NEW DELHI: New Delhi terus bergelut dengan masalah pencemaran udara, diburukkan lagi dengan sikap orang ramai yang tidak mengendahkan larangan bermain bunga api semasa sambutan Deepavali.
Tahap pencemaran udara meningkat ke paras berbahaya di ibu negara India itu, dengan asap tebal turut menyelubungi beberapa bandar, termasuk bandar Faridabad, Gurugram, Ghaziabad dan Noida.
Indeks Kualiti Udara pada Isnin menunjukkan peningkatan bahan bertoksik dalam tempoh semalaman.
"Satu-satunya sebab mengapa tahap pencemaran meningkat hari ini adalah kerana pembakaran mercun dan bunga api," kata Menteri Alam Sekitar New Delhi Gopal Rai.
Agensi kawalan pencemaran baru-baru ini mengumumkan larangan menyeluruh terhadap pembuatan, penyimpanan atau penjualan mercun di seluruh bandar sehingga 1 Jan.
Mahkamah Agung India juga telah mengenakan sekatan terhadap mercun tetapi arahan itu tidak dipatuhi.
Tahap pencemaran udara meningkat setiap kali musim sejuk di wilayah di New Delhi kerana suhu lebih sejuk memerangkap bahan bertoksik.
Kegiatan industri, asap daripada berjuta-juta kenderaan, debu akibat aktiviti pembinaan, pembakaran sisa pertanian di negeri jiran dan pengurusan sisa perbandaran yang lemah turut menyumbang kepada krisis alam sekitar.
Kerajaan tempatan baru-baru ini mengenakan larangan ke atas trak diesel untuk memasuki New Delhi dan menutup sekolah sehingga 18 November berikutan peningkatan tahap pencemaran udara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 13 2023
Indeks Kualiti Udara pada Isnin menunjukkan peningkatan bahan bertoksik dalam tempoh semalaman. - AP
Dua maut, lima hilang bot dan kapal bertembung
Lapan orang dewasa berada di atas bot bermotor kecil itu ketika berlaku perlanggaran.
Serpihan komet melalui langit Portugal, Sepanyol
Fenomena astronomi berkenaan dapat dilihat dengan jelas di pelbagai bahagian di Sepanyol dan Portugal.
500,000 kanak-kanak di Gaza alami trauma perang - UNRWA
Lazzarini turut mendakwa tentera Israel bertindak menceroboh premis PBB dan mengganggu kakitangan UNRWA.
Tok Mat doa operasi SAR Presiden Iran berjalan lancar
Mohamad Hasan mendoakan kelicinan operasi mencari dan menyelamat nahas helikopter yang melibatkan Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luar Iran.
Raja Salman jalani rawatan radang paru-paru
Raja Salman yang berusia 88 tahun itu akan dirawat dengan antibiotik sehingga keadaan radangnya pulih.
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
Skuad berbasikal para sambar dua emas dan dua perak di India
Skuad para negara mempamerkan persembahan cemerlang untuk menghadiahkan dua pingat emas serta dua pingat perak pada Kejohanan Berbasikal Trek Para Asia 2024.
Jumlah korban kilang terbakar di New Delhi meningkat kepada 11 orang
Menurut bomba, identiti mangsa yang rentung, semuanya pekerja kilang, masih belum dapat dipastikan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Speaker Kanada tidak akan hadir Sidang Kemuncak Speaker Parlimen G20 di New Delhi
Hubungan Ottawa dan New Delhi agak dingin selepas PM Justin Trudeau menuduh India terlibat dalam pembunuhan aktivis pemisah Sikh.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup
Misi yang terletak di kawasan diplomatik Chanakyapuri itu bakal menamatkan operasi mulai 1 Oktober.
Malaysia, India bincang kerjasama pertahanan di New Delhi
Pegawai dari kementerian pertahanan India dan Malaysia membincangkan kerjasama dalam pelbagai bidang semasa mesyuarat mereka di New Delhi.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Banjir: Ratusan terpaksa berpindah di New Delhi susulan hujan lebat
Air Sungai Yamuna meningkat melebihi paras bahaya dan menenggelamkan beberapa kawasan bersebelahan ibu negara.
14 maut hujan lebat landa utara India
Hujan lebat melanda wilayah utara India mengorbankan sekurang-kurangnya 14 nyawa manakala infrastruktur jalan raya rosak di kebanyakan negeri sejak Sabtu.