Tindakan Kerajaan Negeri Sarawak mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum yang dikeluarkan di negeri ini akan memberi impak bukan sahaja kepada Petronas malah pasaran produk berkenaan, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ketua Menteri, yang juga Menteri Kewangan Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg ketika membentangkan Belanjawan Negeri Sarawak 2019 pada Isnin lepas mengumumkan Kerajaan Negeri akan mengenakan cukai jualan lima peratus ke atas produk petroleum.
"Bagaimanapun, perkara ini boleh dibincangkan kerana sebarang kenaikan kos melalui kenaikan cukai tambahan akan menyebabkan produk berkenaan tidak lagi menarik kerana ia akan menjadi lebih mahal daripada produk yang dikeluarkan di negara pengeluar minyak yang lain," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di pejabat beliau di Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.
Menurut Azmin lagi, sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di negeri Sarawak.
"Namun, kita menghormati cadangan yang telah dikemukakan dan saya mengambil sikap yang proaktif untuk berbincang lebih lanjut tentang cadangan ini dengan Kerajaan Negeri Sarawak," kata Azmin dan menambah Petronas turut menyatakan pandangan mereka mengenai perkara itu.
Azmin bagaimanapun menyatakan bahawa perkara mengenai cukai petroleum itu tidak beliau bincangkan dalam perjumpaan hari ini dengan Abang Johari, kecuali perbincangan dan penjelasan mengenai legasi kekayaan oleh pegawai-pegawai kanan Petronas yang turut sama semasa kunjungan hormat berkenaan.
"Kita telah menjelaskan kepada ketua menteri dan pihak Petronas akan menyediakan maklumat tambahan dan akan mengadakan perbincangan lanjut," katanya.
Dalam pada itu, Azmin berkata Kerajaan Persekutuan menyambut baik keputusan Kerajaan Negeri Sarawak untuk menubuhkan sebuah jawatankuasa perundingan selari dengan keputusan Kerajaan Persekutuan bagi memastikan Sabah dan Sarawak mempunyai wakil yang secukupnya bagi membincang dan mengkaji semula Perjanjiian Malaysia 1963.
Turut sama semasa kunjungan hormat berkenaan ialah Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 07 2018
AZMIN berkata, sebarang kenaikan cukai tambahan mungkin memberi kesan kepada pengeluaran produk petroleum di negeri Sarawak. - Foto Bernama
Boling Padang: Farah Ain muncul juara dunia!
Farah pamer aksi luar biasa dalam penampilan sulungnya di pentas bertaraf dunia dengan kemenangan straight sets 6-2 dan 6-3.
Sultan Nazrin, Tuanku Zara hadiri majlis Aidilfitri PDRM Perak
Sultan dan Raja Permaisuri Perak berkenan berangkat menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri PDRM Kontinjen Perak 2024.
Nahas helikopter Lumut: Kebajikan, pendidikan anak-anak wira dipastikan tidak terabai - Menteri
Kementerian Pendidikan lakukan susur tindak bagi memastikan kebajikan 10 orang anak mangsa nahas helikopter dijaga sehingga tamat persekolahan kelak.
Bintang TikTok Iraq, Umm Fahad ditembak mati di luar rumah
Pihak berkuasa Iraq umum penubuhan "jawatankuasa siasatan khas- untuk menjejaki pembunuh yang tidak dikenali itu.
PM Anwar tiba di Riyadh untuk hadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Perdana Menteri Anwar tiba di Riyadh dalam rangka lawatan tiga hari bagi menghadiri Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF).
Jemputan peribadi ke Mesyuarat Khas WEF bukti keakraban Putera Mahkota Mohammed, PM
Ini merupakan lawatan keempat Anwar ke Arab Saudi sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.
Kerajaan Pusat peruntuk RM1.59 bilion untuk pembangunan fizikal di Terengganu
Peruntukan tersebut melibatkan 99 projek baharu dan 296 projek sambungan di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).
Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di setiap daerah
Kerajaan Pahang rancang wujudkan zon perindustrian di kesemua 11 daerah di negeri ini bagi menggalakkan kemasukan lebih banyak pelaburan asing khususnya dari China.
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Kampung Datu Lama akan dibangun semula - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan membangunkan semula Kampung Datu Lama yang merupakan perkampungan tradisional Melayu di Sibu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak tumpuan pelbagai kaum
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang berlangsung di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini hari ini, menjadi tumpuan masyarakat pelbagai kaum.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
Projek Kereta Api Trans Borneo: Sarawak belum dimaklumkan secara rasmi - Abang Johari
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata beliau hanya mengetahui perkara itu menerusi laporan media baru-baru ini.
PETRA tubuh jawatankuasa penyelaras, pantau pelaksanaan projek air di Sarawak
Cadangan tersebut juga dipersetujui bersama Abang Johari semasa Fadillah mengadakan kunjungan hormat ke atas beliau pada Isnin.
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara Sarawak bermula tahun depan - Abang Johari
Pembinaan Lebuhraya Pesisir Utara yang menghubungkan kawasan Miri, Brunei, Limbang dan Lawas akan bermula tahun depan.
Kerajaan negeri berhak laksana dasar pendidikan tinggi percuma - Zambry
Kerajaan mana-mana negeri mempunyai hak untuk melaksanakan dasar pendidikan tinggi percuma bagi membantu anak jati mereka.
[KOLUMNIS] Peranan parti politik Borneo dalam menjamin kestabilan Kerajaan Perpaduan
Keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) melakar satu sejarah buat Malaysia apabila tidak ada mana-mana parti yang bertanding berjaya mencapai majoriti mudah dengan 112 kerusi di Dewan Rakyat.
Jenazah Tun Taib Mahmud selamat disemadi
Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud, selamat dikebumikan di perkuburan keluarganya di Demak Jaya, di Kuching pada 2.20 petang Khamis.