PANAMA CITY: Panama bersedia untuk Pilihan Raya Presiden di tengah-tengah krisis politik yang tercetus susulan rasa tidak puas hati terhadap kerajaan memerintah.

Lapan calon bertanding dalam pemilihan itu, tetapi tumpuan diberi kepada Jose Raul Mulino, pasangan bekas Presiden Ricardo Martinelli, yang mendahului dalam pilihan raya.

Mulino bertanding Mac lalu selepas Martinelli disingkirkan daripada pemilihan kerana dijatuhkan hukuman hampir 11 tahun disebabkan pengubahan wang haram.

Undian baru-baru ini juga meletakkan Mulino sebagai pilihan untuk memenangi undian pada 5 Mei.

Rakyat Panama berharap pilihan raya itu akan membawa perubahan dalam kepimpinan negara.

Ia termasuk perubahan kepada inflasi yang tinggi dan ekonomi yang tidak stabil, yang telah mencetuskan pergolakan yang meluas di negara Amerika Tengah itu.

Ekonomi Panama, yang pernah menjadi peneraju KDNK serantau, secara mendadak menjadi perlahan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

IMF meramalkan pertumbuhan KDNK hanya 2.5 peratus tahun ini, berbanding 7.3 peratus tahun lalu.