang tuju utara di antara jambatan dengan Batu Maung di sebelah pulau dan Batu Kawan di bahagian Seberang Perai, pada minggu lepas.
"Ini bermakna pembinaan jambatan sepanjang 16.9 kilometer merentasi laut ini siap sepenuhnya secara fizikal dan boleh dilalui," katanya dalam kenyataan media di sini.
Ismail berkata pembinaan lebuh raya dan plaza tol untuk ke jambatan kedua Pulau Pinang itu dijangka dibuka kepada orang awam pada September ini iaitu lebih awal berbanding jadual asal.
Projek pembinaan jambatan kedua itu dilancarkan Abdullah pada 2008 dan memulakan kerja-kerja pembinaan pada 3 Mac 2009, ketika ini sebanyak 94 peratus kerja-kerja pembinaan berjaya dilaksanakan.
Jambatan kedua Pulau Pinang sepanjang 24 kilometer iaitu jambatan terpanjang di Asia Tenggara dibina bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di Jambatan Pulau Pinang dengan kos sebanyak RM4.5 bilion.
Bernama
Tue Apr 30 2013
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil buat laporan - Nancy Shukri
Mangsa gangguan seksual perlu berani tampil ke hadapan untuk melaporkan kejadian yang dialami atau mendapatkan khidmat kaunseling yang disediakan oleh KPWKM.
Mohamad Hasan bertemu Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi
Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan mengadakan pertemuan dengan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Tawfiq Fawzan Al-Rabiah.
MSNR pastikan getah Malaysia kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa
Industri getah negara merekodkan pencapaian membanggakan menerusi pelaksanaan inisiatif MSNR yang bertujuan memastikan komoditi berkenaan kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa.
Isu bayi 'disimpan' : Peguam minta tarik balik tuduhan atau berdepan tindakan saman
Bapa kepada bayi lelaki yang mayatnya 'disimpan' di sebuah hospital swasta memberi masa sehingga 12 tengah malam Khamis kepada netizen yang memfitnah di media sosial supaya menarik balik kenyataan.
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
MTL: Jambatan ditenggelami air, 200 penduduk terputus hubungan
Jambatan itu tenggelam akibat peningkatan mendadak paras air Sungai Galas.
Vokalis Bon Jovi pujuk wanita usah teruskan niat terjun jambatan
Vokalis Bon Jovi itu menghampiri wanita tersebut yang dilihat berdiri di tebing jambatan merentasi Sungai Cumberland.
Thailand dijangka mulakan pembinaan jambatan kembar di sempadan Rantau Panjang-Sungai Golok pada April 2025
Gabenor Wilayah Narathiwat Trakul Thotham berkata sebelum projek pembinaan jambatan itu bermula, penaksiran kesan persekitaran (EIA) perlu dijalankan.
RM178.7 juta diperuntukkan bagi pembesaran jambatan, jalan di Pontian
Antaranya, pembesaran Jambatan Sungai Pontian Kecil dengan kos RM23.1 juta dan naik taraf Jalan Pekan Nanas ke Tanjung Piai (RM65.6 juta).
Jambatan runtuh, kereta api bawa asfalt terhumban dalam sungai
Ketika kejadian, tujuh gerabak kereta api terbabit kesemuanya membawa bahan campuran asfalt panas dengan belerang cair.
Remaja lelaki maut kemalangan, tercampak dari jambatan
Mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederan parah di badan dan kepala.
Banjir Baling: Penduduk lega jambatan sementara siap sebelum Aidiladha
Pembinaan jambatan itu juga jelasnya akan memberi manfaat kepada hampir 3,000 penduduk di kawasan sekitar.
Isu jambatan gantung putus di Nabawan bukan dalam kawasan sekolah
Jambatan gantung itu adalah jambatan awam manakala alat yang dinaiki murid berkenaan sebenarnya untuk menghantar barang penduduk kampung.
Pergaduhan tular berpunca salah faham baiki jambatan, 6 sudah ditahan
Perselisihan faham berhubung isu baik pulih jambatan dipercayai menjadi punca pergaduhan sekumpulan lelaki di Kampung Kurnia Jaya, Batu 4, di sini, semalam.
Op Murni: ATM bersama JKR bina jambatan sementara di Kampung Jawa
Jambatan 'Compact Bailey 200' sepanjang 18.24 meter (m) dan lebar 7.35 m itu, merupakan aset yang dibekalkan oleh JKR Selangor.