KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib, demikian menurut Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.
Beliau berkata mesyuarat Kabinet hari ini juga bersetuju, untuk memanjangkan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah kepada pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak, yang sedang menjalani latihan siswazah dan/atau khidmat wajib.
Khairy menjelaskan mesyuarat Kabinet pada 14 Julai tahun lalu bersetuju memberikan semua kemudahan tersebut hanya kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak, yang telah diluluskan pelanjutan kontrak setelah melengkapkan khidmat wajib.
"Selaras dengan usaha berterusan dan komitmen untuk menambah baik situasi kebajikan pegawai lantikan kontrak, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mesyuarat Kabinet hari ini membentangkan satu lagi memorandum untuk pertimbangan Jemaah Menteri, agar pemberian kemudahan-kemudahan sedia ada ini ditambah baik," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurut Khairy keputusan pemanjangan kemudahan Cuti Tugas Khas Perubatan serta Cuti Tibi, Kusta dan Barah, diharap dapat menangani isu ketidaksetaraan pemberian kemudahan-kemudahan berkenaan antara pegawai lantikan kontrak yang sedang menjalani latihan siswazah dan/atau khidmat wajib dengan pegawai lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib.
"Selain itu, pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak yang sedang menjalani khidmat wajib juga akan dapat menikmati kemudahan Tambang Mengunjungi Wilayah Asal sebagaimana dinikmati oleh pegawai lantikan kontrak yang telah melengkapkan khidmat wajib," katanya.
Khairy berkata memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini, adalah satu daripada usaha dan komitmen berterusan KKM dalam menambah baik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif buat seluruh kakitangannya, bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang berkualiti tinggi serta selamat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 08 2022
Khairy berkata memorandum Jemaah Menteri yang dibentangkan hari ini, adalah satu daripada usaha dan komitmen berterusan KKM dalam menambah baik dan menyediakan persekitaran tempat kerja yang kondusif buat seluruh kakitangannya. - Bernama
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Halang pegawai kesihatan buat pemeriksaan Aedes di rumah boleh diambil tindakan
Individu yang gagal patuhi arahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
Pegawai kesihatan kontrak jalani khidmat wajib layak dapat kemudahan - Khairy
Kemudahan hanya kepada pegawai perubatan, pegawai pergigian dan pegawai farmasi lantikan kontrak, yang telah lulus pelanjutan kontrak setelah melengkapkan khidmat wajib.
COVID-19: Beijing pecat pegawai tertinggi kesihatan
Yu Luming disyaki melanggar disiplin dan undang-undang yang serius, dan kini sedang menjalani semakan tatatertib dan siasatan penyeliaan.
Kakitangan Pejabat Kesihatan nafi terima suapan
Tertuduh didakwa memperoleh suapan melalui kerja-kerja pembekalan dan perkhidmatan yang berjumlah RM31,099.50 menerusi syarikat milik adiknya.
Polis buru suspek rompak menyamar pegawai kesihatan
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, tiga lelaki berumur antara 20-an dan 30-an itu telah datang ke rumah berkenaan, kononnya bagi menjalankan pemeriksaan jentik-jentik.
Rasuah: Penolong pegawai kesihatan Segamat ditahan SPRM
Penahanan dibuat di pejabat SPRM Johor Cawangan Segamat kira-kira 2.30 petang ketika suspek berusia 57 tahun itu memberi keterangan bagi membantu siasatan yang dijalankan.
Biro Kebajikan UMNO tinjau mangsa Aceh pada Jumaat
Biro Kebajikan UMNO akan menghantar pasukan ke Aceh pada Jumaat bagi meninjau dengan lebih dekat lokasi bencana sebelum bantuan selanjutnya disalurkan kepada mangsa terlibat.
Tentera mantapkan mekanisme bantuan, ulama syor adakan solat ghaib
Tentera Nasional Indonesia (TNI) gerakkan anggota dan aset untuk bantu mangsa gempa, termasuk membawa masuk pakar perubatan dan pegawai kesihatan.