BALIK PULAU: Polis menyita 19 motosikal dan sebuah kereta dalam operasi bersepadu Op Khas Samseng Jalanan di daerah Barat Daya, di sini, yang bermula 10 malam tadi hingga 6 pagi hari ini.
Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya turut mengeluarkan 47 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan.
"Operasi khas itu dijalankan di kawasan Bayan Baru dan Bayan Lepas sebagai usaha membendung 'mat rempit' dan samseng jalanan. Semua kenderaan itu disita mengikut Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Operasi itu dijalankan oleh Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Daerah Barat Daya dan Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Pulau Pinang bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di lokasi tumpuan mat rempit atau samseng jalanan berlumba dan menunggang motosikal secara melulu serta berbahaya," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata operasi juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara ACP Mohd Asri Shafie berkata pihaknya menyita 17 motosikal dalam Op Samseng Jalanan di Lingkaran Luar Butterworth (BORR) Bagan Ajam dekat sini bermula 11 malam tadi.
Beliau berkata polis turut mengeluarkan 90 saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi operasi yang dijalankan susulan aduan berkaitan kegiatan mat rempit dan samseng jalanan yang mengganggu ketenteraman awam itu.
Katanya pihaknya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam kegiatan mat rempit dan samseng jalanan serta operasi secara giat akan diteruskan bagi membendung kegiatan tersebut daripada terus berleluasa.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 05 2023

Polis turut mengeluarkan 47 saman atas pelbagai kesalahan lalu lintas dalam operasi berkenaan. - Gambar/ Sinar Harian

Lebih 5,000 Rumah Mesra Rakyat dibina tahun ini
Sebanyak 5,045 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR) akan dibina tahun ini dengan peruntukan tambahan sebanyak RM123 juta bagi tujuan berkenaan yang diluluskan pada Ogos lepas.

Khairuddin dakwa Radzi lakukan jenayah qazaf, dinasihat bertaubat
Mohd Khairuddin berkata qazaf juga termasuk dalam kategori jenayah hudud serta antara dosa besar dalam Islam.

Nazmi, Zairul dan Arif pengadil Malaysia pertama adili ACL guna VAR
Muhammad Nazmi bersama pembantu Mohamad Zairul dan Mohd Arif mengadili perlawanan antara Buriram United dan Zhejiang FC yang berlangsung di Thailand.

Video tular: Pejabat Timbalan Menteri KPDN lapor polis
"Tulisan tersebut dengan sengaja mengaitkan dan mengaibkan Timbalan Menteri dengan tujuan menyakiti dan memfitnah beliau."

India minta Kanada kurangkan bilangan diplomat
"Kami telah memaklumkan kepada kerajaan Kanada bahawa perlu ada persamaan dan kesetaraan kedudukan dalam kehadiran diplomatik."

KWAP labur RM500 juta dalam dana perintis
KWAP akan melabur sehingga RM500 juta bagi tempoh 18-24 bulan akan datang untuk Dana Perintis yang baharu dilancarkan dalam usaha melonjakkan ekosistem usaha niaga dan permulaan di Malaysia.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya terus daki ranking FIFA
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Muhyiddin selesai beri keterangan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong luang masa santuni penduduk Sungkai
Menurut laman Facebook Istana Negara, Seri Paduka yang memandu sendiri kenderaan turut berkenan menyantuni penduduk tempatan dan mengurniakan sumbangan.

Polis tahan kapal kargo bawa 40,000 liter diesel tanpa permit
Tangkapan dibuat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 setelah kru kapal itu gagal menunjukkan permit atau lesen yang sah dikeluarkan KPDN.

Lepas gian untuk berlumba di bulan Ramadan, 10 'mat rempit' ditahan polis
Mereka juga terpaksa menolak motosikal kira-kira lima kilometer ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman sebelum kenderaan itu disita.

Sudahlah langgar PKPB, lumba haram pula... 108 disaman
Padah menimpa apabila Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Yan bertindak menyerbu lokasi perlumbaan mereka di Jalan Baru Pulau Bunting-Ulu Sedaka pada lewat petang Selasa.

Guna motosikal bapa untuk lumba haram, remaja bawah umur ditahan
157 saman dikeluarkan ke atas pelbagai kesalahan, antaranya nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi dan tidak memiliki lesen pemandu.