awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Padah simpan video dan gambar lucah, pekerja kilang didenda RM7,000

Nazialita Geynna Maharan
Nazialita Geynna Maharan
30/03/2018
09:31 MYT
Padah simpan video dan gambar lucah, pekerja kilang didenda RM7,000
Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada September 2016. -Foto Astro AWANI
Gara-gara memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit, seorang pekerja kilang minyak masak didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Majistret Siti Hafiza Jaafar menjatuhkan hukuman tersebut selepas tertuduh, K. K. Ravi, 34 tahun, membuat pengakuan bersalah sebaik sahaja pertuduhan terhadapnya dibacakan.
Mengikut pertuduhan, Ravi didakwa memiliki video dan gambar lucah di dalam telefon bimbit jenis Oppo miliknya di sebuah hotel di Taman Jubilee di sini pada September 2016.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Irna Julieza Maaras ketika berhujah memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat terhadap tertuduh memandangkan ia merupakan satu kesalahan yang menjijikkan.
Terdahulu, dalam rayuan kepada anak guamnya, Chiang Mei Wan daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan memohon mahkamah mengenakan denda yang ringan kerana tertuduh masih menjaga kedua-dua ibu bapanya.
Siti Hafiza menjatuhkan hukuman denda RM7,000 atau penjara setahun terhadap tertuduh jika gagal membayar denda tersebut.
Topic Berkaitan
#Chiang Mei Wan
#Irna Julieza Maaras
#K K Ravi
#Kanun Keseksaan
#kilang
#lucah
#mahkamah
#Pekerja
#penjara
#Seksyen 292
#Taman Jubilee
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan