KOTA KINABALU: Arnie Jaliusih, 20, salah seorang pelajar cemerlang STPM yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00, memanfaatkan waktu Subuh untuk mengulang kaji pelajaran dengan lebih berkesan.
Pelajar tunggal Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tun Fuad Stephens, Kiulu yang memperoleh PNGK 4.0 itu berkata mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk memberi fokus kepada nota-nota bagi mengingat fakta, semasa menjawab soalan peperiksaan.
"Saya hanya tidur lima jam sahaja ketika menghadapi waktu peperiksaan, kalau saya penat... saya akan rehat sejam. Waktu malam pun begitu juga. Saya tidak akan paksa diri saya kalau tidak dapat (mengulang kaji) sebab nanti tidak masuk (ingat) juga.
"Saya akan tidur dulu, Subuh baru saya bangun, saya ikut kesesuaian belajar," katanya ketika ditemui selepas Majlis Pengumuman Keputusan Peperiksaan STPM di Kolej Tingkatan Enam Kota Kinabalu di sini semalam.
Mahu menjadi seorang guru, anak kepada pasangan petani Malian Bangkulat, 53, dan Jaliusih Madakol, 63, juga berkata beliau terpaksa tinggal di asrama sekolah, kerana keadaan laluan berbukit selain jalan raya yang tidak rata menyukarkannya berulang alik ke sekolah dari rumahnya.
Bagi Noraliah Syairah Sailieh, 20, dari SMK Sook, Keningau juga pelajar tunggal dari sekolahnya, yang berjaya menempatkan diri antara 75 pelajar terbaik seluruh Sabah dengan memperoleh PNGK 4.00.
Anak bongsu daripada lima beradik itu, tidak menyangka akan mendapat keputusan STPM sebaik itu kerana tidak pernah mencapai PNGK seperti itu, sepanjang tempoh berada dalam tingakatan enam.
"Tidak sangka dapat 4.00, masa terima surat saya terkejut juga sebab ingat bukan 4.00 keputusan saya," katanya yang juga mahu menjadi seorang pendidik sama seperti kakaknya, yang kini seorang guru.
Farraedyiahidayah Fadzil, 20, juga pelajar tunggal dari SMK Pekan Kuala Penyu, Kuala Penyu yang memperoleh PNGK 4.00 di sekolahnya berkata antara amalannya dalam tingkatan enam ialah, memberi tumpuan semasa dalam kelas selain bertanya kepada guru sekiranya tidak memahami pelajaran.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata setiap hari, sekurang-kurangnya beliau akan memperuntukkan masa untuk mengulang kaji pelajaran, bagi memastikan dapat memenuhi cita-citanya untuk menjejakkan kaki ke universiti selepas ini.
"Pilihan utama saya ialah masuk Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pilihan kedua di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)," katanya yang mahu menjadi contoh kepada adik-adiknya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 13 2023
Arnie bersama ibunya, Malian, pelajar tunggal SMK Tun Fuad Stephens, memperoleh PNGK 4.00. - Foto BERNAMA
Jumlah jawatan bagi ST12024 meningkat 1.5 peratus kepada 8.94 juta - DOSM
Jumlah jawatan pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) meningkat sebanyak 1.5 peratus dari tahun ke tahun kepada 8.94 juta jawatan.
Dakwaan SPRM tahan lima ADUN Perlis tidak benar - Azam Baki
SPRM menafikan dakwaan mengenai penahanan terhadap lima ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.
Puspal tiada kuasa tetapkan harga tiket konsert - Fahmi
Puspal berperanan untuk meneliti permohonan daripada penganjur konsert dan acara atau syarikat perfileman yang ingin membuat penggambaran dalam negara melibatkan artis luar.
57 maut, 22 masih hilang akibat banjir lava sejuk di Sumatra Barat
Pegawai kanan agensi bencana tempatan pada petang Selasa memaklumkan, banjir pada malam Sabtu itu memusnahkan bangunan, jalan raya dan kemudahan lain di Kabupaten Tanah Datar, Agam dan Pariaman, serta bandar Padang Panjang.
Rogol kanak-kanak, jurukimpal dipenjara enam tahun, satu sebatan
Seorang jurukimpal dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas pertuduhan merogol kanak-kanak berusia 11 tahun di Jelawat, Bachok pada 4 Mei lalu.
Mengimbangi aspirasi belia berkemahiran tinggi dan rendah
Beliau berkongsi pandangan dalam program Niaga AWANI pada Rabu membincangkan berkenaan topik kadar pengangguran yang menurun, namun kadar guna tenaga penuh masih lagi rendah.
[TERKINI] Sidang Media Mingguan Menteri Komunikasi
Ikuti secara langsung sidang media mingguan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil di Kompleks Kementerian Komunikasi, Putrajaya.
KBS bantu atlet kayak dilanggar pemandu mabuk
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi bantuan yang diperlukan oleh atlet kayak, Siti Nurul Masyitah Elias berikuan kecederaan parah akibat dipercayai dilanggar oleh seorang pemandu mabuk pada Sabtu.
ASP antara lima polis didakwa rompak wanita warga China RM140,000
Seorang pegawai kanan polis berpangkat ASP bersama empat anggota, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merompak seorang wanita warga China.
Pengurup wang didakwa bunuh lelaki
Seorang pengurup wang didakwa datas pertuduhan membunuh seorang lelaki dalam satu kejadian pergaduhan di Jalan Telawi, Bangsar.
Tabung Amanah Zakat UNITEN: Lebih 200 pelajar terima danasiswa pelajar cemerlang
Abdul Razak berkata jumlah keseluruhan Danasiswa Pelajar Cemerlang ialah sebanyak RM80,850.
Mengaji al-Quran setiap hari rahsia raih anugerah cemerlang
Izzah menamatkan pengajian Diploma Syariah di Fakulti Pengajian Islam Kontemporari KIAS dengan CGPA 3.77 selain menerima anugerah dekan.
Pelajar cemerlang STPM di Sabah manfaatkan waktu Subuh ulang kaji pelajaran
Mengulang kaji pelajaran pada waktu Subuh, memudahkannya untuk fokus bagi mengingat fakta, untuk menjawab soalan peperiksaan.
Sanggup bersengkang mata, dua sahabat cemerlang STPM
Liew Ray Hong dan Lee Sim Yee masing-masing mendapat A bagi mata pelajaran Pengajian Am, Prinsip Akaun, Sejarah dan Ekonomi dengan PNGK 4.00.
Sibuk jaga ibu, pelajar cemerlang Bachok tak sangka raih 11A
Anak bongsu daripada enam beradik itu percaya sedikit sebanyak asbab kejayaan tersebut adalah kerana beliau mengutamakan ibunya.
Penuntut cemerlang IPT maut jatuh bangunan
Mangsa pernah beberapa kali memenangi Anugerah Dekan, fasih berbahasa Inggeris serta aktif dalam pelbagai aktiviti pelajar.
MARA hantar 1,300 pelajar cemerlang lanjut pelajaran ke luar negara
Seramai 1,300 pelajar cemerlang tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA) dihantar melanjutkan pengajian ke luar negara pada tahun ini, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid.
Pelajar terbaik STPM 2021, Nur Yasmin amal surah Al-Waqiah, Yasin
Amalan membaca surah al-Waqiah dan Yasin hampir setiap hari antara rahsia kejayaan Nur Yasmin Hani, sehingga dinobatkan sebagai tiga pelajar terbaik peringkat kebangsaan bagi keputusan STPM 2021.
59 calon STPM Pahang peroleh PNGK 4.0
Sejumlah 59 calon Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2021 di Pahang memperoleh keputusan cemerlang Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0.
Rabun sejak lahir tidak halang Niki raih keputusan cemerlang STPM
Anak sulung daripada tiga beradik itu berkata beliau tidak menyangka akan memperoleh keputusan dengan nilai Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.92 membabitkan lima mata pelajaran.