Pelajar yang mendapat keputusan sekurang-kurangnya 9A+ dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 boleh memohon untuk dipertimbangkan bagi Program Penajaan 9A+ Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Zainal Rahim Seman berkata pelajar yang layak akan ditaja di peringkat persediaan hingga ijazah pertama dalam bidang yang ditetapkan kerajaan di Universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dalam negara.
"Berikutan dengan pertanyaan oleh beberapa pihak mengenai program penajaan ini, adalah dijelaskan bahawa semua pelajar yang mencapai keputusan sekurang-kurangnya 9A+ boleh memohon untuk dipertimbangkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Sebelum ini, sebuah akhbar melaporkan timbul kekeliruan dalam kalangan pelajar cemerlang SPM mengenai program itu, apabila dimaklumkan hanya pelajar yang mendapat A+ dalam semua subjek yang diambil mereka layak mendapat tajaan.
Beliau berkata JPA memperkenalkan Program Penajaan 9A+ itu memandangkan Program Busary telah dimansuhkan pada tahun ini, selain mengambil kira pencapaian pelajar yang cemerlang.
Zainal Rahim berkata program Bursary Tahun 2016 telah dilaksanakan secara 'one-off' oleh JPA sebagaimana diputuskan oleh kerajaan dan ini bermakna pada tahun ini program tersebut tidak lagi diteruskan sebaliknya dimansuhkan.
Katanya sejajar dengan keputusan kerajaan bagi Model Baharu Penajaan JPA 2017, program penajaan yang masih dikekalkan pelaksanaannya adalah Program Penajaan Nasional (PPN) dan Program Khas Jepun, Korea, Perancis dan Jerman (JKPJ).
Di bawah PPN, beliau berkata penajaan diberikan kepada 20 pelajar paling cemerlang dalam SPM 2016 berdasarkan senarai Lembaga Peperiksaan untuk melanjutkan pelajaran ke 10 universiti terbaik dunia mengikut QS World University Ranking berdasarkan bidang pengajian.
Bagi program JKPJ pula, penajaan diberikan kepada 200 pelajar cemerlang untuk mengikuti pengajian dalam bidang kejuruteraan.
Bagaimanapun, katanya penajaan dalam bidang sains dan teknologi dan sains sosial ke negara Jepun, Korea, Perancis dan Jerman boleh dipertimbangkan dan tertakluk kepada keputusan kerajaan.
Zainal Rahim berkata Model Baharu Penajaan JPA adalah langkah untuk memastikan negara mendapat pulangan dan manfaat yang optimum daripada pelaburan yang diperuntukkan.
Justeru, program penajaan JPA memfokus kepada empat teras utama iaitu merit dan inklusiviti; golongan berpendapatan rendah B40, sederhana M40 dan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET); pembangunan Malaysia sebagai hab pendidikan; dan pulangan pelaburan kerajaan
Katanya pelajar lepasan SPM 2016 yang berminat memohon program-program penajaan yang ditawarkan JPA boleh melayari portal rasmi JPA di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.
Jika terdapat sebarang pertanyaan lanjut mengenai program tajaan atau masalah teknikal, JPA turut menyediakan talian khas (hotline) 03-8885 3049 untuk dihubungi pada setiap hari bekerja (8:30 pagi hingga 5:30 petang) bermula 16 Mac hingga 5 Mei ini. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 19 2017
Pelajar lepasan SPM 2016 yang berminat memohon program-program penajaan yang ditawarkan JPA boleh melayari portal rasmi JPA di www.jpa.gov.my atau esilav2.jpa.gov.my.
Konflik di Gaza terus jadi "perang terhadap wanita" - UNRWA
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata UNRWA.
Kemajuan pembinaan ECRL di empat negeri cecah purata 65 peratus - Loke
Kemajuan pelaksanaan projek ECRL yang merangkumi Kelantan, Terengganu, Pahang, dan Selangor telah mencapai purata 65 peratus setakat April.
Sekurang-kurangnya 15 maut di Sulawesi
Sekurang-kurangnya 15 terbunuh akibat banjir dan tanah runtuh di dua daerah Sulawesi Selatan.
Perayu jemaah haji sudah terima panggilan
Mereka yang layak selepas membuat rayuan sudah menerima panggilan, dengan penerbangan pertama ke Tanah Suci dijadualkan pada 9 Mei ini.
10,000 wanita terbunuh sejak Israel mengganas
Israel terus menyasarkan wanita dalam serangan tanpa henti rejim Zionis di Semenanjung Gaza, kata Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) pada Jumaat.
Jabatan Perbendaharaan AS lawat Malaysia, Singapura minggu depan
Pegawai tertinggi sekatan Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) akan ke Singapura dan Malaysia minggu depan, dalam usaha menyekat saluran dana kepada Iran dan proksinya selain pengelakan sekatan terhadap Russia.
PM Anwar rasmi Taman Rekreasi Madani Woodlands
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini merasmikan Taman Rekreasi Madani Woodlands di Ipoh bagi kemudahan rekreasi dan riadah orang ramai.
Isu boikot: Teliti situasi, pandangan sebelum ambil tindakan
Ia susulan kenyataan Mufti Negeri Perak, Datuk Seri Wan Zahidi Wan Teh yang berkata tindakan boikot terhadap kedai serbaneka KK Mart , sebenarnya bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.
ASNB lancar platform Ria, raih RM6 juta pelaburan
ASNB melancarkan Penasihat Pelaburan Robo (Ria) secara berperingkat sejak 11 Mac lalu menerima 60,000 pengguna platform itu.
AWANI Ringkas: Penumpang selamat, pesawat ringan terhempas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes bunuh bekas isteri: Warga Amerika Syarikat terlepas tali gantung
Mahkamah memutuskan perayu tidak mempunyai niat untuk membunuh bekas isterinya.
Bukan 'Datuk' yang saya buru - Pandelela
Gelaran Datuk tiada dalam buruan ratu terjun negara, Pandelela Rinong.
Bekas pengurus besar PPNT didenda RM5,000 kemuka resit palsu
Che Sa'adon didakwa menggunakan resit bertarikh 17 Sept 2016 bagi pembelian ikan kerapu hibrid berjumlah RM600 di pejabat PPNT pada Sept 2016.
RM6 bilion diperlukan bagi program restorasi hutan terosot - Muhyiddin
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa kerajaan amat serius dalam melaksanakan program restorasi hutan terosot di seluruh negara.
MAVCOM terima 1,403 tuntutan bayaran balik berkaitan COVID daripada pengguna
MAVCOM menerima 1,403 permintaan bayaran balik berkaitan dengan COVID-19 daripada pengguna pada separuh kedua 2020.
"Gunung tinggi sanggup aku daki..", padahal lelaki ini menipu pernah takluk Gunung Everest
Ia selepas satu siasatan dilakukan bagi menentukan kebenaran sama ada mereka benar-benar mendaki gunung tersebut.
Pilihan Raya Sarawak mungkin tahun depan - Dr Sim
Mengadakan pilihan raya ketika kes COVID-19 masih meningkat hanya akan membahayakan nyawa rakyat Sarawak
Taman tema didenda lebih RM10 juta, sebabkan kematian empat pengunjung
Dreamworld didenda RM10.4 juta susulan kematian empat pengunjung yang semasa melakukan aktiviti air Thunder River Rapids pada 2016.
Rosmah 'biaya' cybertroopers RM100,000 sebulan, pantau berita negatif termasuk isu beg tangan mahal
Datuk Rizal Mansor mendedahkan kepada Mahkamah Tinggi bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu mengarahkannya menubuhkan satu pasukan cybertroopers.
Ciapan terakhir 'Black Panther', Chadwick Boseman cipta rekod 'likes' terbanyak dalam sejarah Twitter
Twitter mengesahkan ciapan terakhir dalam laman sosial rasmi Boseman itu mendapat likes paling banyak dalam sejarah Twitter.