Isu kos sara hidup sentiasa berada di bibir penduduk yang tinggal di bandar, lebih-lebih lagi di bandar-bandar besar seperti di ibu negara Kuala Lumpur.
Ditambah dengan kadar pertumbuhan pendapatan yang tidak sekata dengan kenaikan harga barang, ia mewujudkan jurang pendapatan antara kelas masyarakat di dalam bandar.
Bagi golongan yang berpendapatan B40 atau isi rumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang daripada RM3,860, isu kos sara hidup ini merupakan cabaran yang tiada 'penghujung'.
Pengawal keselamatan, K. Kauthamaan berkata dia terpaksa bekerja lebih 12 jam sehari bagi menyara isteri dan tiga anak-anaknya.
BACA. FAHAM.UNDI: Layari laman #MalaysiaMemilih untuk liputan PRU14 yang komprehensif
"Walaupun badan letih, kepala pening, tetapi asalkan anak dan isteri saya dapat cukup untuk hidup, itu sudah memadai.
"Sebab itulah, saya ada buat perniagaan kecil-kecilan. Sekurang-kurangnya dapat tambah pendapatan," katanya yang mempunyai purata pendapatan sebanyak RM1,000.
Apa yang Kauthamaan dan ramai lagi keluarga dalam kategori tersebut inginkan adalah peluang untuk terus meningkatkan taraf kehidupan mereka.
Perkara yang sama dikongsi Pengerusi Inspirasi Ibu Tunggal dan Wanita Kuala Lumpur, Zubaidah Abdul Rashid.
'Ibu-ibu tunggal yang ada ini bukan ingin sangat untuk minta bantuan, mereka malu. Namun, demi anak-anak, mereka terpaksa memohon bantuan," katanya.
Tambah Zubaidah, bantuan yang diberikan selama ini tidak bermakna jika tiada sokongan berterusan yang diberikan kepada golongan ini.
"Jika mereka diberi ketuhar tetapi tidak diajar memasak atau tidak diberi tunjuk ajar, janganlah kecewa bila mereka menjual ketuhar tersebut untuk dapat wang tambahan," katanya.
Hafiz Marzukhi
Wed Apr 11 2018
Isu kos sara hidup sentiasa berada di bibir penduduk yang tinggal di bandar, lebih-lebih lagi di ibu negara Kuala Lumpur.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
Skim MySalam dalam perancangan untuk dilanjutkan - Amir Hamzah
Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) menjadi fokus utama skim ini, yang melibatkan lebih 9 juta penerima.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Gamuda tingkat komitmen biasiswa kepada RM30 juta, perkasa 123 pelajar
Ia bakal beri manfaat kepada 123 pelajar, meningkat daripada 79 pelajar tahun lepas, dengan lebih 70% penerima daripada kumpulan B40.
Pemilik kenderaan diesel golongan B40, M40 di Semenanjung layak mohon BUDI MADANI
Mereka layak memohon bagi sumbangan tunai kerajaan melalui Program Bantuan Subsidi MADANI atau BUDI MADANI, mulai esok (28 Mei).
Selangor catat jenayah seksual tertinggi di Malaysia
Selangor mencatatkan kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun di negara ini.
Melaka hasrat buka sekolah autisme bagi golongan kurang mampu
Kalsom berkata, ketika ini terdapat keluarga dalam kalangan B40 yang tidak mampu menyediakan pendidikan kepada kanak-kanak autistik.
Bayaran haji B40 tahun ini RM12,356 - TH
TH mengumumkan kadar bayaran bagi bakal haji muassasah kumpulan B40 yang akan menunaikan ibadah itu buat kali pertama, ditetapkan pada RM12,356 seorang tahun ini.
Subsidi lebih RM4.4 juta dalam 679 Program Jualan Rahmah di Kelantan
Jumlah itu diperolehi selepas pihaknya menjalankan 679 PJR dengan hasil jualan melebihi RM24 juta di 14 kawasan parlimen.
'Ada anggota polis golongan B40, miskin bandar'
Setiap anggota baharu dalam pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh dikategorikan sebagai B40 apabila menerima gaji permulaan sebanyak RM1,441.