awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nancy Pelosi, delegasi dijangka tiba pagi ini di Malaysia

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
02/08/2022
00:45 MYT
Nancy Pelosi, delegasi dijangka tiba pagi ini di Malaysia
Pelosi dijadual tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia di antara jam 9 dan 9.30 pagi. -Gambar fail/Reuters
SUBANG: Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi dijangka tiba di Malaysia pagi ini bagi lawatan rasmi.
Ahli politik Demokrat berusia 82 tahun itu dijadual tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini.
Difahamkan, pesawat yang membawa Pelosi dan lima lagi delegasi utama dari AS dijadual tiba di antara jam 9 dan 9.30 pagi.
Bagaimanapun, setakat ini pengamal media yang membuat liputan ketibaan Pelosi dan delegasi masih belum menerima maklumat penuh termasuk individu yang bakal menyambut ketibaan mereka.
Begitupun, difahamkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon dijangka menyambut ketibaan delegasi yang diketuai Pelosi itu.
Berdasarkan pemerhatian, turut kelihatan ketika ini ialah Duta Besar AS ke Malaysia, Brian McFeeters.
Lawatan Pelosi ke negara ini merupakan antara siri lawatan rasmi beliau ke Indo-Pasifik, yang mana individu nombor tiga dalam pentadbiran AS itu turut dijadual mengunjungi Korea Selatan dan Jepun.
Sepanjang lawatan ke Malaysia, Pelosi antaranya dijadual mengadakan lawatan ke bangunan Parlimen.
Dalam perkembangan sama, Pelosi dijangka membuat lawatan ke Taiwan pada Selasa selepas kunjungannya ke Malaysia.
AS-China | Pelosi dijangka lawat Taiwan selepas Malaysia - CNN
Dalam kenyataan pada Ahad, Pelosi tidak menyenaraikan Taiwan sebagai salah satu lokasi dalam lawatannya ke Asia.
BACA: Pelosi dijangka lawat Taiwan selepas Malaysia - Laporan
BACA: Lawatan Pelosi: AS tidak berminat tingkat ketegangan dengan China
BACA: Lawatan Pelosi: Hubungan AS-China penting demi keamanan, keselamatan serantau - PM Singapura
Terdahulu, berita mengenai kemungkinan Pelosi akan mengadakan lawatan ke Taiwan mencetuskan spekulasi tentang tindak balas dari China.
BACA: Nancy Pelosi enggan ulas lawatan ke Taiwan
BACA: Padah menanti jika Pelosi lawat Taiwan, cabar dasar China - Lijian
Topic Berkaitan
#Nancy Pelosi
#Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia
#Mohd Rashid Hasnon
#Brian McFeeters
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan