KUALA LUMPUR: Keputusan Jabatan Peguam Negara untuk mendakwa pegawai kanan polis yang dipercayai terlibat dalam kes kemalangan maut seorang pelajar tingkatan lima di Meru Jumaat lepas di bawah kesalahan membunuh membuktikan ketelusan pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata tindakan mendakwa pegawai berpangkat DSP itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaaan di Mahkamah Majistret Ipoh esok diputuskan Jabatan Peguam Negara berdasarkan bukti dan keterangan yang diperoleh hasil siasatan menyeluruh oleh pegawai penyiasat.
"Keputusan ini memperlihatkan ketelusan polis dalam melakukan siasatan terhadap sebarang kes jenayah termasuk melibatkan pegawai kanan polis. Siasatan kes ini dikendalikan oleh Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah Ipoh bersama pasukan siasatan dengan baik dan berkredibiliti.
"Saya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana anggota atau pegawai yang melakukan jenayah, saya akan pastikan siasatan yang telus dan adil dijalankan bagi menjaga nama baik pasukan ini," katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau mengulas kenyataan Jabatan Peguam Negara malam ini yang memaklumkan akan mendakwa suspek yang dipercayai terlibat dengan kes membabitkan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati itu di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Razarudin berkata pegawai itu akan ditahan kerja sebaik sahaja didakwa di mahkamah esok.
Pada masa sama, beliau mahu setiap pegawai dan anggota polis mengambil iktibar serta pengajaran daripada kes tersebut.
Beliau berkata setiap anggota pasukan keselamatan itu perlu sentiasa menjaga nama baik pasukan dan tidak berselindung di sebalik pakaian seragam polis apabila melakukan jenayah.
Pada 15 Dis lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaiki dilanggar dan diseret oleh sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun.
Kemalangan pada kira-kira 12.30 tengah hari itu menyebabkan Muhammad Zaharif Affendi, 17, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian dada dan abdomen.
Susulan itu, pegawai kanan polis berkenaan ditahan reman selama tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 17 2023

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata pegawai itu akan ditahan kerja sebaik sahaja didakwa di mahkamah esok. - Gambar fail/BERNAMA
Starship bawa robot akan ke Marikh pada akhir 2026 - Musk
Kapal angkasa Starship yang membawa robot humanoid Tesla Optimus akan ke Marikh pada akhir 2026.
Trump optimis rundingan Rusia-Ukraine positif
Trump turut memaklumkan bahawa beliau telah berbincang dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin serta beberapa pihak lain.
Naib presiden AS, JD Vance dan isteri dicemuh orang ramai ketika hadir konsert
Reaksi orang ramai itu tercetus susulan tindakan Presiden Donald Trump yang memecat kepimpinan pusat dan mengambil alih jawatan sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Kennedy Center
Ribuan veteran protes, bantah cadangan Trump
Majoriti yang berhimpun di hadapan bangunan Capitol AS itu baru sahaj kehilangan pekerjaan akibat rancangan pemberhentian kerja Kerajaan Persekutuan
Majlis Keselamatan PBB gesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian
Majlis keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Jumaat mengecam keganasan meluas yang berlaku di wilayah Latakia dan Tartus sejak 6 Mac serta menggesa perlindungan rakyat Syria tanpa pengecualian.
Lima maut, 24 cedera jalan bertingkat dalam pembinaan runtuh
Sekurang-kurangnya lima maut selepas sebuah jalan bertingkat yang dalam pembinaan di Bangkok runtuh pada awal Sabtu.
China wajibkan pelabelan kandungan janaan AI untuk perangi maklumat salah
Pihak berkuasa China mengeluarkan garis panduan yang mewajibkan label pada semua kandungan dijana oleh kecerdasan buatan yang diedarkan dalam talian, bertujuan untuk memerangi penyalahgunaan AI dan penyebaran maklumat palsu.
Bazar raya lesu, pendapatan peniaga merudum
Di Chukai, Kemaman, aktiviti perniagaan di beberapa Bazar Aidilfitri dilihat agak lesu dan perlahan, dengan peniaga merungut pendapatan mereka menurun antara 30% dan 60% berbanding tahun lalu.
[TERKINI] Nurul Izzah bakal pertahan jawatan naib presiden
Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bakal mempertahankan jawatannya pada pemilihan parti, Mei ini.
Dakwaan kerajaan pimpinan GRS, PH gagal tidak berasas - Hajiji
Dakwaan pembangkang kononnya kerajaan Sabah yang kini ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Pakatan Harapan (PH) gagal adalah suatu yang tidak berasas

Pegawai polis terlibat kes langgar pelajar akan ditahan kerja - KPN
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husin berkata pegawai itu akan ditahan kerja sebaik sahaja didakwa di mahkamah esok.

Kes langgar pelajar: Bapa Zaharif belum jamah makanan sejak peristiwa hitam
Bapa pelajar yang maut dilanggar kereta sejak peristiwa hitam itu sehinggalah hari ini tidak mampu menjamah makanan kerana terkenang arwah anaknya.