KUALA LUMPUR: Setelah berakhirnya cuti pertengahan tahun, pelajar kembali menyambung sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada minggu ini, susulan penularan kes COVID-19 yang masih tinggi dan di tahap membimbangkan.
Pada situasi semasa, PdPR adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar berikutan wujudnya beberapa kluster institusi pendidikan selain trend terbaharu jangkitan dalam kalangan kanak-kanak melalui gelombang ketiga yang dilaporkan.
Walaupun kebanyakan ibu bapa berasa lega apabila PdPR disambung untuk tempoh 25 hari lagi namun timbul juga kebimbangan sekiranya tempoh pembelajaran itu berlanjutan dalam tempoh lebih lama lagi.
Jika berlanjutan, sudah pasti memberi cabaran besar terutamanya kepada pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021, memandangkan sejak tahun lepas lagi mereka kurang mendapat peluang belajar secara bersemuka di sekolah berikutan penularan pandemik itu.
Berbeza dengan pelajar SPM 2020, mereka berpeluang menjalani sesi persekolahan secara fizikal ketika tingkatan empat dan hanya menghadapi kemelut pembelajaran ketika memasuki tingkatan lima.
Pensyarah Kanan (Bimbingan dan Kaunseling) Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Syed Mohamad Syed Abdullah mengakui pihaknya menerima banyak rungutan mengenai kebimbangan terhadap isu kaedah pembelajaran berkenaan.
Beliau berkata berdasarkan tinjauan dan pemerhatian dilakukan, kebanyakan ibu bapa, biarpun berasa lega dan selamat apabila anak-anak mereka berada di rumah, namun pada masa sama bimbang jika PdPR berlangsung dalam tempoh lebih lama.
"Memang, pelajar SPM 2021 adalah golongan paling terkesan ketika ini.
"Kerisauan ibu bapa adalah lebih kepada ketidakpastian sama ada anak mereka faham atau sebaliknya apabila belajar secara PdPR selain dilihat tidak bersemangat kerana pelbagai masalah atau kekangan dihadapi ketika belajar secara dalam talian," katanya.
Dalam polemik ini, Syed Mohamad melihat ia masih lagi berkait isu pergelutan tempoh penyesuaian ibu bapa serta pelajar dalam PdPR kerana ibu bapa masih berpandangan sesi secara bersemuka di sekolah amat penting dalam membantu mendapatkan pembelajaran lebih baik.
Justeru, dalam menangani faktor kebimbangan serta kelesuan motivasi dalam kalangan pelajar khususnya calon SPM 2021, pendekatan sebaiknya pada masa ini adalah menjadikan kejayaan serta semangat pelajar SPM 2020 sebagai satu indikator buat mereka untuk lebih fokus dan kekal berdaya juang.
"Mereka tidak perlu bimbang atau down tetapi sebaiknya mengambil semangat abang, kakak SPM 2020 yang mendapat keputusan cemerlang meskipun dalam situasi pembelajaran tidak menentu menerusi PdPR, maksudnya ia bukanlah penghalang meraih kejayaan.
"Sebenarnya, mereka yang SPM 2020 berhadapan cabaran lebih sukar memandangkan tengah belajar secara tiba-tiba pengoperasian sekolah bertukar kepada kaedah PdPR dan ketika itu kita sedia maklum pelbagai masalah dihadapi disebabkan ia masih baharu," katanya.
Biarpun mengakui masih terdapat beberapa masalah dalam melaksanakannya, namun usaha menambah baik yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) mahupun guru telah memastikan pengajaran PdPR lebih menarik bagi meningkatkan penerimaan pelajar.
Kalau dilihat secara logik, calon SPM 2021 sebenarnya mempunyai 'kelebihan' kerana telah didedahkan awal dengan PdPR dan pengalaman tersebut pastinya membantu memudahkan mereka untuk mengadaptasikannya dengan lebih baik.
Malah, beliau percaya KPM dan pihak sekolah mempunyai pelan dan strategi sekiranya kaedah pembelajaran secara dalam talian ini berlanjutan lebih lama berdasarkan pengalaman yang ditempuh sebelum ini.
Pelbagai alternatif dalam melaksanakan PdPR turut dijalankan yang mana tidak hanya tertumpu secara dalam talian sahaja.
Ini termasuk saluran televisyen pendidikan seperti DidikTV serta penglibatan pelbagai agensi lain dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang turut membantu memastikan sesi pembelajaran PdPR kali ini adalah lebih baik berbanding sebelumnya.
"Walaupun bertambah baik, keberkesanan PdPR masih perlu dibuat kajian lanjut oleh KPM bagi mengenal pasti pelbagai kelompongan, kekurangan, supaya dapat diatasi segera.
"Kita mungkin tidak dapat membuat penambahbaikan sekali gus, tetapi usaha ini perlu dipertingkat dari semasa ke semasa seperti membantu golongan B40 dalam pelajaran," katanya.
Sementara itu, Pakar Psikologi Universiti SEGI Prof Datin Dr Mariani Md Nor berpandangan KPM boleh menggunakan DidikTV dengan sasaran lebih menyeluruh untuk mengetengahkan program yang dapat membantu mengurangkan tekanan pelajar.
Mariani berkata menerusi saluran televisyen, pihak sekolah, guru dan ibu bapa boleh memainkan peranan masing-masing dalam ekosistem pandemik pada masa kini bagi memastikan emosi dan minda pelajar stabil.
''Dengan situasi belajar di rumah, saya cadangkan supaya khaskan satu episod di DidikTV untuk kita wujudkan bengkel atau webinar yang boleh membantu dan mendidik pelajar agar mereka tenang dan lebih positif dalam mendepani cabaran menghadapi pandemik.
''Guru bukan hanya mengajar sebaliknya boleh membimbing. Tampilkan guru bimbingan dan kaunseling yang boleh memberi khidmat nasihat kepada pelajar,'' katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 15 2021
Pada situasi semasa, PdPR adalah kaedah terbaik bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pelajar. -Gambar hiasan
Tawar diskaun 40 peratus belian barangan keperluan perniagaan
Beban peniaga makanan menyediakan Menu Rahmah berikutan kenaikan harga barang boleh diatasi, apabila mereka memohon dan menggunakan kad diskaun khas Menu Rahmah
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata ini kerana kad diskaun khas itu menawarkan pembelian barang keperluan perniagaan dengan diskaun sehingga 40 peratus.
987 bayi didiagnosis masalah pendengaran pada 2023
Seramai 987 daripada 253,822 bayi yang disaring menerusi Program Saringan Pendengaran Bayi Universal (UNHS) pada 2023 didiagnosis mengalami masalah pendengaran, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
PM Anwar saksikan pertukaran 6 MoU antara Malaysia dan Uzbekistan
MoU itu antaranya melibatkan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan Dewan Perdagangan dan Industri Uzbekistan (CCIU) sebagai usaha mengukuhkan dan membangunkan kerjasama promosi perdagangan antara Malaysia dan Uzbekistan serta pertukaran maklumat perdagangan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 18 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia tewaskan China acara regu
Malaysia memulakan aksi Kumpulan B acara regu kategori premier Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dengan langkah kanan selepas menewaskan China di Stadium Titiwangsa di sini hari ini.
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
Pulau Pinang 'gedung kelahiran' akhbar sebelum Perang Dunia Kedua
Pulau Pinang kini menjadi pemegang rekod aliran masuk pelaburan tertinggi di Malaysia dengan jumlah pelaburan RM71.9 bilion pada 2023.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Keputusan SPM 2023 diumum 27 Mei ini - KPM
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 akan diumumkan pada 27 Mei ini.
KPM siasat dakwaan kertas Sejarah SPM bocor
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang menyiasat berhubung dakwaan berlaku kebocoran soalan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 bagi kertas subjek Sejarah.
Peperiksaan SPM 2023 berjalan lancar di seluruh negara
Peperiksaan bertulis SPM 2023 yang bermula hari ini melibatkan 395,870 calon di 3,340 pusat peperiksaan di seluruh negara.
21 pusat peperiksaan SPM di Johor sedia diaktifkan sebagai PPS
Jumlah itu termasuk 18 buah sekolah yang menjalani SPM telah melaksanakan persiapan terperinci.
Guru petugas peperiksaan maut pacuan empat roda terbabas
Seorang guru lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya terbabas dalam perjalanan ke sekolah.
Anak duduki SPM esok, bapa redah banjir ambil kelengkapan
Biarpun berat namun begitulah lumrah kehidupan, setiap cabaran, mahu atau tidak mahu perlu ditempuhi demi kelangsungan kehidupan.
SPM: Ujian bertutur Bahasa Melayu bermula hari ini
Ujian Bertutur Bahasa Melayu bagi peperiksaan SPM 2023 bermula hari ini membabitkan 395,870 calon berdaftar.
7 pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat
JPN Kelantan memaklumkan tujuh pusat peperiksaan bakal terjejas jika banjir gelombang keempat berlaku di negeri ini.
395,870 calon duduki SPM 2023
Seramai 129,635 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan kelancaran pengurusan dan pengendalian peperiksaan berkenaan.
16 pusat peperiksaan SPM di Terengganu berisiko terjejas banjir gelombang keempat
Shafruddin Ali Hussin berkata ia melibatkan 224 pelajar di daerah Hulu Terengganu, Setiu, Dungun dan Besut.