awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang naikkan insentif kemenangan atlet Sukan SEA, Para ASEAN

Bernama
Bernama
28/01/2026
12:32 MYT
Pahang naikkan insentif kemenangan atlet Sukan SEA, Para ASEAN
Kerajaan negeri turut menyediakan insentif khas RM2,000 kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan Sukan SEA. - Bernama
KUANTAN: Kerajaan Negeri Pahang hari ini mengumumkan kenaikan kadar insentif kemenangan atlet negeri itu yang beraksi pada Sukan SEA ke-33 dan Para ASEAN ke-13 di Thailand baru-baru ini.
Kadar insentif baharu itu termasuk pingat emas kategori individu RM8,000 dan kategori berpasukan RM4,000 seorang, pingat perak kategori individu (RM4,000) dan kategori berpasukan (RM2,000 seorang), serta pingat gangsa kategori individu (RM2,500) dan kategori berpasukan (RM1,500 seorang).
Selain itu, kerajaan negeri turut menyediakan insentif khas RM2,000 kepada atlet yang berjaya memecahkan rekod kejohanan Sukan SEA sebagai galakan tambahan terhadap kecemerlangan prestasi.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata kenaikan kadar insentif itu sebagai penghargaan terhadap kecemerlangan atlet, sekali gus membuktikan mereka berjaya mengharumkan nama negeri di persada antarabangsa melalui pelbagai cabang sukan.
"Kejayaan keseluruhan kontinjen negara yang meraih 231 pingat pada Sukan SEA dan 201 pingat pada Para ASEAN membuktikan Malaysia termasuk Pahang, memiliki atlet berdaya saing, berdisiplin serta memiliki mentaliti juara," katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Insentif Kemenangan Atlet Pahang di sini hari ini.
Wan Rosdy berkata berkata insentif yang disampaikan bukan sekadar ganjaran material, sebaliknya simbol keprihatinan dan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kebajikan serta pembangunan sukan terus diberi keutamaan.
Dalam usaha memperkukuh pembangunan sukan berprestasi tinggi, beliau berkata pihaknya telah memperuntukkan sebanyak RM21.04 juta melalui Majlis Sukan Pahang, selain menyediakan RM450,000 menerusi Inisiatif Atlet Makmur Pahang bagi menyokong atlet muda.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Fadzli Mohamad Kamal berkata atlet negeri itu telah menyumbang 23 pingat pada Sukan SEA dan tujuh pingat pada Para ASEAN, termasuk pencapaian cemerlang atlet lontar peluru Nani Sahirah Maryata yang merangkul emas serta memecahkan rekod kebangsaan.
"Lebih membanggakan, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri'ayatuddin Shah ibni Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, sendiri telah menyumbang pingat emas dan gangsa dalam sukan Ekuestrian Polo.
"Saya berkesempatan menyaksikan kesungguhan Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara, yang bertarung sepenuh jiwa raga demi tanah air tercinta. Syabas dan tahniah, Yang Amat Mulia Tengku. Sudah pasti kejayaan ini menjadi contoh kepada atlet-atlet yang lain termasuk anak muda yang baru menceburi bidang sukan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kerajaan negeri Pahang
#insentif
#atlet negeri
#pecah rekod
#Sukan SEA
#para asean
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan