GEORGE TOWN: Pulau Pinang menjadi negeri pertama di Malaysia yang melancarkan teknologi Realiti Maya (VR) dalam meningkatkan sektor pelancongannya menerusi platform Google.
Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Yeoh Soon Hin berkata teknologi itu dalam pelancongan dapat memberikan pengalaman VR yang mengasyikkan dan menarik kepada pelancong, sekali gus mewujudkan kelebihan daya saing buat Pulau Pinang.
"VR dapat berfungsi sebagai alat pemasaran berkuasa dan dinamik dalam mempromosikan industri pelancongan negeri dengan sistem lapisan maklumat dinamik yang mudah digunakan.
"Pengalaman yang mengasyikkan dan interaktif disediakan oleh VR yang disepadukan dengan platform Google akan memberikan maklumat lebih tepat tentang tempat menarik dan perniagaan tempatan," katanya kepada pemberita pada pelancaran VR berkenaan di sini pada Khamis.
Selain itu, Yeoh berkata sejak sempadan dibuka semula pada April 2022, Pulau Pinang mengalami kadar pemulihan sebanyak 64.34 peratus dengan sejumlah 184 penerbangan pada Disember 2022 berbanding 286 penerbangan pada Julai 2019.
"Angka ini ialah hasil usaha dan inisiatif yang tidak putus-putus ketika pemulihan semakin kukuh walaupun kebanyakan negara Asia hanya melonggarkan sempadannya pada suku keempat 2022," katanya.
Justeru, Yeoh berkata projek VR ini ialah alat berkesan untuk mempromosikan pelancongan kerana ia memberikan gambaran kepada pelancong tentang apa yang ditawarkan di negeri ini.
Beliau berkata orang ramai boleh merasai pengalaman VR di Pulau Pinang dengan memuat turut aplikasi "Welcome to Penang" dalam Google Play atau App Store dan mereka juga boleh melihatnya menerusi laman web streetview.my/welcometopenang.
"Inisiatif pelancongan pintar seperti penggunaan VR dan Realiti Terimbuh (AR) boleh merevolusikan cara pelancong meneroka dan merasai pengalaman di Pulau Pinang dengan menyediakan pandangan ringkas, peta dan pengalaman maya destinasi pelancong popular ... pengunjung dapat pratonton tempat menarik dan merancang perjalanan mereka.
"Saya harap produk VR ini akan membantu mempromosikan Pulau Pinang dan meningkatkan keterlihatan, menggalakkan lebih ramai pelancong meneroka destinasi yang indah ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Yeoh berkata projek VR ini ialah alat berkesan untuk mempromosikan pelancongan kerana ia memberikan gambaran kepada pelancong tentang apa yang ditawarkan di negeri ini. - Gambar fail/ Bernama
'Kekurangan maklumat mekanisme rasionalisasi subsidi antara punca sentimen pengguna lemah'
Kekurangan maklumat mengenai rasionalisasi subsidi dilihat antara penyebab mengapa sentimen perbelanjaan pengguna berkemungkinan kekal lemah selain inflasi yang tinggi.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Tahun kelima kempen 'We Care for Society’ Hada Labo terus bantu golongan terpinggir
RM50,000 disumbangkan dengan kerjasama Watsons Malaysia kepada Women of Will (WOW) dan Perstuan Kechara Soup Kitchen untuk salur bantuan kepada golongan memerlukan.
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7770/7825 berbanding dolar AS daripada 4.7745/7775 pada Khamis.
MAQIS tahan dua ekor anjing dari China, identiti mengelirukan
Pemeriksaan mendapati nombor mikrocip yang diimbas pada badan anjing tidak sepadan dengan nombor mikrocip yang diikrar dalam permit import.
Panggilan Google Meet kini boleh dipindahkan antara peranti tanpa henti
Pengguna kini boleh memindahkan panggilan Google Meet antara telefon pintar dan pelayar web tanpa henti.
Niaga SPOTLIGHT: Sustainability & palm supply chains
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Rumah terbuka Selangor di Kuala Kubu Bharu Sabtu ini langgar akta - Bersih
Bersih persoal lokasi dan masa penganjuran rumah terbuka ini kerana majlis ini dianjurkan di kawasan dan ketika PRK Kuala Kubu Bharu.
AWANI Ringkas: Kedutaan AS sangkal dakwaan Prof Gilley
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tingkat kerjasama antara negeri bangunkan pelancongan seimbang - Tourism Malaysia
Kerjasama antara negeri perlu bagi meningkatkan pembangunan pelancongan yang seimbang, sekali gus menarik kehadiran pelancong di seluruh negara.
AirAsia lancar penerbangan langsung Pulau Pinang-Hong Kong, Ogos ini
AirAsia akan melancarkan laluan penerbangan langsung dari Pulau Pinang ke Hong Kong, bermula 10 Ogos ini.
Pulau Pinang promosi pelancongan dalam bahasa Arab untuk pasaran Asia Barat
Pulau Pinang juga mahu bangunkan negeri ini sebagai destinasi pelancongan halal pilihan untuk menarik pelancong dari Asia Barat.
P.Pinang lancar pengalaman teknologi AR tingkat pelancongan
Teknologi VR dalam pelancongan dapat memberikan pengalaman yang mengasyikkan dan menarik kepada pelancong,
Visa ketibaan penting untuk jadikan sektor pelancongan negara lebih kompetitif
Soon Hin berkata Malaysia perlu mengambil langkah proaktif seperti memberikan pelawat visa ketibaan bagi mempercepatkan proses permohonan visa dan memudahkan pelancong melawat negara ini.
PBIM kembali dengan penyertaan hampir 26,000 peserta
Yeoh berkata acara PBIM 2022 diadakan bukan sahaja untuk mempromosikan maraton, tetapi juga memulihkan ekonomi negeri selain merancakkan sektor pelancongan.
Pasca-pandemik: Kadar penginapan hotel di Pulau Pinang hampir cecah 100 peratus
Menjelang akhir tahun ini, Pulau Pinang siap siaga menyambut lebih ramai ketibaan pengunjung.
Banjir kilat di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang amat memalukan - Exco
Yeoh Soon Hin berkata kejadian banjir yang melanda pintu masuk dan keluar di luar bahagian bawah LTAPP itu, amat memalukan.
Pulau Pinang, Langkawi meterai MoU Pulau Persaudaraan UNESCO
Pulau Pinang dan Langkawi menandatangani MoU bagi Pulau Persaudaraan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
P.Pinang terokai pasaran wilayah Timur Tengah
Kerajaan Negeri Pulau Pinang kini sedang menerokai pasaran baharu seperti Dubai dengan giatnya.