KUALA LUMPUR : Sejak beberapa tahun lepas, seorang demi seorang pemimpin UMNO disiasat dan didakwa di mahkamah atas kesalahan salah guna kuasa dan rasuah.
Perkembangan itu menyebabkan timbulnya cakap-cakap kurang enak terhadap parti yang sudah melebihi 60 tahun usianya itu.
Persoalannya, wajarkah UMNO dikaitkan dengan elemen rasuah, sedangkan yang didakwa adalah segelintir pemimpinnya?
Bagi Exco Pemuda UMNO, Aizat Azam, parti itu perlu mengambil tindakan kepada setiap pemimpin yang disabitkan bersalah dalam salah guna kuasa dan rasuah.
“Kalau betul hendak tunjukkan bahawa UMNO sudah berubah, UMNO memperjuangkan isu integriti, UMNO tolak amalan wang dalam perjalanan parti, kita kena ambil tindakan kepada mana-mana pihak waima mana-mana pemimpin pun yang telah disabitkan salah guna kuasa dan wang ringgit,” katanya kepada Astro AWANI.
Pengerusi Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said pula menegaskan dalam isu rasuah, UMNO tidak pernah salah, hanya individu melakukannya yang bersalah.
BACA: PAU2020: UMNO dan tujahan politik
“Soal ini bergantung kepada individu, bukan parti yang salah. Parti tidak mempunyai apa-apa kesalahan, individu yang salah.
“Sekiranya seorang itu mengambil rasuah, itu sikap peribadi mereka, bukan parti,” tegasnya.
Exco Pemuda UMNO, Bastien Onn pula menegaskan, walaupun terpalit dengan isu rasuah namun mahkamah merupakan medium terbaik buat pemimpin UMNO membersihkan nama mereka.
Tegasnya, realiti sekarang, mereka seolah-olah bersalah walaupun kes masih belum selesai dibicarakan.
“Saya lihat perlunya ada keadilan buat mereka yang dibicarakan kerana persepsi masyarakat, mereka bersalah sebelum dibicarakan dan bagaimana untuk mereka mengelakkan dan membersihkan diri mereka.
“Hanya mahkamah ruang terbaik,” ujarnya.
BACA: PAU2020: Perhimpunan Agung UMNO bermula
BACA: PAU2020: Perbahasan tiga sayap UMNO dilakukan secara tertutup
Perkara sama turut disuarakan pemimpin UMNO lain yang menegaskan mesej memerangi rasuah perlu sampai kepada semua, baik kepada akar umbi termasuklah peringkat tertinggi.
“Kita perlu mencegahnya sendiri. Walaupun ada undang-undang yang sekat usaha ini tapi kita lihat kalau ada persefahaman antara mereka untuk menghalalkan, ini juga akan menjadikan perkara ini berterusan,” kata Ketua Wanita UMNO Kota Melaka, Haryaty Hamdzah.
“UMNO perlu lakukan dari segi ketelusan setiap ahli Parlimen ini dapat dilihat melalui amalan politik wang ini dihindarkan.
“Maknanya, kalau ada berlaku kumpulan-kumpulan yang mendekati, menawarkan, perkara itu perlu dimaklumkan, diumumkan dan dilaporkan.
“Kalau ia tidak dilaporkan, maka kita lihat perkara ini sukar untuk dibendung,” ujar Exco Pemuda UMNO, Hafiz Ariffin.
Ridauddin Daud
Sat Mar 27 2021
Wajarkah UMNO dikaitkan dengan elemen rasuah, sedangkan yang didakwa adalah segelintir pemimpinnya? - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Onn Hafiz ganti Khaled Nordin, Rozi Mamat ambil alih tugas Ahmad Said terajui UMNO Johor, Terengganu
Khaled Nordin dan Ahmad Said bukan lagi Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri.
PRK Kemaman: 'Beri peluang calon yang betul-betul mahu berkhidmat' - Ahmad Said
Beri peluang kepada calon yang betul-betul mahu berkhidmat dan mempunyai masa secukupnya untuk Parlimen Kemaman, kata Ahmad Said.
PRK Kemaman: Jentera perlu seia-sekata pastikan kemenangan calon BN
Beliau yakin sekiranya kerjasama utuh dapat diberikan seluruh jentera, tidak mustahil BN berupaya membuat kejutan.
Ahmad Said umum tidak tanding PRK Kemaman
Pengerusi UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengumumkan beliau tidak bertanding pada PRK Kemaman yang akan diadakan pada 2 Disember.
Ahmad Said dicadang calon BN PRK Kemaman
Mohamed Rahim berkata, Ketua UMNO Bahagian Kemaman itu merupakan antara nama yang mendapat sokongan untuk disenaraikan sebagai calon.
Pas tidak buat rayuan keputusan petisyen Parlimen Kemaman
Keputusan itu dibuat susulan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, Anselm Charles Fernandis mengesahkan terdapat unsur rasuah bagi pilihan raya Parlimen berkenaan.
[RASMI] PRN: Ahmad Said gagal pertahan DUN Kijal
Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kijal sejak 1990, Datuk Seri Ahmad Said gagal mempertahankan kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) kali ini.
PRN Terengganu: Pentadbiran sealiran kerajaan pusat untungkan rakyat - Ahmad Said
Bekas Menteri Besar Terengganu itu turut meluahkan hasratnya untuk melihat negeri kelahirannya terus maju serta dibangunkan seperti waktu BN memerintah negeri tersebut.
PRN: Razali lawan Ahmad Said di Kijal
Keputusan itu sekali gus menyaksikan Razali bakal menentang Ahmad, penyandang kerusi tradisi UMNO, pada PRN Terengganu 12 Ogos ini.
Tidak mustahil UMNO kembali tawan Terengganu - Ahmad Said
Ahmad berkata, berdasarkan rekod kerajaan yang menerajui negeri tersebut ia sentiasa bersilih ganti di antara dua parti berkenaan.