KUALA LUMPUR: Kajian menyeluruh mengenai hala tuju dan keberkesanan Projek Rintis Pembayaran Bantuan Bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanpa Tunai atau JKMPay akan dibuat selepas setahun pelaksanaannya.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Harun memberitahu projek rintis yang dilaksanakan bermula Februari 2021 ini hanya melibatkan Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu, Kelantan dan Selangor serta pelaksanaan JKMPay di negeri lain akan ditangguhkan sehingga laporan kajian berkenaan dibentangkan.
“Projek ini projek rintis, satu kajian (keberkesanan) akan dibuat. Kita sudah buat kajian sebelum ini (selepas enam bulan pelaksanaan JKMPay) bagaimana untuk menambah baik setiap program ini sebelum dilaksanakan.
“Kita juga buat konsultasi dengan penerima-penerima (terlibat projek rintis JKMPay) termasuk golongan Orang Kurang Upaya (OKU)… projek rintis ini masih ada lagi ruang untuk penambahbaikan, nama pun projek rintis belum lagi dijadikan dasar dan polisi,” katanya ketika sesi Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri di persidangan Dewan Rakyat di sini pada Rabu.
Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan P. Kasthuriraani (PH-Batu Kawan) yang bertanyakan sama ada wujud konsultasi dengan golongan OKU berhubung JKMPay dan status pelaksanaan program ini.
Berdasarkan kajian melibatkan 1,066 peserta JKMPay yang dikeluarkan pada Oktober 2021, Rina berkata sebanyak 76 peratus bersetuju kaedah tanpa tunai memudahkan, 80 peratus bersetuju kaedah tanpa tunai lebih selamat berbanding tunai dan 80 peratus menyatakan kawalan perbelanjaan lebih baik melalui kaedah tanpa tunai.
Beliau berkata JKMPay antara lain bertujuan membantu penerima untuk mengurus dan mengawal pembelanjaan wang bantuan secara berhemah serta memastikan penerima memenuhi keperluan asas harian.
Sementara itu pada sesi soal jawab lisan, Rina mengakui ada menerima aduan mengenai salah guna bantuan JKM.
Sistem bayaran elektronik JKMPay itu bukan sahaja digunakan oleh golongan OKU tetapi juga penerima bantuan di bawah JKM, katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Seri Salim Sharif (BN-Jempol) yang ingin tahu sama ada terdapat salah guna bantuan dan memohon statistik penyalahgunaan sistem itu.
“Elaun bantuan JKM ini telah dinaikkan pada tahun lepas seperti contoh pesakit terlantar elaun bulanan RM350 dinaikkan ke RM500 dan tujuan kenaikan ini adalah untuk membantu mereka mendapatkan barangan keperluan asas (barangan harian dan ubat-ubatan).
“Kita inginkan agar bantuan ini digunakan dengan sebaik-baiknya, jadi yang kita sekat adalah pembelian rokok dan juga arak sekali gus untuk menjaga kebajikan mereka (penerima bantuan),” katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Rina berkata JKMPay antara lain bertujuan membantu penerima untuk mengurus dan mengawal pembelanjaan wang bantuan secara berhemah serta memastikan penerima memenuhi keperluan asas harian. --fotoBERNAMA
Rombakan PKR: 'Tiada konflik dalaman' - Nik Nazmi
Keputusan PKR merombak Majlis Pimpinan Negeri (MPN) di tujuh negeri melibatkan Sarawak, Sabah, Pahang, Johor, Terengganu, Kelantan dan Wilayah Persekutuan bukan berpunca daripada konflik dalaman.
Kod Etika Kewartawanan bukan dipaksa oleh penguasa atau kerajaan - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kod Etika Kewartawanan bukan menetapkan sesuatu yang dipaksa oleh penguasa atau kerajaan, tetapi kod untuk mengangkat martabat dan harakat bangsa.
'Tak hilang diri... jika semua selesai hari ini, esok saya nikah' - Mohd Azlan
Mohd Azlan Ishak, 36, menjelaskan dia tidak menghilangkan diri sebaliknya sedang menguruskan urusan pernikahan dalam tempoh beberapa hari ini.
SPRM belum terima notis isytihar harta dua anak Tun M
Azam berkata, pihaknya ada berbincang dengan peguam kepada Mirzan Mahathir dan Tan Sri Mokhzani Mahathir mengenai tempoh pengisytiharan.
Liga Super: Selangor FC kekal harga tiket, sasar stadium penuh
SELANGOR FC akan terus mengekalkan harga tiket untuk aksi Liga Super 2024/2025 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).
Ahli Kongres AS gesa Netanyahu hentikan serangan
Ahli Kongres Amerika Syarikat, Ro Khanna menggesa agar Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menamatkan serangan ke atas Rafah.
Raih semua 'A' dalam SPM, Shila Amzah ucap tahniah kepada adik ipar
472355
[TERKINI] Polis perlu lebih masa siasat 5 ahli keluarga penyerang balai polis
PDRM memerlukan lebih masa untuk menyiasat dengan teliti lima ahli keluarga suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram.
Berdosa ‘troll’ guna ayat al-Quran walaupun atas tujuan hiburan
Terdapat segelintir individu tanpa segan silu melakukan hasut maya (troll) menggunakan bait-bait suci ayat al-Quran di media sosial.
Faisal Halim kini ditempatkan di lokasi rahsia
Pemain Selangor FC (SFC), Faisal Halim kini diletakkan di satu lokasi rahsia bagi menjalani proses pemulihan sepenuhnya.
Industri penjagaan: Sasar jadi kerjaya profesional, latih 385 individu tahun ini
Ini termasuklah melatih lebih banyak tenaga pekerja dalam industri penjagaan, dengan matlamat mencapai sasaran 385 individu tahun ini.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
JKM bantu kaunseling keluarga mangsa nahas helikopter Lumut
Salbiah berkata pihak JKM telah melawat tiga keluarga mangsa dari Perak iaitu di Selama, Lekir dan Sitiawan.
Jangan jadikan kes dera, abai kanak-kanak sebagai kandungan media sosial
Orang ramai atau mangsa penderaan dan pengabaian dinasihatkan tidak berkongsi video atau gambar kejadian itu sebagai kandungan media sosial.
Nahas helikopter: KPWKM sedia beri bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa
KPWKM bersedia memberikan bantuan sokongan psikologi kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhempas di Lumut, Perak pagi ini.
Komuniti di Sarawak digalakkan mohon tubuh PAWE - Nancy
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata buat masa ini, Sarawak hanya mempunyai 13 PAWE dan jumlah itu tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar.
Banjir di Melaka: Lebih 300 petugas JKM siap siaga
Petugas JKM akan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bagi membantu mangsa banjir khususnya memastikan aspek kebajikan dan keselesaan mereka.
KPWKM salur bantuan kepada wanita dakwa diberi layanan buruk pegawai JKM - Nancy
Nancy berkata pegawai dari pejabatnya sendiri telah bertemu wanita itu pada Selasa bagi mendapatkan gambaran sebenar kejadian.
Program pembangunan bakat di institusi kebajikan perlu dihidupkan semula - Nancy
Program Pembangunan Bakat terutama melibatkan kanak-kanak di institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat perlu dihidupkan semula.
Elaun Pekerja OKU pengemis miliki Proton X70 dihentikan - Noraini
Noraini berkata di bawah Akta Orang-Orang Papa 1977, tiada hukuman punitif terhadap golongan mengeksploitasi kekurangan diri untuk menjana kemewahan.