awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NUTP saran kerajaan wujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk rakyat

Bernama
Bernama
03/02/2020
20:51 MYT
NUTP saran kerajaan wujudkan kelas intensif Bahasa Inggeris untuk rakyat
TAN: Pihak NUTP merayu kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mempertimbangkan cadangan ini, demi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia. - Gambar fail
Kerajaan disaran agar mewujudkan kelas-kelas intensif Bahasa Inggeris secara percuma kepada rakyat, terutamanya golongan yang tidak mempunyai asas pendidikan tinggi dan pekerja bidang kemahiran, serta mereka yang bekerja di luar bandar.
Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Harry Tan Huat Hock dalam kenyataan pada Isnin berkata, saranan itu bertujuan meningkatkan kebolehpasaran pekerja dalam kalangan rakyat.
"Pihak NUTP merayu kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) untuk mempertimbangkan cadangan ini, demi meningkatkan tahap penguasaan Bahasa Inggeris di Malaysia.
"Impak program seumpama ini perlu diukur dan dikaji, demi melonjakkan masa hadapan ekonomi negara," katanya.
Tan berkata Bahasa Inggeris merupakan bahasa utama yang dilihat sebagai bahasa yang membolehkan penduduk dunia berinteraksi secara mudah dan berkesan, dengan kepesatan teknologi moden.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bahasa Inggeris
#Harry Tan Huat Hock
#kelas intensif Bahasa Inggeris
#kelas percuma
#NUTP
#Setiausaha Agung NUTP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan