GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 e-skuter dalam dua serbuan di sini menerusi operasi khas bermula 6 petang semalam.
Menurut kenyataan oleh pihak berkuasa tempatan itu, sebanyak 32 e-skuter telah dirampas di premis pertama dan seorang pekerja yang dipercayai warga asing telah melarikan diri sejurus melihat ketibaan pasukan operasi khas itu, manakala 12 lagi e-skuter telah dirampas di premis kedua berhampiran lokasi pertama serbuan.
"Pemeriksaan juga mendapati kedua-dua premis tersebut tidak mempunyai lesen yang sah dari MBPP dan kesemua kenderaan mikromobiliti tersebut serta dokumen pembuktian telah dirampas oleh Jabatan Pelesenan bagi tindakan selanjutnya," menurut kenyataan itu.
MBPP memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha untuk menjalankan aktiviti sewaan kenderaan itu.
"MBPP juga tidak berkompromi dalam melaksanakan tindakan tegas penguatkuasaan dan akan terusmembuat pemantauan dari semasa ke semasa secara berterusan bagi mengekang aktiviti e-skuter yang memberikan kesan negatif ke atas keselamatan orang awam," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
MBPP memaklumkan pihaknya tidak mengeluarkan sebarang lesen atau permit ke atas mana-mana pengusaha untuk menjalankan aktiviti sewaan kenderaan itu. - Gambar/ MBPP
Banjir kilat: 106 mangsa dipindahkan ke lima PPS di Perak
Seramai 106 mangsa dari 33 keluarga telah ditempatkan di lima PPS di tiga daerah iaitu Hilir Perak, Larut Matang Selama dan Kuala Kangsar.
Malaysia, Kazakhstan sepakat perkukuh hubungan, teroka kerjasama baharu
Malaysia dan Kazakhstan sepakat untuk terus memperkukuhkan hubungan yang terjalin sejak 16 Mac 1992, serta meneroka peluang kerjasama baharu.
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
MBPP mandulkan 6,046 anjing liar di Pulau Pinang
Selain TNR, Kerajaan Pulau Pinang juga mengamalkan polisi tidak memusnahkan anjing liar yang ditangkap melainkan ia sakit tenat.
Operasi khas rampas skuter elektrik di Pulau Pinang
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) merampas 44 e-skuter dalam dua serbuan di sini menerusi operasi khas bermula 6 petang semalam.
MBPP tarik balik larangan jual alkohol ketika Thaipusam
MBPP menarik balik serta-merta notis larangan penjualan minuman beralkohol yang dikeluarkan kepada 51 premis sempena perarakan Thaipusam di negeri ini.
Najis tikus dalam stor simpan bahan mentah, tiga premis makanan diarah tutup
MBPP berkata arahan penutupan selama 14 hari sehingga 30 Januari ini dibuat di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Establisymen Makanan MPPP 1991.
MBPP angkut 1.4 tan sisa barang lusuh simpan di rumah teres
Tindakan itu diambil menerusi operasi bersepadu yang dijalankan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, PDRM dan jabatan-jabatan dalaman MBPP.
Gangguan bekalan air: MBPP sedia 98 tangki statik di kompleks penjaja, pasar
Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) akan membekalkan 98 buah tangki air statik di 82 kompleks, pasar dan tapak penjaja dalam kawasan pentadbirannya.
Runtuhan gudang: MBPP keluar notis henti kerja berkuatkuasa serta merta
Perintah berhenti kerja itu dikeluarkan awal pagi Rabu kepada pihak pemaju dan jurutera projek berkenaan.
Majlis Bandaraya Pulau Pinang nafi tak lulus permohonan pasang bendera Palestin
MBPP menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15 meter (m) di Flat Jalan Sungai.
MBPP buat laporan polis lelaki menyamar petugas minta 'angpau'
MBPP membuat laporan polis berhubung lelaki menyamar sebagai petugas pembersihan PBT itu dipercayai untuk meminta 'angpau' daripada penduduk di kawasan Batu Lancang.
Tiga premis makanan di P.Pinang diarah tutup kerana kotor, ada najis tikus
Ia didapati tidak menepati piawaian kebersihan yang ditetapkan termasuk penemuan najis tikus di dalam premis.