awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gandingan AI, literasi media sosial penting bina ekosistem maklumat selamat - Fahmi
Remaja hilang di Machang ditemukan lemas - Bomba
Gempa bumi sederhana landa Selatan Sumatera, Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasukan keselamatan siasat insiden bot JKDM ditembak penyeludup di Semporna

Bernama
Bernama
21/12/2019
02:37 MYT
Pasukan keselamatan siasat insiden bot JKDM ditembak penyeludup di Semporna
Hazani berkata kumpulan penyeludup berkenaan kemudian meloloskan diri dengan memasuki perairan Filipina. - Gambar fail
Pasukan keselamatan sedang menyiasat insiden bot Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dengan lima anggota penguat kuasa yang melakukan rondaan di perairan Semporna ditembak kumpulan penyeludup semalam.
Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) Datuk Hazani Ghazali berkata kesemua penguat kuasa JKDM berkenaan sedang menjalankan rondaan operasi sebelum bot mereka ditembak oleh sekumpulan individu yang menaiki bot laju.
"Ketika kejadian dianggarkan 50 das tembakan dilepaskan dalam berbalas tembakan antara anggota JKDM dan seorang daripada kumpulan penyeludup itu.
"Bagaimanapun tembakan penyeludup ke arah bot kastam tidak mengenai bot itu dan kesemua anggota JKDM tidak cedera," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.
BACA: Bot milik kastam ditembak penyeludup di perairan Semporna
Hazani berkata kumpulan penyeludup berkenaan kemudian meloloskan diri dengan memasuki perairan Filipina.
Semalam, Ketua Polis Daerah Semporna Supt Sabarudin Rahmat mengesahkan kejadian bot JKDM ditembak di perairan Semporna.
Kejadian itu dipercayai berlaku di perairan Pulau Mataking pada 5.30 petang membabitkan kes penyeludupan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#anggota penguat kuasa
#bot
#bot kastam
#Hazani Ghazali
#JKDM
#operasi
#penyeludup
#Pulau Mataking
#ronda
#seludup
#Semporna
#tembak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan