PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 104 kes tangkapan dengan nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam, sejak Op Khas Pagar Laut 1/2024 mula dilaksanakan pada 18 Mac lepas.
Ketua Pengarah Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata Maritim Malaysia melalui operasi itu, telah bertindak mengawal dan melindung negara daripada pelbagai ancaman jenayah di perairan seluruh negara.
Beliau berkata barangan kawalan bersubsidi seperti beras, minyak masak akan cuba diseludup keluar untuk jualan di negara jiran kerana permintaan tinggi, malah penyeludupan masuk barangan kontraband seperti rokok serta kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI), turut berkemungkinan berlaku menjelang Hari Raya Aidilfitri.
"Di sebalik kegembiraan rakyat Malaysia meraikan Sambutan Hari Raya Aidilfitri, pasukan keselamatan seperti Maritim Malaysia telah mengetepikan keutamaan diri dan keluarga demi menabur bakti serta keringat kepada negara, dengan menjaga keselamatan Zon Maritim Malaysia," katanya di dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu sempena pelancaran Pesanan Khidmat Masyarakat (PSA) Maritim Malaysia yang bertajuk Ikhlas di saluran media sosial rasmi agensi itu.
Berdurasi 2:23 minit, video PSA berkenaan memaparkan pengorbanan yang dicurahkan oleh penguat kuasa Maritim Malaysia, dalam mengekalkan keamanan dan kesejahteraan negara khususnya rakyat Malaysia sempena menyambut kedatangan lebaran yang bakal diraikan pada minggu hadapan.
Hamid berkata keamanan dan keselamatan negara perlu disyukuri oleh setiap rakyat Malaysia kerana di sebalik apa yang dikecapi kini, merupakan dari sebuah pengorbanan ikhlas pasukan keselamatan yang menjaga kesejahteraan dan kedaulatan negara.
Beliau berkata keselamatan perairan menjadi keutamaan, kerana Malaysia merupakan sebuah negara maritim yang terletak di Asia Tenggara dengan beberapa kawasan perairannya menjadi tumpuan kegiatan perikanan dan perdagangan, yang boleh membuka ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan aktiviti pelanggaran undang-undang khususnya jenayah rentas sempadan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 05 2024
Hamid berkata Maritim Malaysia melalui operasi itu, telah bertindak mengawal dan melindung negara daripada pelbagai ancaman jenayah di perairan seluruh negara. - Gambar Bernama
KDN FC terima tajaan daripada syarikat Jepun
KDN FC menerima tajaan bernilai RM200,000 daripada ROHM Electronics Sdn Bhd bagi menghadapi saingan Liga Super 2024/2025.
Semikonduktor: Pembangunan bakat profesional, penuhi aspirasi global
Profesor Madya Dr Ridzwan Che Rus, Pensyarah Kanan di Fakulti Teknikal dan Vokasional, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengulas berkenaan usaha pembangunan bakat profesional dalam bidang semikonduktor.
Mata wang kripto: Instrumen patuh syariah?
Pensyarah Kanan Sekolah Perniagaan & Ekonomi UPM, Dr Taha Mohd Omar mengulas berkenaan instrumen kewangan mata wang kripto dari sudut pandang syariah.
IHPR meningkat, apa kesan kepada harga barang?
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS) mengulas berkenaan Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar yang terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun pada April 2024.
[Data & Statistik] Indeks Harga Pengeluar Malaysia, April 2024
Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, terus meningkat sebanyak 1.9 peratus tahun ke tahun (y-o-y) pada April 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pada Mac 2024, IHPR meningkat 1.6 peratus tahun ke tahun, tambahnya.
Pesawat tentera AS terhempas
Pihak berkuasa mengesahkan juruterbang merupakan satu-satunya penumpang pesawat tersebut.
AWANI Pagi: Cabaran masa depan kewartawanan, mendepani AI
Seiring perubahan teknologi, aspek Kecerdasan Buatan (AI), antara elemen yang wujud dalam bidang kewartawanan. Diskusi 8.30 pagi bersama Bekas Dekan Komunikasi Universiti Sains Malaysia (USM), untuk meneliti bagaimana wartawan mengadaptasi elemen baharu ini dalam tugas seharian mereka.
Imigresen Sabah hantar pulang 232 pendatang tanpa izin
Ia membabitkan 123 lelaki, 72 wanita dan 37 kanak-kanak berumur antara dua bulan hingga 69 tahun.
Tular video Ronaldo sebut Bismillah sebelum ambil sepakan percuma
Ronaldo meledak dua gol dalam perlawanan terakhir Liga Pro Saudi itu ketika membantu pasukannya menewaskan Al Ittihad 4-2.
Pasangan kembar cipta kenangan manis di pentas Tilawah Kebangsaan
Pertandingan tilawah peringkat kebangsaan merupakan penyertaan kali kelapan bagi Nor Hidayah manakala yang kelima untuk Nor Jannah.
Rumah sangkar haram diserbu, hampir 1,000 sangkar ikan disita di Langkawi
Maritim Malaysia menyita 800 unit sangkar ikan yang berada di kedudukan 1.0 batu nautika dari barat daya Pulau Langgun, Langkawi.
Peranan Maritim Malaysia diiktiraf dunia
Peranan serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diterima baik dan diiktiraf dunia.
Maritim Malaysia tahan dua bot, sita barangan lebih RM160,000 di Tawau
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menahan tiga lelaki kerana melanggar syarat sah lesen dua bot melibatkan sitaan lebih RM160,000 di perairan Inderasabah dekat sini, semalam.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
Kapal kargo terbakar, 12 kru diselamatkan
Kebakaran berkenaan dilapor oleh Vessel Traffic Management System (VTMS) Pasir Gudang.
Aidilfitri: 'Demi tugas kepada negara, semua itu terpaksa dilupakan'
Mendengar takbir raya bergema di tengah lautan biru semasa Hari Raya Aidilfitri membuatkan anggota Maritim Malaysia teringat-ingat dan merindui air tangan ibunya untuk dijamah pada 1 Syawal.
Polis kenal pasti seorang suspek tembak anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak
Polis mengenal pasti seorang daripada tiga suspek dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Maritim Malaysia di perairan Kunak semalam.
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak di perairan Kunak, Sabah
Dua anggota Maritim Malaysia cedera ditembak ketika sedang menjalankan rondaan Op Khas Pagar Laut di perairan Kunak pagi tadi.
OP Khas Pagar Laut rekod nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah merekodkan 104 kes tangkapan dengan nilai tangkapan hampir RM5.5 juta sehingga semalam.
Pesawat Maritim Malaysia bantu padam kebakaran di Miri
Maritim Malaysia telah mengatur gerak pesawat Bombardier CL-415 miliknya, bagi membantu dalam operasi memadamkan kebakaran hutan tanah gambut secara bersepadu.