SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Selangor akan memfokuskan penguatkuasaan di 23 kawasan yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan di negeri itu sepanjang Operasi Tahun Baharu Cina (Op TBC) yang bermula semalam.
Pengarahnya Datuk Khairul Khar Yahya berkata antara lokasi yang dikenal pasti kerap berlaku kemalangan ialah Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), Lebuhraya Selat Klang Utara, Lebuhraya Damansara Puchong (LDP), Jalan Meru dan Jalan Bukit Kemuning.
Beliau berkata operasi penguatkuasaan yang bermula semalam hingga 27 Jan itu akan melibatkan 325 anggota JPJ.
"Penguatkuasaan dalam operasi ini memfokuskan sembilan kesalahan utama dan lima kesalahan tambahan termasuk memandu melebihi had laju, gagal mematuhi lampu isyarat, memotong barisan, memandu di lorong kecemasan dan memandu secara berbahaya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Op TBC di Terminal 17, Seksyen 17, di sini malam malam tadi.
Selain itu, Khairul Khar berkata antara aktiviti penguatkuasaan lain yang dijalankan ialah melakukan penyamaran sebagai penumbang bas, pemeriksaan terminal serta depoh bas, penguatkuasaan khas motosikal, pengurusan aduan dan advokasi.
"Hasil penyamaran sebelum ini mendapati ada pemandu bas yang merokok, tidak memakai kasut dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu, malah kita juga pernah mengesan pemandu bas yang bermain 'games' semasa memandu. Perbuatan itu amat berbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan," katanya.
Menurutnya orang awam boleh membuat sebarang aduan berkaitan dengan menghubungi JPJ Selangor di talian 03-55669442 atau emel [email protected].
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 18 2023
Operasi penguatkuasaan yang bermula semalam hingga 27 Jan itu akan melibatkan 325 anggota JPJ. - Gambar fail
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
AWANI Borneo [26/04/2024] - Permintaan terkahir Joanna | Cakna kepentingan pertahanan | Jangan takut ugutan
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Nickyson Nyambar;
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
#AWANIBorneo 26 April 2024
Suami mendiang Joanna dedah hasrat isteri untuk Gawai ini
Sarawak berpotensi jadi pemain industri pertahanan negara
Jangan berdiam, Armizan minta pemilik syarikat minyak lapor jika terima ugutan
#AWANInews
Gelombang haba bawa derita baharu, risiko penyakit ke Gaza
Peningkatan suhu melampau luar jangka di seluruh Gaza menambah derita yang dihadapi warga Palestin setiap hari di semenanjung itu.
Tarikh akhir pengemukaan Borang E dan CP8D dilanjutkan hingga 31 Mei
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hari ini memaklumkan tarikh akhir pengemukaan Borang E dan C.P.8D dilanjutkan hingga 31 Mei ini.
Freedom Flotilla to Gaza: AS terus beri tekanan kepada Turki
AS yang merupakan rakan sekutu Israel dilaporkan terus memberi tekanan yang hebat kepada Turki untuk tidak memberi kebenaran pelayaran misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza.
Rumah terbuka himpunkan penduduk pelbagai kaum Kinabatangan
Sekitar 3,000 pengunjung daripada pelbagai kaum dan agama menghadiri rumah terbuka aidilfitri daerah Kinabatangan.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Enam inisiatif kekalkan momentum pertumbuhan Labuan IBFC 2024
Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA) Nik Mohamed Din Nik Musa berkata inisiatif ini penting dalam merangka hala tuju Labuan IBFC ketika Pelan Hala Tuju Strategik Lima tahunnya (2022-2026) memasuki tahun ketiga.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
Sindiket ancam bakar stesen minyak harus dilaporkan - Armizan
Pemilik stesen minyak yang diancam sindiket penyeludupan diesel bersubsidi disaran membuat laporan secara rasmi kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), kata Menterinya Datuk Armizan Mohd Ali.
#AWANIBorneo
#AWANIBorneo
'Kementerian Kewangan tiada rekod surat kelulusan Najib bagi 1MDB ambil alih Tanjong Energy, Genting Sanyen' - Saksi
Dalam siasatan SPRM, Kementerian Kewangan mengesahkan tidak mempunyai rekod ke atas kedua-dua surat tersebut.
Anak MB Perlis, empat yang lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini.
JPJ Terengganu terima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya
JPJ Terengganu menerima 145 aduan berkaitan kesalahan jalan raya dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini.
Lebih 17,000 saman dikeluarkan kepada pemandu warga asing sepanjang Februari - JPJ
Sebanyak 17,762 saman dikeluarkan terhadap pemandu warga asing ketika pelaksanaan Ops Khas sempena Tahun Baharu Cina, sepanjang bulan ini.
Kedutaan Malaysia di AS rai kesatuan, kepelbagaian budaya menerusi sambutan Tahun Baharu Cina
Mohamed Nazri berkata, penganjuran sambutan Tahun Baharu Cina itu berjaya mencipta pengalaman yang dinamik dan ceria untuk rakyat Malaysia dan tetamu.
Filem 'Money Not Enough 3' kaut RM13.86 juta penangan Tahun Baharu Cina
Money Not Enough 3 menampilkan gandingan tiga sahabat, Mark Lee, Henry Thia dan Jack Neo sendiri di samping penampilan Patricia Mok dan Xiang Yun.
Konsep mesra penjaja meriahkan sambutan Tahun Baharu Cina di Melaka
Ab Rauf berkata sambutan CNY malam tadi merupakan manifestasi kepada nilai kesepaduan dan kebersamaan sebagai rakyat Malaysia.
14 pemandu bas gagal ujian air kencing Op Khas musim perayaan
JPJ mengesan 14 pemandu bas terlibat dalam penggunaan bahan terlarang pada Op Khas Kenderaan Awam bersempena musim perayaan Tahun Baharu Cina.
JPJ keluar 781 notis kepada warga asing dalam Op Khas
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan 781 notis saman atas pelbagai kesalahan terhadap warga asing di seluruh negara sepanjang 20 hari Op Khas Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2024.
Sambutan tahun naga meriah di Astro
Pukulan gendang, tarian naga, dan singa juga dipersembahkan sebagai simbolik kepada sambutan perayaan selain pemberian limau mandarin, dan tradisi yee sang.
Sultan Nazrin berkenan berangkat ke sambutan Tahun Baharu Cina peringkat negeri Perak
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2024 peringkat negeri di Dataran Warisan Taiping di sini hari ini.
Kadar tambang bas ekspres eksekutif, ekonomi ikut jadual tambang - APAD
Harga tiket bas berbeza mengikut jenis perkhidmatan yang ditawarkan kepada penumpang.