KUALA LUMPUR:Sebanyak 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup ditahan pasukan penguat kuasa dalam operasi Benteng, pada Jumaat.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain itu empat kenderaan darat turut dirampas ketika operasi itu.
"Kerajaan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang cuba memasuki sempadan negara secara haram.
"Agensi-agensi penguat kuasa akan terus mengetatkan kawalan kawasan sempadan terutamanya di lorong-lorong tikus," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, pada Jumaat, sebanyak 38 operasi sanitasi meliputi 16 zon merah, zon Jingga (enam), zon kuning (tujuh) dan dua zon hijau.
"Ia melibatkan 12 buah negeri iaitu Sabah (12 operasi), Melaka (lima operasi), Selangor (empat operasi), Johor (tiga operasi), Perak (tiga operasi), Kelantan (tiga operasi), Pahang (dua operasi), Pulau Pinang (dua operasi) sementara masing-masing satu di Negeri Sembilan, Perlis, Sarawak dan Terengganu," jelasnya.
Sementara itu, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac 2020 telah melakukan 11,995 operasi sanitasi
merangkumi 137 zon.
Daripada jumlah itu katanya, 14,155 premis yang disanitasi terdiri daripada 2,864 pusat perniagaan, 1,659 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), pasar awam(2,771), pasar awam (357) dan 6,504 bangunan kerajaan.
BACA: 217 individu gagal patuh penjarakan fizikal antara 577 ditahan polis - Ismail Sabri
Umavathi Ramayah
Sat Nov 28 2020

Ismail Sabri Yaakob berkata, 49 PATI dan dua penyeludup ditahan dalam Operasi Benteng. - Gambar fail

PKP 2.0 | Inisiatif peniaga turunkan harga ikan
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan di tujuh negeri, sedikit sebanyak memberi kesan kepada sektor perniagaan dan pemborongan bekalan bahan mentah. Laporannya bersama wartawan Fareez Azman di Sungai Buloh.

Vaksin | Norway beri amaran, pesakit berusia lebih 80 tahun berisiko
Norway melaporkan terdapat individu warga emas berusia lebih 80 tahun yang meninggal dunia selepas mengambil suntikan vaksin COVID-19 buatan Pfizer dan BioNTech. Datuk Dr Zainal Ariffin Omar mengulas lanjut berkait persediaan yang perlu dilakukan Malaysia sebelum program imunisasi COVID-19 ini bermula.

Perdana Menteri zahir ucapan takziah kepada keluarga Tun Salleh Abas
Perdana Menteri berkata, Allahyarham telah memperkasa dan mengangkat integriti institusi kehakiman sewaktu menjadi Ketua Hakim Negara

Gempa Sulawesi: 45 maut, ratusan lagi cedera
Pasukan penyelamat hari ini mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang dikhuatiri tertimbus.

AWANI Pagi | Semakin diterima pelajar, mudah dimuat turun
Beradaptasi kepada arus pemodenan teknologi, buku teks dahulu secara fizikal kini boleh didapati dalam bentuk elektronik iaitu e-textbook. Bagi perbadanan kota buku, ia semakin diterima pelajar mahupun guru apabila lebih 350 ribu judul buku dimuat turun dalam tempoh satu hari ia dilancarkan.

E-textbook | Murid berkeperluan khas perlu pendekatan berbeza
Kerajaan begitu juga dengan penyedia platform boleh duduk semeja untuk memastikan buku teks secara elektronik atau e-textbook ini turut mesra kepada murid berkeperluan khas. Jelas yang Dipertua Mimbar, Datin Seri Ismalina Ismail, pelbagai jenis murid keperluan khas yang menuntut pelbagai pendekatan berbeza.

Peniaga | Pohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja
Penduduk di Kelantan yang bekerja sendiri atau pekerja harian tiada majikan, kini dibolehkan memohon surat kebenaran perjalanan sekali sahaja di balai polis berhampiran. Menurut Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat pihaknya boleh mengeluarkan surat kebenaran perjalanan bertarikh dari awal hingga berakhir Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula hari ini hingga 26 Jan.

COVID-19: Dua peserta Terbuka Australia diasingkan
Kira-kira 1,200 pemain dan kakitangan tiba di Melbourne menjelang Grand Slam Terbuka Australia, bermula 8 Februari depan.

Lebih 1,000 'Pakej My30 Plus30' telah ditebus
Orang ramai yang ingin menebus pakej berkenaan pada hari ini boleh melakukannya di kiosk Sayap Timur di stesen LRT KL Sentral sehingga jam 10.30 malam dan di Hab Bas Pasar Seni sehingga 7 malam.

Perubahan iklim: Negara-negara miskin makin terdesak, perlu lebih banyak belanja - PBB
Kerajaan di seluruh dunia perlu beradaptasi dengan lebih baik atau terpaksa menanggung kos, kerosakan dan kerugian yang dahsyat.

PKPD di KEMTA Kamunting, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (29 Disember 2020).

PKP: 246 individu ditahan, termasuk 91 terlibat aktiviti pusat hiburan - Ismail Sabri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, antara yang turut ditahan adalah melibatkan 91 individu yang terbabit dengan aktiviti pusat hiburan.

Penggunaan dron berjaya tingkatkan tangkapan
Ismail Sabri berkata sejak Jun lalu, pasukan keselamatan mula menggunakan dron dalam Op Benteng dan berhasil mengesan insiden yang membawa kepada 55 tangkapan.

PKPD dilaksanakan di Pusat Pemulihan Akhlak Muar, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Rabu (23 Disember 2020).

COVID-19: Gagal patuh penjarakan fizikal kesalahan tertinggi ingkar PKP
Seramai 135 individu ditahan kerana gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal sekali gus menjadikan kesalahan itu sebagai kesalahan tertinggi yang dikesan dalam tempoh 24 jam itu.

Operasi Benteng: 99 PATI, dua penyeludup ditahan - Ismail Sabri
Pasukan penguat kuasa menahan 99 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta dua penyeludup dalam Operasi Benteng, pada Sabtu.

Operasi Benteng: 49 PATI, dua penyeludup ditahan - Menteri
Sebanyak 49 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan dua penyeludup ditahan penguat kuasa dalam operasi Benteng, pada Jumaat.

Operasi Benteng: 20 PATI, tiga penyeludup ditahan - Ismail Sabri
Seramai 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) serta tiga penyeludup ditahan pasukan penguat kuasa dalam Operasi Benteng, pada Sabtu.

381 individu ditahan, ini lima tumpuan kenyataan media Ismail Sabri hari ini
Ini lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi kenyataan media, hari ini.

SOP PKPB mukim Klang terbatal, ini lima tumpuan kenyataan media PKPP
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob pada Selasa (14 Oktober 2020).