KUALA TERENGGANU: Operasi mencari dan menyelamat kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang dikhuatiri lemas selepas tergelincir ketika bermain air Sungai Tok Hakim yang melimpah bersama adik dan rakannya di sini petang tadi, ditangguhkan tengah malam ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata operasi mencari dan menyelamat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan akan disambung semula kira-kira 7 pagi esok.
"Operasi pada malam ini akan ditangguhkan kerana keadaan gelap dan pokok-pokok di bawah permukaan air terlalu banyak sehingga menyukarkan operasi.
Operasi mencari dan menyelamat kini dilakukan di permukaan dengan menggunakan bot dalam radius 500 meter dari lokasi mangsa dipercayai lemas. Esok anggota kita akan lakukan pencarian secara selaman pula," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Rozizah berkata seramai 82 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Bomba Simpanan (PBS), Polis Diraja Malaysia, pegawai perubatan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terlibat dalam operasi itu.
BOMBA-PENCARIAN 2 (AKHIR) KUALA TERENGGANU
Terdahulu pihak bomba menerima panggilan daripada orang awam mengenai kehilangan Muhammad Harraz Ilman pada 4.46 petang.
Menurut saksi kejadian, mangsa bersama adik lelakinya Muhammad Firas Wafiy yang berusia sembilan tahun dan seorang rakannya bermain air di lokasi kejadian sejurus selepas waktu Asar, sebelum tergelincir.
Dalam kejadian itu Muhammad Firas Wafiy serta rakannya berjaya diselamatkan namun mangsa yang dihanyutkan arus deras gagal ditemukan orang awam menyebabkan mereka menghubungi bomba.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Operasi mencari dan menyelamat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan akan disambung semula kira-kira 7 pagi esok. - Foto Sinar Harian
Banjir ragut 76 nyawa di seluruh Kenya
Daerah Nairobi terjejas teruk akibat banjir dengan hampir 17,000 isi rumah dipindahkan.
Nahas skuter elektrik meningkat di Jepun selepas peraturan dilonggar
Dalam tempoh enam bulan sejak Julai lepas, 85 nahas lalu lintas melibatkan skuter elektrik dicatatkan dan mengakibatkan 86 kecederaan.
Mohamed Khaled tiba di Indonesia untuk lawatan rasmi, dijadual bertemu Prabowo
Menteri Pertahanan tiba di Jakarta pada Ahad untuk lawatan kerja rasmi sulung beliau ke Indonesia sejak memegang jawatan itu.
'Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ - Mohd Na’im
"Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah."
PM Anwar yakin terhadap IsDB dalam tangani ketidaksamaan, marginalisasi umat Islam
Bank itu mempunyai peranan untuk menangani isu ketidakadilan, ketidaksamaan dan marginalisasi terutamanya dalam kalangan umat Islam.
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Operasi mencari mangsa hilang di Kem Lolo diteruskan pagi ini
Mangsa yang berumur 36 tahun didapati telah jatuh ke dalam sungai ketika melakukan pendakian.
Operasi cari kru kapal hilang di perairan Singapura diaktifkan
Operasi mencari dan menyelamat seorang kru kapal dengan bendera Liberia, UTOPIA yang dilaporkan hilang di perairan Singapura sedang giat dijalankan.
Lelaki dikhuatiri lemas dihanyut arus deras bersama motosikal
Ketua Polis Daerah Pekan Supt Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 4.55 petang Isnin.
Operasi pencarian kanak-kanak dikhuatiri lemas disambung esok
Operasi mencari dan menyelamat Muhammad Harraz Ilman Mohd Syahril Redhuan akan disambung semula kira-kira 7 pagi esok.
Lelaki hilang disambar buaya ketika memancing
Seorang lelaki yang sedang memancing hilang selepas disambar buaya dalam kejadian di jeti Mantanani di Kota Belud pada Jumaat.
Jenazah kelapan tragedi kepala air dikebumikan di Gambang, malam Rabu
Jenazah mangsa kelapan tragedi kepala air Jeram Air Putih, Kemaman, Putri Alleya Maisarah Karim, 16, telah dihantar pulang ke Felda Lepar Hilir 3, Gambang, Kuantan pada jam 8.10 malam ini.
Bekas pengarah dakwa dipecat selepas kemuka isu keselamatan kapal selam teroka bangkai Titanic
Isu mengenai keselamatan kapal selam Titan yang hilang ketika melakukan ekspedisi meneroka bangkai kapal Titanic telah dikemukakan sebelum ini.
Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari
Ramai mendoakan Muhammad Hawari ditemui dalam keadaan selamat selain urusan pencariannya dipermudahkan.
Wira merah turut 'beraksi' di LIMA 2023
Anggota yang terlibat adalah dari Putrajaya, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang sudah diatur gerak bagi menyediakan pelbagai aktiviti.
4 terkorban, beberapa lagi cedera insiden runtuhan salji
Sekurang-kurangnya empat orang maut dan beberapa lagi cedera dalam runtuhan salji di glasier Armancette di Pergunungan Alps Perancis.