SHAH ALAM :Pegawai polis berpangkat DCP dan seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah RM1 juta, antara 29 warga pasukan keselamatan itu yang sedang disiasat kerana disyaki bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian Zaidi Kanapiah atau dikenali sebagai Addy Kanna dan Goh Leong Yeong atau Alvin Goh.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman Datuk Zamri Yahya berkata siasatan pihaknya dalam kes berkenaan adalah menjurus kepada anggota dan pegawai yang memiliki nilai aset luar biasa berbanding jawatan serta gaji mereka, sejarah perjalanan ke luar negara tanpa kebenaran dan beberapa aspek lagi.
“Kertas siasatan terhadap kesemua pegawai dan anggota ini dijangka dilengkapkan bulan depan untuk dikemukakan kepada pihak atasan bagi tindakan selanjutnya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Selangor di sini, hari ini.
Pada majlis berkenaan, Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed dilantik sebagai pemangku Ketua Polis Selangor berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Ketua Polis Selangor Datuk Noor Azam Jamaludin yang akan bersara wajib esok.
Tambah Zamri, pada peringkat permulaan hanya empat pegawai dan anggota polis disiasat berkaitan pembabitan dalam sindiket berkenaan namun menerusi siasatan lanjut, kini seramai 29 warga pasukan keselamatan itu dipercayai terlibat.
Malah kata beliau, siasatan pihaknya turut mengesan terdapat seorang Inspektor mempunyai wang simpanan berjumlah kira-kira RM1 juta.
“Kita telah meminta pegawai ini menerangkan bagaimana beliau mempunyai wang simpanan sebegini banyak. Antara jawapannya adalah melalui saham dan pemberian daripada bapanya. Bagaimanapun kita akan melakukan siasatan lanjut,” katanya.
Tambah Zamri, kesemua mereka disiasat mengikut Peraturan Perkhidmatan Awam 1993.
Sebelum ini, media melaporkan Goh dan Addy Kanna ditahan pada 2 dan 3 Okt lepas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas didapati menjalankan aktiviti penipuan Macau Scam dan judi dalam talian yang menyasarkan mangsa di China selain bekerjasama dengan kartel penipuan di luar negara.
SPRM turut menahan serta menyoal siasat beberapa selebriti terkenal, pegawai dan anggota polis yang melindungi sindiket terbabit.
Pada awal bulan ini, Addy Kanna dan Alvin Goh serta dua anggota polis dikenakan perintah tahanan selama dua tahun mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA).
Kesemua mereka ditempatkan di Pusat Pemulihan Khas (PPK) Simpang Renggam, Johor; PPK Pokok Sena di Kedah dan PPK Bentong, Pahang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Dec 14 2020

Zamri berkata siasatan pihaknya dalam kes berkenaan adalah menjurus kepada anggota dan pegawai yang memiliki nilai aset luar biasa.

Niaga AWANI: Prestasi Bitcoin dan komen Gates, Yellen

Niaga AWANI: Analisis kesan imunisasi kepada Bursa, Ringgit

Beza tandatangan digital dengan elektronik dalam menentusahkan identiti penandatangan dokumen
Operasi dan transaksi perniagaan semestinya perlu diteruskan demi menjaga kelangsungan perniagaan yang telah diusahakan sekian lama.

AWANI Pagi: Lawan helah fahaman anti-vaksin di dunia digital
Bagaimana untuk melawan fahaman anti-vaksin di dunia digital? Nak tahu? Kita bersama Penganalisis Politik & Media Sosial, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM, Prof Madya Dr Sara Chinnasamy untuk perkembangan lanjut.

Ismail Sabri, pegawai tertinggi ATM terima suntikan vaksin COVID-19
Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan sekitar pukul 9.30 pagi oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi.

Kerajaan Arab Saudi belum wajibkan vaksin COVID-19 ke atas jemaah umrah
Ketika ini, Arab Saudi hanya mewajibkan suntikan Meningococcal Meningitis kepada jemaah selain pelaksanaan SOP yang ditetapkan.

AWANI Ringkas: EU disaran wujud sijil digital vaksin seragam

COVID-19: Satu juta telah daftar terima vaksin di MySejahtera - Khairy
Khairy menyeru kepada orang ramai untuk bersama-sama mengakhiri wabak ini dengan mendaftarkan diri untuk pengambilan vaksin COVID-19.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892597/9449734071614300202360_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemaskini COVID-19 [26 Februari 2021]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Hakim Rahman dalam #AWANIpagi 25 Februari 2021.

Azizulhasni cuba teknik berbeza Ahad ini
Di sebalik jangkaan ramai bahawa pelumba kelahiran Terengganu itu akan meneruskan momentumnya, Azizulhasni menganggap reputasi hanyalah sandaran di atas kertas sahaja.

Polis Kelantan rampas 101 kg syabu bernilai RM3.6 juta
Rampasan itu merupakan yang ketiga untuk bulan ini di Kelantan, membabitkan jumlah keseluruhan 610 kg syabu dengan nilai dianggar RM24 juta.

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Polis tumpaskan kegiatan curi motosikal 'Geng Azhar'
Polis menumpaskan kegiatan mencuri motosikal didalangi Geng Azhar yang aktif melakukan jenayah itu sejak akhir tahun lepas.

Pemilik warung parah ditikam, pencuri larikan sardin, telur masin
Kejadian berlaku sekitar jam 6 pagi ketika mangsa berusia 59 tahun tiba di warungnya untuk memulakan perniagaan.

Hajiji antara tiga individu terawal terima vaksin 4 Mac ini
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor akan menjadi antara tiga individu pertama yang akan menerima vaksin COVID-19 di Sabah pada 4 Mac ini.

Menyusuri Kuasa Negeri dan Persekutuan pasca penghakiman Mahkamah Persekutuan
Penghakiman hari ini jika diteliti tidak langsung memberikan hak atau kebebasan kepada mana-mana pihak untuk bebas mengamalkan ajaran seks songsang dalam mana-mana inci ruang negara kita.

Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin
Seramai 680 anggota dan pegawai polis di daerah ini sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.

Vaksin petugas hadapan Langkawi selamat dibawa dengan RORO
Konvoi membawa vaksin, diketuai Supt Syed Basri Syed Ali bersama enam pegawai dan sembilan anggota bagi memastikan kelancaran penghantaran, tiba tepat pada waktunya.

Berita palsu vaksin: Polis sedia buka kertas siasatan jika terima laporan
Setakat ini, tiada sebarang laporan polis diterima berhubung berita palsu mengenai pengambilan vaksin COVID-19.

Suami isteri ditahan polis dera pembantu rumah warga Kemboja
Pasangan yang masing-masing berusia 50-an dan 60-an itu ditahan di kediaman mereka di Jalan Perpaduan, Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.