BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri Perak digesa menjalankan pembenihan awan di Empangan Kolam Bukit Merah di sini dengan segera bagi mengatasi masalah paras air yang semakin surut.
Kebanyakan penduduk di sini yakin langkah itu mampu mencetuskan hujan bagi membekalkan air ke dalam takungan di empangan tersebut sekali gus memastikan bekalan untuk minuman dan pengairan sawah tidak terjejas.
Tinjauan Bernama semalam mendapati paras air di empangan itu susut dengan ketara malah Pulau Orang Utan di Bukit Merah Laketown terpaksa ditutup sejak dua minggu lepas kerana bot tidak dapat beroperasi.
Paras air Empangan Kolam Bukit Merah, yang merupakan kolam takungan bagi kegunaan air minuman, pengairan dan industri perkilangan di Kamunting, Taiping pernah mengalami penyusutan akibat fenomena El-Nino pada 2016.
Ahli Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Tebuk Panchor, Bukit Merah Mohd Khairul Nizam Yusop, 40, berkata penyusutan paras air kali ini adalah disebabkan ketiadaan hujan sejak sebulan lepas.
"Apa yang membimbangkan, selain penternak ikan kelisa pesawah juga mendapatkan sumber air dari empangan ini dan jika air berkurangan, ia memberi kesan kepada hasil padi yang baru sebulan ditanam semula," katanya ketika ditemui di sini semalam.
Seorang pesawah, Mohd Khaizir Md Din, 42, pula berkata jika keadaan itu (ketiadaan hujan) berterusan, beliau khuatir sawah akan dilanda kemarau sebagaimana yang berlaku ketika fenomena El Nino dahulu.
Katanya kekurangan air juga boleh membantutkan pertumbuhan padi.
Daerah Kerian memiliki kawasan sawah padi seluas 19,200 hektar membabitkan 8,640 petani yang bergantung kepada bekalan air dari empangan itu.
Bagi Johar Bakar, 63, antara perkara yang merisaukan beliau ialah kekurangan air di empangan itu akan menjejaskan bekalan bagi kegunaan isi rumah termasuk untuk minuman.
"Ini kerana air di empangan akan menjadi cetek dan berlumpur menyebabkan ia tidak boleh ditakung atau disimpan dalam tempoh yang lama, ia juga menyebabkan ikan di tasik tersebut berkurangan yang sudah tentu akan menjejaskan pendapatan nelayan darat di kawasan itu," katanya.
Dalam pada itu, difahamkan satu program solat sunat hajat dan solat sunat istisqa (solat minta hujan) akan diadakan di Dataran Pejabat Kolam Bukit Merah Tebuk Panchor pada Jumaat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 31 2022
Keadaan jeti ke Pulau Orang Utan di Empangan Bukit Merah Laketown yang terpaksa ditutup sejak dua minggu lalu akibat bot tidak dapat beroperasi, ketika tinjauan semalam. --fotoBERNAMA
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Strok haba: Kerajaan Thailand nasihatkan kumpulan berisiko tinggi supaya tidak keluar rumah
Kanak-kanak, pesakit dan golongan tua diingatkan mengelak daripada terlibat dalam aktiviti di luar bangunan selepas strok haba meragut sekurang-kurangnya 30 nyawa di Thailand.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Johor laksana sunat istisqa' dan khutbah khas
Kerajaan negeri memandang serius keadaan kemarau yang berlaku di beberapa tempat dalam negara khususnya di negeri Johor.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Fenomena El Nino melanda di Colombia pada penghujung 2023, menyebabkan suhu tinggi dan kemarau.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.
Kemarau: KADA anggar 40,000 tan metrik hasil padi terjejas
Kawasan tersebut sangat kering, mengakibatkan tanah merekah dan tanaman rosak teruk.
Cuaca panas: Petani di Kelantan pasrah, tiada hasil padi dituai
Antara kawasan tanaman padi yang terjejas teruk ialah Kota Bharu Utara dan Selatan, terutama di sekitar Ketereh yang bergantung sepenuhnya kepada sumber air daripada pam Kemubu.
Penduduk kawasan terjejas kemarau mahu air minuman berbotol dijual di PJR
Ada penduduk terpaksa berbelanja antara RM80 hingga RM100 seminggu bagi membeli air minuman berbotol untuk tujuan masakan dan minuman.
Sungai Golok kering, jalan kaki sahaja ke Thailand
Tinjauan mendapati paras air sungai itu mulai kering sejak dua minggu lalu akibat kemarau sekali gus menyaksikan beting pasir mulai timbul.
Kemarau di Papar: Armizan harap dua loji rawatan air beroperasi semula bulan depan
Cuaca panas dan kemarau telah melanda Papar hampir dua bulan ditambah pula dengan fenomena El-Nino.
Kualiti udara tidak sihat: Penduduk Kimanis ambil langkah berjaga-jaga
Penduduk mengambil langkah berjaga-jaga dengan antaranya memakai pelitup muka demi menjaga kesihatan.
Kemarau: Penduduk Papar mohon bekalan air disalur tiga kali seminggu
Lebih menyulitkan apabila sumber bekalan air graviti dan semulajadi turut kering disebabkan kemarau.