Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kini menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kini dilaporkan semakin pulih.

Pihak media difahamkan, anaknya Nik Mohamad Abduh akan mengadakan sidang media kira-kira jam 11 pagi di hospital berkenaan.

Pada sidang media tersebut, Ahli Parlimen Pasir Mas tersebut bersama wakil pasukan perubatan dijangka akan memberi perkembangan terkini status kesihatan bapanya.

Nik Aziz dimasukkan ke hospital berkenaan pada 19 Januari lalu setelah keadaan kesihatannya yang didapati agak merosot, ketika negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.

Sejak itu, Nik Mohamad Abduh sentiasa mengemas kini status keadaan kesihatan ayahnya melalui akaun Facebook.