KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hari ini mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan berkata syor pertama adalah MOF dan LADA perlu mengambil tindakan segera bagi memuktamadkan status tanah Hotel St. Regis Langkawi supaya perjanjian pajakan dapat diselesaikan sekali gus membolehkan LADA mengutip nilai pajakan RM3.19 juta.
"(Ketiga) LADA perlu meningkatkan tahap kompetensi pengurusan projek-projek yang sedang dilaksanakan agar dapat disiapkan mengikut garis masa, kualiti dan pulangan seperti yang disasarkan," katanya.
Di bawah syor keempat pula, LADA perlu memastikan segala perancangan pembangunan dan promosi pelancongan pada masa akan datang ditadbir urus dengan baik supaya Langkawi kekal menjadi destinasi pelancongan bertaraf dunia.
Mas Ermiyatie berkata syor kelima adalah MOF perlu lebih efektif dalam memantau dan mengawal selia syarikat-syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) supaya tidak berlaku kecuaian yang boleh menjejaskan kepentingan kerajaan.
"MOF juga perlu sentiasa memastikan syarikat-syarikat MKD mampu menjana keuntungan dan berfungsi selaras dengan asas penubuhan syarikat," katanya.
PAC membentangkan laporannya berhubung Pengurusan Pembangunan Hartanah Lembaga Pembangunan Langkawi di bawah LADA dan MOF hari ini selepas memanggil beberapa saksi pada 30 Nov dan 13 Dis 2023.
Saksi berkenaan adalah Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) Datuk Johan Mahmood Merican, Timbalan KSP (Pelaburan) Datuk Dr Shahrazat Ahmad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA Wan Kamarul Faisal Wan Kamardi.
Mas Ermiyatie berkata PAC mendapati perjanjian pajakan untuk menyempurnakan hak milik tanah Hotel St. Regis Langkawi antara pihak LADA dan syarikat pengendali hotel INR Sdn Bhd tidak dapat ditandatangani kerana status tanah yang diperoleh adalah 'leasehold' (pegangan pajak) sedangkan syarat dalam perjanjian pemegang saham menetapkan status tanah perlu berstatus 'freehold' (pegangan kekal).
Beliau berkata lanjutan daripada perjanjian yang tidak dimeterai ini, LADA tidak dapat mengutip nilai pajakan RM660,000 setahun bagi tempoh empat tahun 10 bulan dengan jumlah nilai pajakan RM3.19 juta.
Katanya MOF merancang untuk memulakan proses penjualan hotel itu bagi membantu menyelesaikan hutang syarikat INR Sdn Bhd kepada Bank Pembangunan, namun terdapat kesukaran mendapatkan pembeli berpotensi selagi status tanah masih belum selesai.
"Ketidakupayaan INR Sdn Bhd untuk melunaskan bayaran ansuran kepada pihak bank selama 24 bulan menyebabkan isu nonperforming loan dan bertambah kritikal apabila negara dilanda krisis pandemik COVID-19. Setakat 30 Jun 2021 tunggakan berjumlah RM27 juta," katanya.
Bagi projek Tok Senik Resort pula, Mas Ermiyatie berkata Maju Holdings Sdn Bhd (MHSB) tidak mengambil tindakan untuk mendaftarkan pemilikan saham Kampung Tok Senik Resort Sdn Bhd 30 peratus bersamaan dengan nilai RM8.3 juta kepada LADA.
"Kecuaian LADA membenarkan MHSB mencagarkan tanah kepada Perwaja Terengganu Sdn Bhd (PTSB) mengakibatkan LADA kehilangan pemilikan tanah berkenaan," kata Mas Ermiyatie.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Pengerusi PAC Datuk Mas Ermieyati Samsudin dalam kenyataan berkata syor pertama adalah MOF dan LADA perlu mengambil tindakan segera bagi memuktamadkan status tanah Hotel St. Regis Langkawi. - Gambar fail/BERNAMA
Stability AI dilapor dalam perbincangan jual syarikat
Mengikut laporan, Stability AI telah kerugian lebih $30 juta, dan mempunyai hutang hampir $100 juta dari segi bil untuk membayar pelayan dan sebagainya.
Kronologi anggota polis maut diserang lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram
"Polis percaya kes tembakan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengorbankan dua anggota pasukan keselamatan itu ada kaitan dengan kumpulan pengganas, Jemaah Islamiah (JI)," menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
#AWANInews
#AWANInews
Ronaldo tiada hasrat untuk bersara, masih berminat teruskan karier
Pada usia 39 tahun, Ronaldo masih mempunyai motivasi yang tinggi untuk bersaing dengan "singa muda."
Meta uji paparan web untuk Threads dengan rekaan umpama Tweetdeck
Dengan langkah ini, pengguna boleh menyusun pelbagai lajur-lajur berbeza dan memantaunya dengan mudah melalui hanya satu paparan.
AFC sokong saranan gantung Israel
Presiden AFC suarakan sokongan terhadap usul Persatuan Bola Sepak Palestin agar Israel digantung daripada FIFA berikutan serangan tidak berpenghujung di Gaza.
Niaga SPOTLIGHT: Economic Impacts of Extreme Heat
[TERKINI] Sidang media IGP berhubung serangan di Balai Polis Ulu Tiram
Ikuti sidang media Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berhubung kes serangan lelaki bertopeng di Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru.
#AWANInews
#AWANInews
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.38 mata kepada 1,613.49 daripada 1,611.11 semalam.
Tayar pecah punca nahas tiga lori di Lebuhraya PLUS
Pemandu yang maut dikenal pasti sebagai Hoo Yoon Wah, 61 tahun.
Filem berbahasa Dusun, 'Sinakagon' bakal ke pawagam 13 Jun ini
'Sinakagon' bukan sahaja mengangkat bahasa dan budaya kaum Dusun ke layar perak tetapi juga menawarkan jalan cerita yang menarik.
Kos RM129 juta yang dibelanjakan bagi program ramalan, amaran banjir tidak berbaloi - PAC
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara mendapati kos RM129 juta dibelanjakan bagi Program Ramalan dan Amaran Banjir Negara Fasa 1 tidak berbaloi.
PAC kemuka lima syor selesai isu dua projek pembangunan di bawah LADA
PAC mengemukakan lima perkara kepada Kementerian Kewangan (MOF) dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan Hotel St. Regis Langkawi dan projek Perkampungan Tok Senik Resort.
UiTM Holdings belum capai objektif, mandat jana kekayaan buat UiTM - PAC
PAC mendapati UiTM Holdings Sdn Bhd serta anak-anak syarikatnya masih belum mencapai objektif dan mandat untuk mencipta kekayaan kepada UiTM.
Sedia beri penjelasan kepada PAC berhubung laporan audit LTAT - Khaled
Menteri Pertahanan berkata pihaknya akan memberi penjelasan kepada PAC berhubung rizab negatif LTAT sekiranya dipanggil.
PAC pandang serius, bimbang dengan kelewatan kemajuan pembinaan kapal LCS
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) memandang serius isu kelewatan kemajuan pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).
PAC mula prosiding isu MLFF pada sidang Parlimen akan datang
PAC bercadang memulakan prosiding berhubung pengurusan pelaksanaan projek Sistem Tol Aliran Pantas Pelbagai Lorong (MLFF) pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat.
Kenaikan kos RM2.068 bilion LCS ambil kira penjimatan RM450 juta secara keseluruhan - PAC
Bahagian Audit Kementerian Pertahanan telah melaksanakan satu semakan terperinci bagi mengesahkan nilai kos tambahan tersebut.
Inkuiri HRD Corp: PAC panggil Sivakumar Khamis depan - Mas Ermieyati
Turut dipanggil ialah wakil Kementerian Kewangan dalam HRD Corp yang diminta hadir pada 1 November 2023.
PAC bentang laporan pengurusan wabak COVID-19 pada 30 Oktober ini
Mas Ermieyati memaklumkan PAC akan memulakan prosiding berhubung Pengurusan Dana Latihan dan Keberkesanan Program Latihan HRD Corp pada 23 Oktober ini.
PAC kemuka lapan syor berhubung industri padi dan beras negara
Kerajaan perlu mengkaji alternatif dalam menjamin kestabilan industri beras negara bagi mengelak kebergantungan kepada perjanjian konsesi Bernas.