SUNGAI PETANI: Seorang kanak-kanak dari sebuah pusat tahfiz di sini mendakwa diliwat oleh pelajar senior sejak beberapa tahun lalu.
Ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Lina 30-an berkata, kejadian itu tidak dimaklumkan kepada ahli keluarga sebelum ini berikutan anak sulung dari tiga beradik berusia 13 tahun itu bimbang dan takut dengan ugutan akan dipukul.
Bagaimanapun, ia terbongkar apabila anaknya bersama dua rakan melarikan diri dari pusat tahfiz terbabit kerana dikatakan tidak tahan dibuli pelajar senior terbabit.
"Pada Rabu, saya dimaklumkan oleh kakak ipar bahawa anak melarikan diri dari tempat pengajian tahfiz di sini.
"Apabila saya bertanyakan anak kenapa buat demikian, dia maklumkan tidak tahan kerana telah diliwat pelajar senior sejak tahun 2020.
"Anak juga mendakwa dua lagi rakan turut dibuli senior menyebabkan mereka melarikan diri," dakwanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu daripada keluarga mangsa.
"Kita sedang menunggu arahan seterusnya bagi menjalankan siasatan berhubung kejadian terbabit," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Tue May 24 2022
Lina menunjukkan laporan polis yang dibuat berhubung kejadian terbabit. - Foto Sinar Harian
Harumanis antara tarikan utama Agrofiesta 2024
Mangga harumanis dan produk makanan berasaskan mangga antara tarikan utama pada penganjuran Agrofiesta 2024.
NIOSH sedia beri khidmat nasihat depani cabaran perubahan iklim
NIOSH bersedia memberikan khidmat nasihat serta rundingan bagi membantu kerajaan, majikan dan pekerja menghadapi cabaran berkaitan perubahan iklim.
Malaysia negara pertama terima visa haji
Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024.
Menteri Indonesia bincang isu pekerja migran dengan rakan sejawat dari Malaysia
Fauziyah harap Steven akan membawa penambahbaikan kepada dasar berkaitan tenaga kerja Indonesia.
Pahang peruntuk RM1.5 juta bantuan tunai bakal jemaah haji
Sebanyak 1,588 jemaah haji Pahang menerima sumbangan 'duit poket' berjumlah RM750 seorang bagi membantu meringankan beban bakal haji dalam melakukan persiapan melaksanakan rukun Islam kelima itu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi jangan mudah percaya taktik fitnah - Ramanan
Ramanan berkata pengundi perlu lebih berhati-hati, dan sentiasa menyemak fakta apabila mendengar kempen politik yang dilakukan pihak lawan.
KEDA berhasrat tanam padi wangi, padi huma tahun ini
Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) berhasrat membangunkan tanaman padi wangi dan padi huma di beberapa kawasan pertanian dalam wilayahnya, tahun ini.
Mesyuarat perundingan Enam Pihak Arab bincangkan perkembangan di Gaza
Mesyuarat perundingan Jawatankuasa Enam Pihak Arab itu membincangkan perkembangan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Chegubard didakwa di Mahkamah Sesyen KL esok - Peguam
Badrul Hisham Shaharin atau dikenali Chegubard akan didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur esok atas pertuduhan memfitnah dan menghasut.
Pulau Pinang, kerajaan pusat bekerjasama tarik pelaburan semikonduktor
Kerajaan Pulau Pinang akan bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan untuk meneruskan usaha menarik pelaburan dalam sektor semikonduktor, termasuk segmen reka bentuk litar bersepadu (IC) di negeri itu.
Imam tarawih dari Thailand jadi rebutan, dibayar lima angka
Sobri dimaklumkan ada pelajar-pelajar tahfiz dan pondok di sini menerima bayaran lumayan sehingga mencecah lima angka.
Wujudkan garis panduan jemputan pelajar tahfiz ke program luar - PITAS
PITAS bercadang bekerjasama dengan JAIS bagi mewujudkan garis panduan khusus untuk menguruskan jemputan pelajar tahfiz ke program luar.
Perlu lebih berhati-hati jaga sensitiviti agama dalam program hiburan - Mohd Nai'm
Katanya, walaupun program hiburan dibenarkan, sensitiviti agama, adab dan adat perlu dijaga demi memastikan kandungan yang bersesuaian.
Polis Serdang santuni 30 pelajar tahfiz sempena Ramadan, Aidilfitri
Pelajar-pelajar Maahad Tahfiz Darul Azhar terima pelbagai bentuk sumbangan, antaranya baju raya.
Pelajar tahfiz kongsi pengalaman jadi imam di kampung Orang Asli
Dua pelajar Tahfiz memperoleh pengalaman berbeza apabila terpilih menjadi imam di Kampung Orang Asli Sungai Gapes, Sahom, sepanjang bulan Ramadan kali ini.
Pengawal keselamatan, pelajar tahfiz mengaku tidak bersalah membunuh
Berdasarkan pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan dan menyebabkan kematian.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, pengawal keselamatan direman 7 hari
Mangsa sebelum itu dikatakan mengamuk sekitar Surau Pasar Kota Jembal yang terletak berhampiran ketika waktu solat zuhur sebelum pergi ke masjid berkenaan.
Lelaki kurang siuman maut dipukul, 12 pelajar tahfiz ditahan
Kejadian berlaku apabila lelaki berkenaan mengamuk dan membakar jubah milik pelajar serta mengganggu mereka.
Pelajar tahfiz ditemukan lemas
Mangsa dikatakan tergelincir ketika mahu mengambil bola yang terjatuh ke dalam tasik.
90 pelajar tahfiz berdepan detik cemas hadapi banjir
Seramai 90 pelajar tahfiz dan enam guru Madrasah Darul Bayan Pondok Pinang Merah berdepan detik cemas apabila madrasah mereka dinaiki air secara mendadak.