awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Populasi China susut 3.39 juta pada 2025, catat 1.404 bilion
Anwar rakam penghargaan semua pihak jayakan Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025
Putera raja dibuang negeri, Reza Pahlavi tekad pulang ke Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Parlimen Belia dijangka bersidang Jun - Johari

Bernama
Bernama
19/01/2026
08:00 MYT
Parlimen Belia dijangka bersidang Jun - Johari
Johari berkata, pelaksanaan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelancaran sistem dan persiapan akhir. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parlimen Belia dijangka dapat dilaksanakan tahun ini, dengan persidangan pertama seawal Jun selepas pilihan raya bagi memilih wakil-wakil Parlimen Belia yang dirancang berlangsung awal Mei, kata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul.

Ringkasan AI
  • Parlimen Belia dijangka dilaksanakan tahun ini, persidangan pertama dijangka seawal Jun selepas pilihan raya untuk memilih wakil-wakil Parlimen Belia.
  • Persiapan pelaksanaan Parlimen Belia hampir selesai, fokus kini pada pemuktamadan penubuhan parti di peringkat universiti.
  • Parlimen Belia adalah usaha penting untuk melibatkan golongan muda dalam sistem demokrasi, memperluas pendedahan terhadap proses persidangan, dan melatih mereka dalam penyampaian idea secara bertanggungjawab.

Beliau berkata hampir semua persiapan berkaitan pelaksanaan Parlimen Belia telah selesai, termasuk format dan panduan, dengan tumpuan kini diberikan kepada pemuktamadan penubuhan parti-parti di peringkat universiti.
Pelaksanaan itu bagaimanapun tertakluk kepada kelancaran sistem dan persiapan akhir.
"Format hampir siap dan panduan telah sedia. Kini kami memuktamadkan penubuhan parti di universiti.
"Jika sistem berjalan lancar, pilihan raya mungkin berlangsung pada Mei atau Jun, diikuti persidangan selepas itu," katanya kepada Bernama dan RTM selepas Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen ke-15 di sini hari ini.
Istiadat pembukaan bagi Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Sebelum ini, Johari menekankan bahawa Parlimen Belia adalah usaha penting untuk memperluas penglibatan golongan muda dalam sistem demokrasi, memberi pendedahan awal terhadap proses persidangan, dan melatih mereka menyampaikan idea serta cadangan secara tersusun dan bertanggungjawab.
Inisiatif ini juga selaras dengan usaha memperkukuh budaya demokrasi serta melahirkan generasi pemimpin masa depan yang matang dan berwibawa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Parlimen Belia
#Speaker Dewan Rakyat
#Johari Abdul
#Jun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan