awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
COP30: TNB pengupaya utama pacu kerjasama tenaga menerusi Grid Kuasa ASEAN
Malaysia raih pelaburan digital diluluskan RM54.13 bilion pada suku ketiga 2025 - MDEC
Parti pemerintah Kosovo dahului pilihan raya Parlimen
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PDRM tahan 585 individu, berikut lima perkara penting sidang media Ismail Sabri hari ini

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2020
08:50 MYT
PDRM tahan 585 individu, berikut lima perkara penting sidang media Ismail Sabri hari ini
Kata Ismail, Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan sehingga 9 November depan. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR:Task Force Operasi Pematuhan yang diketuai Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah melakukan pemeriksaan bagi memantau dan menguatkuasa pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Sebanyak 3,105 Pasukan Pematuhan yang melibatkan 12,666 anggota telah membuat pemantauan di 3,324 pasar raya, 4,383 restoran dan 1,142 kilang.
Berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-221 dan hari ke-137 PKPP, berikut merupakan lima perkara penting yang dinyatakan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang medianya, hari ini.
1. Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) di seluruh negeri Sabah yang dijadualkan tamat Isnin ini, dilanjutkan sehingga 9 November depan.
2. Polis DiRaja Malaysia (PDRM) telah menahan 585 individu atas kesalahan ingkar arahan PKP. Seramai 569 individu telah dikompaun manakala 13 direman dan tiga dijamin.
3. Operasi Benteng telah berjaya melakukan tangkapan yang melibatkan 27 pendatang tanpa izin. Turut berjaya dirampas lapan kenderaan darat
4. Seramai 8,378 individu sedang menjalani proses Kuarantin Wajib manakala 381 individu telah dihantar ke hospital untuk rawatan. Seramai 44,900 individu telah didiscaj dan dibenarkan pulang.
5. Sebanyak 36 operasi sanitasi meliputi 14 zon Merah, 10 zon Kuning dan empat zon Hijau yang melibatkan 10 buah negeri diadakan.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#PDRM
#SOP
#PKPB
#operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan