awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PAS Johor lapor ucapan Tun M kaitkan parti dengan Memali

Bernama
Bernama
01/01/2018
12:03 MYT
PAS Johor lapor ucapan Tun M kaitkan parti dengan Memali
Dr Mahathir tidak wajar membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Presiden PAS dan mufti berhubung isu Memali, kata Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Johor Shamsudin Jaafar.
Pas Johor hari ini membuat laporan polis terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung ucapannya yang mengaitkan parti itu dengan peristiwa Memali.
Laporan dibuat Ketua Penerangan Badan Perhubungan PAS Johor Shamsudin Jaafar di Balai Polis Sentral, Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan, petang ini.
Shamsudin berkata kenyataan Dr Mahathir, Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ketika berucap pada perhimpunan agung pertama parti tersebut di Shah Alam, dua hari lepas, adalah bersifat jahat dan fitnah besar terhadap Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Tun Dr Mahathir sekali lagi cuba mengaitkan peristiwa berdarah yang berlaku di Memali dengan Amanat Hadi.
"Tun Dr Mahathir juga pada kali ini cuba mengaitkan mufti sebagai punca berlaku peristiwa berdarah tersebut," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan berkenaan dengan diiringi Pesuruhjaya PAS Johor Abdullah Hussein.
Shamsudin berkata Dr Mahathir tidak wajar membuat tuduhan tanpa bukti terhadap Presiden PAS dan mufti.
Sehubungan itu, PAS menggesa polis mengambil tindakan segera terhadap beliau.
"PAS bimbang dengan kenyataan jahat dan fitnah itu boleh menyebabkan orang Melayu khususnya akan berpecah belah, para mufti tidak dihormati dan semua yang terlibat dalam peristiwa Memali akan bermusuhan," katanya.
Parti itu menggesa kerajaan segera menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi peristiwa itu supaya rakyat mengetahui kejadian sebenar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Abdul Hadi Awang
#bersifat jahat
#fitnah
#laporan polis
#Mahathir Mohamad
#memali
#PAS
#Shamsudin Jaafar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan