awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam jumpa Jamal di Indonesia

Sinar Harian
Sinar Harian
03/07/2018
02:26 MYT
Peguam jumpa Jamal di Indonesia
Mohd Imran berkata, beliau dimaklumkan Jamal ketika ini ditahan di Polda Metro Jaya, Jakarta.
Peguam kepada Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos, Datuk Mohd Imran Tamrin dijadualkan berlepas ke Jakarta, Indonesia untuk berjumpa dengan anak guamnya itu, pagi ini.
Mohd Imran berkata, beliau dimaklumkan Jamal ketika ini ditahan di Polda Metro Jaya, Jakarta.
“Saya dah berhubung dengan rakan peguam di Indonesia dan dalam masa yang sama, saya juga menghubungi Pegawai Kedutaan Malaysia, di sana.
“Saya akan mengemas kini perkembangan nanti,” katanya menerusi pesanan yang ditinggalkan pada aplikasi WhatsApp UMNO Bahagian Sungai Besar.
BACA: Jamal Yunos ditangkap ketika sedang gunting rambut
BACA: Jamal Md Yunos ditangkap pihak berkuasa Indonesia
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan Jamal ditahan Polis Negara Republik Indonesia (Polri) pada 6.15 petang.
Muhyiddin berkata, PDRM telah dihubungi untuk menyelaras urusan membawa pulang Jamal ke negara ini.
Jamal, 48, menghilangkan diri selepas didakwa di Hospital Pakar Ampang Puteri pada 25 Mei lalu dengan kehilangannya disedari Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam yang menguruskan proses ikat jamin beliau kira-kira jam 5.30 petang.
Jamal didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunakan penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, Selangor pada 5 Oktober tahun lalu.
Selain itu, beliau turut disiasat atas beberapa kes lagi termasuk di bawah Seksyen 34 Akta Senjata 1960.
Topic Berkaitan
#anak guamnya
#Datuk Mohd Imran Tamrin
#Indonesia
#Jakarta
#Jamal Yunos
#UMNO Sg Besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan