KUALA LUMPUR: Operasi pusat, premis dan produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, memancing dan taman rimba yang mula dibuka kepada pelawat serta pengunjung yang lengkap divaksin pada Jumaat mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat.
Kelonggaran itu, yang turut memerlukan semua pengusaha dan operator lengkap divaksin, dibenar beroperasi di semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Sept lepas.
Pengarah Eksekutif Aquaria KLCC Daryl C. H. Foong berkata pihaknya menerima jumlah kehadiran pengunjung yang memberangsangkan dengan seramai 100 orang direkodkan dalam tempoh sejam sebaik sahaja ia dibuka dan terus meningkat kepada 300 orang setakat 12.30 tengah hari.
Ketua Pegawai Eksekutif Menara Berkembar Petronas (PeTTVO) Ezarisma Azni Mohamad pula berkata sebagai meraikan kehadiran pengunjung, pihaknya menawarkan baucar hadiah bagi setiap pembelian tiket masuk dewasa ke Menara Berkembar, terhad kepada dua keping setiap keluarga.
Bagaimanapun, beliau berkata slot lawatan dihadkan kepada kapasiti kurang 50 peratus bagi memastikan pengunjung mendapat pengalaman lawatan yang selamat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
Di PAHANG, pengusaha spa De Aura HairSpa Nurul Afiqah Zulkifli, 26, berkata beliau dan adiknya Aimi Shazwani, 22, 'dihujani' panggilan telefon daripada pelanggan yang ingin membuat tempahan slot bagi mendapatkan perkhidmatan sejak beberapa hari lepas sebaik sahaja ia dibenarkan beroperasi.
"Sebelum ini, kami hanya menawarkan perkhidmatan gunting rambut kepada pelanggan muslimah dan kami berasa lega kerana semua perkhidmatan yang kami sediakan seperti urutan sudah boleh ditempah pelanggan," katanya.
Pengusaha Pusat Urutan Orang Buta dan Refleksologi di SELANGOR Mohd Azman Ab Rahim, yang beroperasi di Kompleks Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Shah Alam, turut berdepan situasi sama apabila dihujani panggilan daripada pelanggan yang ingin membuat tempahan slot setelah ia ditutup pada Mei lepas.
Di PULAU PINANG, pemilik Taman Burung Pulau Pinang iaitu Dr Gino Ooi Hong Chin berkata meskipun kelonggaran telah mula diberikan, pihaknya akan memastikan premis perniagaan itu mematuhi SOP ditetapkan dan hanya membenarkan 100 pengunjung masuk pada satu-satu masa.
Turut mengambil inisiatif sama ialah Katharine Chua, pemilik taman ekopelancongan seluas 3.2 hektar iaitu Taman Rempah Tropika di Teluk Bahang yang mengehadkan seramai 20 pengunjung pada satu-satu masa.
Di JOHOR, Sea Life Malaysia, sebuah tarikan kehidupan marin di Legoland Malaysia Resort di Iskandar Puteri, menerima kunjungan orang ramai terdiri daripada mereka yang sudah berkeluarga bermula 11.30 pagi Jumaat.
Pengarah Jualan dan Pemasaran Legoland Malaysia Resort Thila Munusamy berkata pengunjung perlu lengkap menerima vaksin COVID-19 serta berisiko rendah dan bagi mengawal kemasukan, sebanyak 30 peratus kapasiti pengunjung dibenarkan pada satu-satu masa.
Di PERAK, Majlis Bandaraya Ipoh memaklumkan Petting Zoo@Gunung Lang, yang merupakan tarikan baharu di bandar raya itu, sedang dalam persiapan akhir sebelum dibuka kepada pengunjung esok.
"Taman Rekreasi Gunung Lang akan beroperasi pada setiap hari termasuk cuti umum bermula 10 pagi hingga 5 petang dan hanya mereka yang telah lengkap divaksinasi dibenarkan melawat zoo bersama anak-anak berusia 17 tahun ke bawah," menurut MBI dalam kenyataan.
Pengurus Hannan Medispa Ipoh Hanna Jamil pula memaklumkan seramai 23 pelanggan hadir mendapatkan perkhidmatan di premisnya sebaik mula dibuka Jumaat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 01 2021
Seramai 100 pengunjung direkodkan di Aquaria KLCC dalam tempoh sejam sebaik sahaja ia dibuka. - Foto BERNAMA
PM Anwar umum peruntukan RM250,000 kepada persatuan di Parlimen Tambun
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM250,000 kepada persatuan-persatuan di kawasan Parlimen Tambun hari ini.
Bersih anjur kongres 25 Mei ini, rangka perancangan menuju PRU16
Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) akan menganjurkan Kongres Bersih sebagai medan mengumpulkan pertubuhan masyarakat sivil, mahasiswa dan rakyat.
Sultan Ibrahim berkenan hadir Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka
Yang di-Pertuan Agong berkenan berangkat menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Indeks Kebebasan Media: Fahmi minta Wan Saiful insaf
Fahmi membidas kenyataan Wan Saiful yang menyalahkan beliau atas kemerosotan kedudukan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media bagi tahun ini.
Himpunan 100K Bela Palestin: Tun M, Abdul Hadi antara ribuan berhimpun di kedutaan AS
Ribuan membanjiri kawasan berhampiran bangunan Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara bagi menyertai Himpunan 100k Bela Palestin.
DSA NATSEC Asia 2024 bermula Isnin, pamer teknologi, aset pertahanan tercanggih dunia
Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (NATSEC) Asia 2024 akan membuka tirai Isnin depan.
PM Anwar saksi penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyaksikan penyerahan Kem Sultan Nazrin Shah 69 Komando di Ulu Kinta.
Kereta, rumah pemandu lori ditembak ketika nyenyak tidur
Seorang pemandu lori terkejut dan bingung selepas mendengar tembakan di pekarangan rumahnya ketika sedang tidur.
Kerajaan naikkan gaji walaupun warisi hutang
Walaupun mewarisi hutang yang besar, kerajaan tidak melepaskan tanggungjawab untuk menjaga dan membela nasib penjawat awam, untuk menaikkan gaji.
Kenaikan gaji hargai penjawat awam termasuk pasukan bomba - Anwar
Keputusan kerajaan menaikkan gaji penjawat awam termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) adalah bagi menghargai pengorbanan dan sumbangan mereka terutama ketika negara berdepan bencana dan kejadian tidak diingini.
Malaysia, Jepun bincang kerjasama perdagangan, pertanian
Malaysia dan Jepun mengadakan perbincangan dua hala yang antara lain menyentuh mengenai perdagangan, pertanian dan peranan Malaysia sebagai hab halal yang boleh dimanfaatkan negara itu.
PAC2024 : Lenggong lokasi pertama, tawar produk pelancongan menarik
Lenggong dipilih menjadi lokasi pertama penganjuran PAC 2024 dalam usaha memperkenalkan produk sedia ada di Lenggong Geopark yang bakal diangkat sebagai UNESCO Global Geopark.
Johor bakal anjur acara sukan bertaraf antarabangsa
Kerajaan Johor akan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa tahun ini dalam menjadikan negeri itu sebagai destinasi pelancongan sukan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
KazanForum-2024: Pakar dari Rusia dan negara Islam disatukan berbincang trend kandungan media
Forum Ekonomi Antarabangsa XV "Russia - Dunia Islam: KazanForum" akan diadakan pada 14-19 Mei 2024 bertempat di Republik Tatarstan, Kazan.
Karnival Malaysia di New Delhi tarik 2,000 pengunjung
Pengunjung diraikan dengan persembahan kebudayaan, makanan, demonstrasi masakan, mencanting batik dan peluang merasai buah-buahan tropika Malaysia.
Landskap pelancongan Labuan alami peremajaan untuk tingkat daya tarikan
Sektor pelancongan merupakan pemacu ekonomi utama dan Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) komited untuk mengukuhkannya.
ASEAN-BAC akan tertumpu mendorong janji niaga, transaksi, produk serantau
Asean-BAC yang akan dipengerusikan oleh Malaysia tahun depan akan tertumpu untuk menghasilkan peningkatan janji niaga.
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang catat peningkatan penumpang lima peratus pada Mac 2024
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN) merekodkan pertambahan pergerakan penumpang sebanyak lima peratus, meningkat kepada 328,000 daripada 313,000 penumpang pada bulan sebelumnya.