PAS sentiasa bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-14 walaupun jika ia diadakan pada tahun depan, kata Timbalan Mursyidul Am parti itu Datuk Ahmad Yakob.
Beliau berkata PAS membuat persediaan itu sejak PRU Ke-13 pada 2013.
"Sebelum ini, kita buat persediaan tetapi tidaklah sepenuhnya," katanya di sini, hari ini.
Ahmad berkata demikian semasa ditanya mengenai persiapan PAS sekiranya PRU Ke-14 diadakan lebih awal iaitu pada tahun depan berikutan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil kawasan Parlimen Kuala Kangsar dan Parlimen Sungai Besar baru-baru ini.
Mengenai dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa PAS semakin lemah di Kelantan, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Lim berkata sedemikian kerana beliau sendiri merasakan dirinya juga sudah lemah.
Terdahulu, beliau menyampaikan bungkusan Kuih Raya kepada 13 pasukan keselamatan di Kompleks Kota Darul Naim di sini.
Antara yang menerima sumbangan itu ialah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan, Agensi Kawalan Sempadan Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia.
Ahmad berkata penyerahan kuih raya itu adalah sebagai tanda terima kasih kerajaan Kelantan di atas pengorbanan anggota-anggota semua agensi keselamatan itu.
Bernama
Thu Jun 23 2016
Mengenai dakwaan Penasihat DAP Lim Kit Siang bahawa PAS semakin lemah di Kelantan, Ahmad yang juga Menteri Besar Kelantan berkata Lim berkata sedemikian kerana beliau sendiri merasakan dirinya juga sudah lemah. - Gambar fail
Jangan benarkan budaya lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan
Pendirian UMNO tetap tegas bahawa UMNO tidak akan sesekali menerima dan membenarkan perlakuan lompat parti dalam Kerajaan Perpaduan. #AWANInews
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia pada Ahad bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
Ini merupakan lawatan sulung Paetongtarn ke Malaysia sejak dipilih sebagai Perdana Menteri Thailand ke-31 pada Ogos lepas, untuk menghadiri rundingan tahunan Malaysia-Thailand ketujuh.
TikTok Live Fest: Tiga pencipta kandungan Malaysia bakal bersaing
Ketiga-tiga wakil Malaysia itu memiliki kisah unik tersendiri sebelum dipilih sebagai pencipta kandungan serantau di tangga teratas di TikTok LIVE.
[TERKINI] Sertai PKR: Saya belum buat sebarang keputusan - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Pembunuhan Ismail Haniyeh: Dunia kehilangan pemimpin disegani - Ismail Sabri
Dunia berduka apabila kehilangan pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh pada awal pagi Rabu.
Menteri Besar Kelantan angkat sumpah petang Selasa
Calon Menteri Besar Kelantan akan mengangkat sumpah di Istana Balai Besar, Kota Bharu pada jam 3 petang Selasa.
PRN: Pas gagal rampas DUN Galas, Kota Lama satu kejutan - Ahmad
Pas akan melakukan pascanilai atau post mortem bagi kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas yang kekal menjadi milik Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).
Menteri Besar Kelantan baharu dijangka angkat sumpah 15 Ogos - Ahmad Yakob
Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka mengangkat sumpah pada Selasa (15 Ogos), kata Datuk Ahmad Yakob.
PRN: Masalah kesihatan punca Ahmad Yakob tolak jadi MB Kelantan
Ahmad berkata, perkara tersebut telah dimaklumkan kepada Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pada tahun ini.
Kelantan umum Ahad cuti peristiwa
Pengisytiharan itu untuk memberi kemudahan kepada rakyat negeri Kelantan, serta petugas Suruhanjaya Pilihan Raya.
Pas tawar kombinasi agamawan, teknokrat sebagai MB, Timbalan MB Kelantan
Gabungan kepimpinan itu merangkumi seorang tokoh agamawan dan seorang tokoh teknokrat tertakluk kepada mandat rakyat dan perkenan Sultan Kelantan.
PRN: Tiada bayangan siapa akan jadi Menteri Besar Kelantan - Ahmad Yakob
PAS Kelantan setakat ini menegaskan tiada bayangan calon yang akan menjadi Menteri Besar negeri itu, sehingga Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan selesai.
Isu Nik Abduh selesai - Ahmad Yakob
Ahmad memberitahu, isu berkenaan sudah selesai dan beliau enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.
PN Kelantan perkenal 18 manifesto
Ahmad berkata, manifesto berkenaan akan dikenali sebagai program kerana dianggap sesuai dengan perubahan masa.