awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: Jangan lakukan pembakaran terbuka, elak risiko - Bomba
Pahang dipilih destinasi utama pelancongan alam semula jadi - Tinjauan
Pertumbuhan KDNK Malaysia 2025 sebanyak 4.9 peratus seiring dengan unjuran - MBSB IB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa di Pusat Kawalan Kusta Negara - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
12/01/2016
00:52 MYT
Operasi penguatkuasaan dari masa ke semasa di Pusat Kawalan Kusta Negara - KP Kesihatan
Dr Noor Hisham berkata faktor kawasan yang luas iaitu 227 hektar menyebabkan pengawasan dan penguatkuasaan sukar dan kompleks. - Gambar Fail
Pihak bertanggungjawab termasuk Kementerian Kesihatan sudah dimaklumkan mengenai isu pencerobohan Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) oleh buruh asing, dan operasi penguatkuasaan sedang dilakukan dari semasa ke semasa.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata PKKN telah mengutarakan isu tersebut kepada pihak berwajib, dan mengambil beberapa langkah menangani isu berkenaan termasuk memotong bekalan elektrik dan air ke kediaman bekas pesakit kusta yang dikosongkan.
"Namun, penyambungan secara haram telah dilakukan sendiri oleh warga asing," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar tempatan yang mendedahkan pusat itu 'ditakluk' pendatang asing tanpa izin sejak 10 tahun lepas.
Laporan berkenaan menyatakan tidak kurang 50 rumah yang dahulunya didiami pesakit kusta kini menjadi kampung bagi pendatang asing tanpa izin terbabit.
Dr Noor Hisham berkata faktor kawasan yang luas iaitu 227 hektar menyebabkan pengawasan dan penguatkuasaan sukar dan kompleks.
Justeru, beliau berkata kerjasama daripada pihak berwajib amat diperlukan untuk membuat rondaan dan penguatkuasaan dari semasa ke semasa.
Bagi mengelak pencerobohan, katanya tanah-tanah kosong itu perlu dibangunkan dan sehingga kini, beberapa tapak sudahpun dibangunkan untuk pembinaan Hospital Sungai Buloh, Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Fakulti Perubatan UiTM dan Fakulti Pergigian UiTM serta Kompleks Kuarters Integrasi.
Di samping itu, Dr Noor Hisham berkata Kementerian Kesihatan juga sudah mengenal pasti tapak projek pada masa depan melibatkan tempat letak kereta bertingkat, Makmal Penyakit Berjangkit serta tambahan Kompleks Kuarters Integrasi.
"Dengan adanya projek-projek ini, tanah di PKKN akan diguna pakai dan dibangunkan untuk kepentingan pihak kementerian dan dapat mengurangkan pencerobohan oleh pendatang asing," katanya.
Topic Berkaitan
#Noor Hisham Abdullah
#PKKN
#Pusat Kawalan Kusta Negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan