KUANTAN: Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata sumbangan ini merupakan tahun kedua dilaksanakan dan dikenali sebagai Bantuan Haji Negeri Pahang yang kini dijenamakan sebagai Barakah Haji Pahang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta.
"Bantuan haji seperti ini hanya di Pahang sahaja setakat ini. Pada 2023 setiap jemaah haji negeri ini menerima sumbangan RM500 seorang, tetapi pada tahun ini kerajaan negeri menambah RM250 lagi menjadikannya RM750.
"Insya-Allah, sumbangan ini akan diteruskan untuk tahun akan datang dan sekiranya kedudukan kewangan kerajaan negeri bertambah baik mungkin kita akan kaji semula dan tambah, tetapi bukannya dalam masa terdekat," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji dan Penyampaian Bantuan Haji Negeri Pahang Tahun 1445 Hijrah / 2024 Masihi di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini pada Ahad.
Selain sumbangan wang tunai, beliau berkata kerajaan negeri turut membekalkan pek makanan juadah makmur iaitu makanan sedia dimakan sebanyak empat pek bagi setiap jemaah membabitkan peruntukan RM112,000.
Ketika ditanya mengenai kuota jemaah haji, Wan Rosdy berkata kerajaan negeri mengharapkan kuota yang diperuntukkan kepada Pahang dapat dipertimbangkan untuk ditingkatkan pada masa akan datang sekiranya Malaysia diberi penambahan kuota.
"Kerajaan Persekutuan berusaha setiap tahun untuk meningkatkan kuota ini dan andainya berlaku pertambahan (pada masa akan datang), Pahang mengharapkan kuota yang diberikan untuk negeri ini dapat dipertingkatkan juga.
"Buat masa ini, Tabung Haji meletakkan kuota untuk jemaah haji di negeri ini adalah 2,000 jemaah. Sekiranya ada penambahan, (mungkin boleh dipertimbangkan) 2,500 jemaah tak kiralah apa jumlah sekali pun," katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut bersetuju menyerahkan Bantuan Makanan Bermasak Asrama bagi empat buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dengan kos keseluruhan RM1.43 juta.
Sementara itu, pekerja swasta, Norlela Samat, 51, yang akan menunaikan haji bersama suami Mohd Noh Abidin, 52, dan anaknya Irfan hamdani Mohd Noh, 16, bersyukur kerana terpilih untuk mengerjakan ibadah tersebut tahun ini bersama keluarga.
"Saya dan suami mendapat tawaran untuk menunaikan ibadah haji pada Januari dan kami terus buat rayuan untuk membolehkan anak tunggal kami turut serta. Syukur rayuan berjaya dan bantuan yang diperoleh daripada kerajaan negeri hari ini, sedikit sebanyak dapat membantu persiapan kami sekeluarga," katanya yang menetap di Bukit Tinggi, Bentong.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 28 2024
Wan Rosdy berkata sumbangan ini merupakan tahun kedua dilaksanakan dan dikenali sebagai Bantuan Haji Negeri Pahang yang kini dijenamakan sebagai Barakah Haji Pahang membabitkan peruntukan sebanyak RM1.5 juta. - Foto fail/BERNAMA
DAP mahu teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan meneruskan legasi perjuangan tokoh politik parti dan bekas pengerusinya mendiang Datuk Seri Karpal Singh bersandarkan Perlembagaan Persekutuan.
TPM Fadillah tiba di Bali untuk hadir mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Datuk Seri Fadillah Yusof akan mewakili Malaysia dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) kali ke-10 di sini bermula esok.
Polis siasat ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Polis mengesahkan menerima laporan mengenai ugutan terhadap Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim pada Ahad.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Ancaman terhadap Ahli Parlimen
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PM gesa AS henti salur senjata kepada Israel
Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat (AS) menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Timbalan Presiden, CEO KDNFC letak jawatan
Timbalan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan Darul Naim FC (KDNFC) meletakan jawatan masing-masing, berkuat kuasa hari ini.
Raja Salman jalani pemeriksaan kedua dalam tempoh kurang sebulan
Raja Arab Saudi, Raja Salman dilaporkan menjalani pemeriksaan kesihatan buat kali kedua dalam tempoh kurang sebulan selepas didapati mengalami peningkatan suhu badan yang tinggi dan sakit sendi.
Tema revolusihat, apa yang boleh kita jangkakan?
Minggu ini kesemua peserta The Hardest Singing Show dicabar dengan tema Revolusihat yang menggabungkan nyanyian dan juga sukan.
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Berjayakah mereka menampilkan kelainan?
Malaysia negara pertama terima, TH edar Kad Haji Nusuk
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
PM desak AS henti salur senjata kepada Israel
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Amerika Syarikat untuk menghentikan penyaluran bekalan senjata kepada Israel serta menggunakan kuasa vetonya untuk menamatkan kekejaman di Palestin.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Pahang sumbang RM8,000 kepada keluarga mangsa
Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata menjadi tanggungjawab kerajaan negeri untuk membantu keluarga Allahyarham.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Lagi harimau belang mati dilanggar
Seekor harimau belang jantan dewasa dilaporkan mati akibat dilanggar kenderaan di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di Kilometer 50.8 arah Kuala Lumpur pada Khamis.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Tuntutan Pas: 'Kita sudah bagi peruntukan kepada pembangkang'
Katanya, kenyataan Mohd Zarimi dibuat berikutan pihak pembangkang tidak mempunyai topik lain yang boleh dibangkitkan.
Penjawat awam Pahang terima bantuan khas Aidilfitri RM1,000 - Wan Rosdy
Kerajaan Pahang telah membelanjakan sebanyak RM100 juta menerusi Bantuan Prihatin Pahang sejak diperkenalkan pada 2022 hingga hujung 2023.
Beri perhatian khusus, segerakan projek keutamaan di Pahang - PM
Beliau berkata ia bagi memastikan kelancaran perancangan dan keberkesanan pelaksanaan pembangunan projek-projek berkenaan.
Kenyataan Nik Nazmi kurang tepat, tiada pengeluaran haram nadir bumi - MB Pahang
Kerajaan Negeri Pahang menafikan berlaku pengeluaran bahan nadir bumi oksida secara haram di kawasan hutan simpan di daerah Lipis seperti dinyatakan Nik Nazmi.
Hampir 2,000 anak Pahang sertai Larian Tok Gajah Kuala Lumpur 2024
Larian bermula di Dataran DBKL kira-kira pukul 7 pagi itu dilepaskan Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.