awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP: KPDN Pulau Pinang tempatkan 137 pegawai penguat kuasa, 60 pegawai pemantau
Tiga empangan di Pulau Pinang catat kapasiti lebih 90 peratus menjelang musim kering
APEC: Permintaan elektrik di negara anggota diunjur melonjak menjelang 2060
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pas Perak zahir komitmen pertahan kerajaan PN di Perak

Fareez Azman
Fareez Azman
06/12/2020
11:54 MYT
Pas Perak zahir komitmen pertahan kerajaan PN di Perak
Ahli Dewan Undangan Negeri Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya PAS Perak berkata demikian ketika ditemui media pada Ahad. - Gambar fail
IPOH:Pas Perak menzahirkan komitmen untuk mempertahankan kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak.
Demikian jelas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol yang juga Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria.
Tambahnya, keputusan itu dibuat oleh pucuk pimpinan Pas untuk menyokong kerajaan yang telah dibina bersama Pas, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan UMNO.
"Keputusan yang dibuat pucuk pimpinan mengatakan bahawa kita setakat ini kena menyokong kerajaan kita bina bersama di atas permuafakatan Pas, Bersatu dan UMNO, dan kita menghadap Ke Bawah Duli Tuanku, Tuanku menitahkan supaya kita menerima mana-mana calon dipilih.
"Jadi kita dah bersetuju mempertahankan kerajaan PN yang telah kita persetujui bersama," katanya.
BACA: LAPOR LANGSUNG: UMNO, BN tidak tolak kemungkinan penjajaran baharu politik
Malah jelas Razman, pihaknya menyerahkan sebarang keputusan mengenai penubuhan kerajaan negeri Perak yang baharu kepada pucuk pimpinan Pas.
"Bagi pihak Pas, kita menunggu arahan dan keputusan pucuk pimpinan parti. Kita rujuk dan perkara ini melibatkan politik nasional," jelasnya lagi.
Malah, beliau turut menegaskan bahawa hubungan Pas dan UMNO ketika ini seperti biasa dan Pas berpegang kepada prinsip permuafakatan di antara tiga parti itu.
"Hubungan kita macam biasa, prinsip Pas nyatakan dengan jelas kita tidak akan bersama Bersatu sahaja tanpa UMNO dan kita tidak akan bersama UMNO tanpa Bersatu, setakat ini itu prinsip yang kita bawa," ujar Razman lagi.
Topic Berkaitan
#PPBM
#UMNO
#PAS
#ADUN
#Menteri Besar
#Bersatu
#PH
#DAP
#PKR
#kerajaan negeri
#politik perak
#Razman Zakaria
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan