MERSING: Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Mersing Supt Abdul Razak Abdullah Sani berkata dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, mangsa Syuhada Zafirah Samin, 15, dipercayai baru pulang dari sekolah dengan menaiki bas.
"Hasil siasatan mendapati pemandu lelaki Toyota Hilux itu sedang dalam perjalanan dari arah Penyabong ke Endau di sini dan cuaca ketika itu hujan gerimis
"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa dipercayai melintas jalan secara tiba-tiba, menyebabkan pemandu Toyota Hilux itu tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, pada pukul 10.24 malam tadi.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 28 2023
Mangsa dibawa ke Hospital Mersing untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia akibat cedera parah pada bahagian kepala dan badan, malam tadi. - Gambar hiasan
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Pelajar Tingkatan Tiga maut dilanggar ketika balik sekolah
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda ketika melintas di Jalan Penyabong, Endau, di sini, semalam.
Pelajar sekolah maut, rakan cedera ringan akibat berlumba di lebuh raya
Motosikal kedua-dua pelajar berkenaan telah bergesel ketika dalam perjalanan dari Gurun menghala Sungai Petani.
Pelajar maut, sambutan Hari Guru bertukar majlis tahlil
Pelajar berkenaan yang dalam perjalanan ke sekolah, maut apabila motosikal ditunggang terbabas di Persiaran Jubli Perak dari arah Persiaran Kemajuan ke Bulatan Andalas.
Pelajar maut, rakan parah nahas balik sekolah
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Teluk Intan, manakala mangsa yang parah masih dirawat di zon kecemasan hospital sama.