PELABUHAN KLANG: Operasi pemadaman kebakaran kontena di kapal MV KMTC Shenzhen di sini yang masuk hari kedua pada Ahad, masih diteruskan.
Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasan Maritim Selangor, Komander Maritim Mohd Sharenliza Ghazali berkata, operasi pemadaman masih dijalankan pihaknya dengan kerjasama agensi sahabat.
Menurutnya, operasi yang dikoordinasikan Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru ini disambung bermula jam 1 pagi pada hari kedua (13 Ogos).
"Pemantauan berterusan telah dilaksanakan dan mendapati masih terdapat kontena yang berasap.
"Kapal KM Bagan Datuk dan bot Perkasa 35 dari Maritim Negeri Selangor telah diatur gerak bersama aset MV Polaris dari Jabatan Laut Malaysia, bot Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor serta empat bot tunda daripada Pelabuhan Barat dan Pelabuhan Utara," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Beliau berkata, JBPM Selangor juga telah menghantar 10 pegawai dan anggota dari Unit Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.
Katanya, pihak bomba memaklumkan terdapat 1,189 kontena di kapal terbabit di mana sembilan dilaporkan terbakar setakat ini.
"Operasi menyelamat yang dikoordinasikan Maritim Selangor setakat ini berjaya mengawal kebakaran dari merebak ke kawasan yang berisiko tinggi.
"Seramai 18 kru kapal termasuk kapten dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan," ujarnya.
Tambahnya, Pangkalan Hadapan Carilamat (PHC) ditubuhkan di Bilik Gerakan Krisis Westport bagi mengkoordinasikan dan memantau kerja-kerja pemadaman api.
"Perkembangan berhubung insiden ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
"Sebarang maklumat berkaitan jenayah dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk maklum balas segera," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Aug 13 2023
Operasi pemadaman kebakaran di kapal MV KMTC Shenzhen di Pelabuhan Klang yang memasuki hari kedua pada Ahad masih dijalankan. - Foto Maritim Malaysia/Sinar Harian
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
Operasi padam kebakaran kontena masih diteruskan
JBPM Selangor juga menghantar 10 pegawai dan anggota dari Unit Hazmat bagi membantu menilai risiko dan merancang pelan tindakan susulan.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.