awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peguam masih gagal bertemu Haziq

Azyyati Ahmad, Harits Asyraf Hasnan
Azyyati Ahmad, Harits Asyraf Hasnan
14/06/2019
15:06 MYT
Peguam masih gagal bertemu Haziq
Menurut salah seorang peguam, pihaknya juga tidak mengetahui berkenaan lokasi sebenar di mana Haziq (gambar) berada ketika ini. - Gambar Facebook
Pasukan peguam Haziq Abdullah Abdul Aziz, masih belum dapat bertemu dengan beliau setelah disahkan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 6 petang tadi.
Menurut salah seorang peguam, Sivahnanthan Ragava, pihaknya juga tidak mengetahui berkenaan lokasi sebenar di mana Haziq berada ketika ini.
“Kami telah hubungi banyak balai polis namun tiada yang dapat memberi pengesahan di mana Haziq berada. Tiada maklumat mengenai di mana beliau akan direman, mereka (polis) patut beritahu,” katanya.
Justeru, pasukan peguam telah menggesa supaya ahli keluarga Haziq membuat laporan polis berhubung penahanan tersebut.
Malah, pihak peguam menjangkakan Haziq akan direman esok (Sabtu).
BACA: Polis nafi dakwaan ceroboh kediaman keluarga Haziq
Dalam satu kenyataan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed sahkan bahawa Haziq ditahan di Terminal Perlepasan Antarabangsa KLIA sebelum berlepas ke Manila.
Haziq, 27 sebelum ini tampil membuat pengakuan melalui akaun Facebook miliknya bahawa dia adalah individu yang terlibat dalam video seks luar tabii yang dikaitkan dengan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR.
Haziq merupakan Ketua Pemuda PKR Santubong yang juga Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Menteri Industri Utama Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin.
Mohamed Azmin bagaimanapun menafikan tuduhan yang mengaitkan beliau itu, sambil menegaskan ia satu komplot jahat untuk mencemarkan reputasi dan keperibadian beliau.
BACA: "Saya kenal Haziq dari jauh" - Azmin
BACA: Video intim: Apa yang kita tahu setakat ini?
Topic Berkaitan
#ditahan
#Haziq Abdullah Abdul Aziz
#Haziq Aziz
#KLIA
#peguam
#polis
#reman
#Sivahnanthan Ragava
#video seks
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan