KUALA LUMPUR: Sejumlah 22.5 peratus daripada 2.4 juta peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak membuat bayaran balik pinjaman selepas tamat pengajian.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata ia melibatkan pinjaman yang berjumlah hampir RM9.1 bilion.
"Setakat 30 September 2021, seramai 2.4 juta peminjam telah menamatkan pengajian dan sepatutnya PTPTN mula menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik.
"Namun, setakat ini, 77.5 peratus telah mula membayar balik dengan jumlah hampir 800,000 peminjam telah selesai pinjaman; 400,000 peminjam sedang membuat bayaran balik secara konsisten mengikut jadual pembayaran tersebut dan seramai 700,000 lebih kurang membuat bayaran balik tetapi tidak konsisten.
"Secara keseluruhannya RM15.5 bilion telah berjaya dikutip," katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) yang ingin tahu jumlah hutang serta kemampuan PTPTN untuk memberi pinjaman baharu kepada pemohon susulan beban tunggakan yang tinggi.
Mengulas lanjut, Noraini berkata model pembiyaan yang diguna pakai PTPTN adalah bergantung kepada prestasi bayaran balik sebagai sumber utama dana bagi membiayaan pinjaman sedia ada dan pembiayaan baharu.
Pihaknya mendapati bahawa pemberian insentif diskaun seperti diskaun bayaran balik telah berjaya menarik minat peminjam untuk membuat bayaran balik kepada PTPTN.
Antara inisiatif PTPTN dalam menggalakkan peminjam membuat bayaran balik adalah pelaksanaan diskaun seperti yang diumumkan Kementerian Kewangan iaitu diskaun 15 peratus atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman, diskaun 12 peratus jika dibayar 50 peratus baki hutang dan diskaun 10 peratus jika membuat potong gaji atau debit terus.
Harits Asyraf Hasnan
Mon Nov 15 2021
Setakat 30 September 2021, seramai 2.4 juta peminjam telah menamatkan pengajian dan sepatutnya PTPTN mula menerima hampir RM24.6 bilion sebagai bayaran balik. - Foto BERNAMA
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Terengganu mampu tanggung 50 peratus hutang PTPTN rakyat
Perkara itu boleh dilaksanakan sebagaimana dilakukan kerajaan Sarawak bagi memberi suntikan dan galakan kepada golongan pelajar.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Peminjam PTPTN diseru rebut peluang insentif diskaun bayaran balik
Bagi tempoh 14 Okt 2023 hingga 31 Jan 2024, lebih 394,000 peminjam menikmati insentif dengan jumlah diskaun diberikan RM57.78 juta.
PTPTN catat terimaan deposit RM17.39 bilion sehingga Disember 2023
PTPTN melalui tabungan Skim Simpanan Pendidikan Nasional mencatat terimaan deposit berjumlah RM17.39 bilion setakat Disember lepas.
MINDEF perkenal dua program pendidikan untuk warga ATM, ahli keluarga
Kerajaan juga telah bersetuju memperuntukkan sebanyak RM15 juta bagi tujuan penyelenggaraan dan naik taraf sekolah-sekolah angkatan tentera.
Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 tawar hadiah lebih RM1.3 juta
Kempen tahunan yang dianjurkan oleh PTPTN kali ini tampil dengan hadiah yang lebih lumayan dengan beberapa kategori dan siri cabutan menanti 983 pemenang.
Penjenamaan semula PTPTN kukuhkan imej, kepercayaan masyarakat
PTPTN melaksanakan penjenamaan semula secara berperingkat sejak 2020 bertujuan memastikan identiti dan imej korporatnya terus disegani.
PTPTN jangka dividen SSPN 2023 meningkat berbanding 2022
PTPTN menjangkakan pemberian dividen Skim Simpanan SSPN (Simpan SSPN) bagi 2023 akan meningkat berbanding 2022.
Isu PTPTN: Kerajaan perlu berhemah dalam perbelanjaan negara - PM Anwar
Anwar meminta Menteri Pendidikan Tinggi yang baharu, Zambry Abdul Kadir untuk mengkaji cadangan tersebut, dan membawanya kepada MoF.
PTPTN perkenal Simpan SSPN, tawar pelbagai keistimewaan
PTPTN memperkenalkan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit seperti pelepasan taksiran cukai sehingga RM8,000 setahun.