awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pahang umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam

Noraniza Kamsani
Noraniza Kamsani
13/05/2020
04:47 MYT
Pahang umum Bantuan Khas Aidilfitri RM500 untuk penjawat awam
WAN ROSDY: Saya juga minta semua PBT serta Badan-badan Berkanun Negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama. - Gambar fail
Kerajaan Pahang mengumumkan Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM500 seorang kepada kira-kira 8,000 penjawat awam di Pahang, sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penjawat awam yang dimaksudkan ialah daripada Gred JUSA dan ke bawah.
"Bayaran akan dibuat pada 19 Mei ini, melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan Negeri kira-kira RM4 juta.
"Bantuan Khas ini sebagai tanda penghargaan atas khidmat bakti dan kesetiaan penjawat awam kepada Kerajaan Negeri selama ini.
"Saya juga meminta semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Badan-badan Berkanun Negeri supaya turut melaksanakan pembayaran yang sama," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata,terdapat kira-kira 3,500 pegawai dan kakitangan yang berkhidmat di PBT-PBT serta Badan-badan Berkanun di negeri ini.
"Saya berharap, bantuan khas ini dapat dimanfaatkan sewajarnya bagi meraikan Hari Raya Aidilfitri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sekarang," katanya.
BACA: Bantuan khas Aidilfitri ringankan beban perbelanjaan
BACA: Penjawat awam, pesara terima bantuan khas Aidilfitri 2020 - KP Perkhidmatan Awam
BACA: PKPB: PM mohon maaf, larangan rentas negeri sepanjang musim perayaan masih berkuatkuasa
BACA: PKP: Siapa yang akan periksa suhu semasa beraya? - Ismail Sabri
Topic Berkaitan
#Aidilfitri
#bantuan khas
#COVID-19
#hari raya
#Menteri Besar
#Pahang
#pbt
#penjawat awam
#PKP
#PKPB
#Wan Rosdy Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan