Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan.
Pengumuman penuh calon PKR untuk negeri Selangor telah diumumkan Wan Azizah ketika Jelajah Pakatan Harapan Selangor pada malam Isnin.
Pengumuman itu telah menjawab tentang kedudukan anaknya, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar yang akan merebut kerusi Permatang Pauh.
Ia berikutan sebelum ini, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dilaporkan berkata, calon Permatang Pauh diberikan keutamaan untuk diisi oleh ahli keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Wan Azizah yang sebelum ini bertanding di N25 Kajang digantikan oleh Hee Loy Sien dan beliau dicalonkan bagi kerusi P100 Pandan yang ditinggalkan Rafizi Ramli.
Sementara itu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diumumkan kekal bertanding di dua kerusi yang dimenanginya sebelum ini P098 Gombak dan N19 Bukit Antarabangsa.
Berikut senarai penuh calon PKR di Selangor:
P.094 Hulu Selangor : Leow Hsiad Hui
P097 Selayang : William Leong Jee Ken
P.098 Gombak: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
P.099 Ampang : Zuraidah Kamaruddin
P100 Pandan : Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail
P.104 Subang : Wong Chen
P.105 Petaling Jaya : Maria Chin Abdullah
P.107 Sungai Buloh : Sivarasah Rasiah
P.109 Kapar : Datuk Abdullah Sani
P.112 Kuala Langat : Dr Xavier Jayakumar
N.03 Sungai Panjang : Mohd Fauzi Ahmad
N.09 Permatang : Rozana Zainal Abidin
N.10 Bukit Melawati : Sivamalar Ganapathy
N.11 Ijok : Dr Idris Ahmad
N.14 Rawang : Chua Wei Kiat
N.16 Sg.Tua : Amiruddin Shaari
N.17 Gombak Setia : Hilman Idham
N.19 Bukit Antarabangsa : Datuk Seri Mohamed Azmin Ali
N.20 Lembah Jaya : Hanizah Talha
N.25 Kajang : Hee Loy Sian
N.32 Seri Setia : Najwan Halimi
N.33 Taman Medan : Syamsul Firdaus Mohamed Supri
N.37 Bukit Lanjan : Elizabeth Wong
N.39 Kota Damansara: Shatiri Mansor
N.40 Kota Anggerik : Shaharuddin Badaruddin
N.41 Batu Tiga : Rodziah Ismail
N.43 Sementa : Dr Daroyah Alwi
N.46 Pelabuhan Klang : Azmizam Zaman Huri
N.48 Sentosa : Dr Gunaraj George
N.49 Sungai Kandis : Shuhaimi Shafiee
N.54 Tanjong Sepat : Borhan Aman Shah
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Mon Apr 23 2018
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan bakal bertanding di kerusi Parlimen Pandan. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.